Skip to main content

Realiti Masyarakat Kita Sekarang

realiti sebenar dalam kehidupan orang kita ternyata nampak jelas. sepertinya sudah ada tanduk yang mula tumbuh kembali, negara sudah terlalu bebas sehingga rakyatnya senang melakukan apa sahaja, apa yang boleh kita lihat, kita dengar dan kita rasa dalam hati ialah :-

Sosial, Cepat Terpengaruh, Seks Bebas
Kerana kurangnya didikan agama, kurangnya perhatian kepada anak. bukan hendak cari salah, tetapi hakikatnya memang susah untuk di bendung. Remaja kita sekarang ni, ada perasaan ingin mencuba, bukan mencuba perkara yang elok, tetapi perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah, dan masa depan. Orang Melayu kita, mana semua maruah kita??. mana semua kehebatan kita??.. remaja kita cepat terpengaruh dengan semua adegan dalam tv, gelombang korea lah. fuuuuuu... laman lucah terlalu banyak dalam internet. apa yang kita lihat? bersepahnya video lucah aksi Melayu kita, budak-budak remaja bebas melakukan apa sahaja, tanpa segan silu. sehingga suatu tahap menjadi kes pembuangan bayi, apa ni?? Cinta suci ke? tapi ternoda kerana cinta. Bersosial boleh, tapi ada batas nya.
sekarang tutup aurat bagi wanita pun dipersoalkan. Kononnya untuk menjaga hak wanita, sepertinya negara sudah tidak cukup kain untuk tutup aurat, jangan tersalah pilih jalan, anda akan sesat selamanya. Kita negara bebas dan merdeka tetapi minda kita masih di jajah.

Jenayah Bermaharajalela
Kenapa polis di negara kita telah bertambah bilangannya? sebab banyaknya kes-kes jenayah di negara kita. kes seperti rogol, bunuh dan sebagainya, setiap hari kita dengar di dalam berita, negara makin lama makin maju tetapi masalah jenayah ni susah untuk di bendung, lebih baik kita cegah daripada berlaku, cari akar umbinya. Hukuman kepada pesalah terlalu ringan, kena saman kena denda, suatu hari buat balik. Hukuman pun kalau boleh di beratkan lagi.  Semoga memberi kesedaran yang dasyat kepada masyarakat.

Kita Akan Jatuh Kerana Salah Faham Politik
inilah yang berlaku jika politik menjadi songsang, yang baik di anggap hina, yang buruk di agungkan, sebenarnya kita semua sedang di caturkan, tahu tak apa itu dicaturkan?? ok.. catur(chess).. ibarat boneka, supaya bertelagah sesama kita, aku tidak sebut mana pihak ok. Seperti yang kita lihat perhimpunan bersih 2.0, jika anda perasan yang terpekik telolong di jalanan kebanyakan orang melayu, tidak kiralah merah ke kuning ke, serupa je, siapa penganjurnya? Ambiga, non-muslim..siapa Ambiga? kenapa mereka berkumpul di SOGO, Masjid Kampung Baru dan sekitar dewan bandaraya kuala lumpur?, kerana itu semua tempat lepak orang Melayu, kenapa di SOGO tidak di Low Yatt atau Bukit Bintang?? sebab SOGO adalah tumpuan utama orang melayu membeli belah. kenapa di sekitar dewan bandaraya tapi tidak di depan Berjaya Times Squares? kenapa wahai sahabat? kenapa pak cik? kenapa wahai saudaraku?.. kita ni pencatur atau telah di caturkan?? kita mudah terpedaya, kita bertelagah kerana berbeza pendapat dan untuk merebut kuasa..  Ingatlah dan sedarlah kita telah di pergunakan, jangan jadi hamba kepada mereka yang ingin merosakkan akhlak kita. Fikir-fikirkanlah.. jadilah pencatur dan bukan di caturkan.. aku tidak menyebelah mana-mana pihak. sumber bacaan >> Mistisfiles

notaHATI : Al-Quran dan Hadis jadi bimbingan :)

Comments

Unknown said…
aik...da tukar background???

lawa2!!!! huhu...

kami budak baru nak masuk 'U'..

haha!!
Damn Nations said…
Btul3... setuju.. memang kebanyakan "Melayu" macam tu.. itulah realitinya.. Org dulu2 slalu agong2 budaya melayu, Melayu bangsa terhebat.. tapi realitinya kini.. hampeh.. cth : kalau org kita jatuhkan brg di tgh jalan org hon je. x pon kena langgar terus.. tapi di negara eropah (bukan usa) siap stop berhenti ramai tolong kutip agar cepat boleh bergerak. (pengalaman sebenar cikgu Shuk) dah la x pakai beg plastik.. mesra alam. Siapa lebih maju peradaban manusianya? Kemana budaya melayu yg kita bangga dulu? Mana melayu yg hebat dulu? yg terkenal di seluruh dunia? Alahai bangsaku jgn hanya berbangga perkara silam.. Keamanan yg dikecapi jgn dicabul dek kebodohan... MARI SAMA2 UBAH NASIB BANGSA KITA! (T_T)
Manis said…
terima kasih,
entry yang banyak beri kesedaran ;)
sangat 'berkempen' entry ini..like..hehe.. anif pun suka baca artikel dalam mistisfile ni..input dia sgt muhasabah..
feyza said…
boleh buat karangan nihh..
BubuBobot said…
Ya, Al-Quran dan Hadis jadi bimbingan :)
Mekz's! said…
betul tu..sekarang ni dengan masalah bertubi tubi akibat dek macam macam kerenah pemimpin yang asyik mencari jawapan yang tak pasti dengan membina itu ini untuk mendapat undi. kadang kadang rimas sangat dengan mainan politik rase macam xnak pedulikkan semua ni, hidup macam nak pentingkan diri sendiri je, malas nak pikir malas nak kritis tapi bahana kena pada diri jugak nak xnak kena amik tahu jugak T.T
Kira Sakura said…
tepuk dada tanya iman..

Rasulluah dah tinggalakn dengan Al Quran dan As sunah.. tinggal kita jer yg nk mencorakkn diri kita sendiri.. betol x?
K said…
nice entri, realiti melayu sekarang.

p/s : tukar template eh?? nice!!
Alif Haris said…
bila manusia tidak lagi berpegang pd alquran dan alhadith,maka rosaklah dunia ini...
. said…
last : dunia dah akhir zaman :)

Popular posts from this blog

Pasukan Keamanan Versi Doodle

P/S : maaf, entri agak kebudak budakkan.. aku persembahkan doodle rangers =..=".. hasil contengan di masa boring. Untuk tatapan semua. :) Koleksi Kartun

Jari

notaHATI : maafkan aku kartun =..=" <<Koleksi Kartun Di SINI >>

Tragedi Oktober Yang Memalukan

P/S : burungnya sudah terbang... =..=" koleksi Kartun