Thursday, December 29, 2011

Berdua Lebih Baik ??

kali pertama bertemu
makan tak lalu,
tidur tak lena,
mandi tak basah,

sanggup meredah onak berduri
sanggup berenang dilautan api (kau dah giler?)
kerana cinta aku sanggup terjun bangunan yang tinggi...

inilah istilah kahwin dulu, nikah kemudian ...
  • pegang tangan je, tak lebih2 pun...
  • alaaa, cium pipi je pun...
  • dia tak kisah, kerana dia cintakan aku,
  • cium bibir, dahi, pipi, semua boleh cium,
  • "ringan2" je bukan nak "main", 
  • maka.............hanyut dibuai nafsu cinta dua merpati sejoli... 
  • ehhh!!! melekat ke?
  • anak aku ke?
  • gugurkan dulu, pastu kita nikah,
  • kita dah tak sefahaman lagi, selamat tinggal sayang, kita mungkin tiada jodoh....
"jika niat "couple" sekadar mengisi kekosongan, "enjoy", maka itu mendatangkan zina dan maksiat,
jika niat "couple" untuk dinikahi, maka ia patut dipercepatkan...."

kita ada anugerah akal untuk berfikir secara rasional,
masih belum terlambat untuk menyedarinya.... Abu Huzaifah prihatin

Thursday, December 22, 2011

Muka Comel


P/S : sangat comel =..="

Koleksi Kartun

Monday, December 19, 2011

Pembaris ( versi fuuu rage)

perkara paling orang benci bila guna pembaris,

sumber : FUUUUUU

Seri Manjung, Kotor

Seri Manjung, Perak, belakang Billion, berdekatan dengan stesen minyak Caltex...sebagai masyarakat yang perihatin, adakah anda berasa selesa dengan keadaan begini?? dalam bulatan merah adalah botol arak, yang banyak di buang di situ, walaupun telah diberi amaran oleh pihak berkuasa Seri Manjung, tetapi ada golongan manusia ni yang tidak menghiraukannya,

Tempat ini adalah tempat tumpuan orang ramai, tapi bila jalan di situ agak menyakitkan hati kerana baunya yang busuk, lagipun benda alah tu baru je bina, baru beberapa bulan siap, senang-senang je mereka melonggokkan sampah di situ, cuba pakai otak sikit. Janganlah bila dah ada penyakit yang menyebabkan kematian, barulah nak sedar, barulah nak gotong royong. Serapkan amalan bersih dalam hidup kita, janganlah jadi orang yang pengotor, semoga memberi kesedaran...

P/S : Abu Huzaifah Prihatin

Wednesday, December 14, 2011

Cermin Diri Dulu


tengoklah statusnya, ramai orang "like" dan ada yang backup, komen paling bawah tu adalah komen dari aku, mereka fikir perempuan yang tidak bertudung ini lebih baik daripada yang bertudung...

waahhh!!! hebat semua berbicara pasal ini, rancak nampak, dan terima kasih pada mereka yang ingin pertahankan kebenaran, tetapi aku tahu cara nak menutup mulut mereka yang tak sedar diri ni,  ayat-ayat yang ustaz penah berkata - "memang betul tidak semua perempuan bertudung tu baik, tetapi kalau tak tutup aurat, baik macam mane pun, tetap masuk neraka, kerana melanggar perintah Allah"

 Kalau ada yang merasakan hipokrit kalau menutup aurat, samalah seperti hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.. 

Mesti ada dikalangan kamu berfikir "Macamlah Abu Huzaifah ni bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.macam bagus je kau ni kan," dan ini alasannya - Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

Perempuan ini menaip status tanpa berfikir panjang, lalu setelah komen daripada aku, statusnya di delete atas sebab-sebab tertentu...insaflah, bukalah minda kita, jangan persendakan apa yang wajib keatas kamu. Ibarat kamu mempersendakan apa yang disuruh oleh-Nya

Allah S.W.T turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:
“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”

P/S : Abu Huzaifah Prihatin

Monday, December 12, 2011

Bengang


P/S : bengang tak?? kehkeh.. lepas ni aku akan lebih berhati2 ketika masak nasi... supaya tak lupa untuk tekan suis... =..="

Koleksi Kartun Di sini

Saturday, December 10, 2011

Pandainye dia lukis

tadaaaaa!!!! =..="

Friday, December 9, 2011

Terima Kasih padaMu Tuhanku


Terima kasih ya Allah,
kerana anugerahMu tidak pernah berhenti, selalu datang kepadaku,
aku tidak akan pernah berpaling dariMu,
Tuhan semesta alam...

Terima kasih ya Allah,
tuhan yang satu,berikan petunjuk dan hidayahMu,
aku banyak melakukan kesilapan dan dosa, setiap sudut tanpa aku sedari,
maafkan aku, kedua ibu bapaku, adik beradikku, dan saudara-saudaraku..

Kasih dan sayang antara manusia, keistimewaan ciptaanMu Ya Allah,
Alam kehijauan, langit membiru, keindahan bulan yang menerangi malam,
terima kasih Ya Allah atas anugerahMu
nikmatnya alam yang kau cipta, tetapi hebat lagi syurgaMu Ya Allah...

 

Wednesday, December 7, 2011

Touch Screen

notaKAKI : Realiti ... semenjak ada henset "touch screen" ni... membuatkan seseorang terbiasa bila memakainya... sehinggakan Nokia C3 pun dia nak "touch screen".... apa ke bengap benornye macam tu .... agak2 lah kalau nak perli pon... kehkeh....

KOLEKSI KARTUN

Saturday, December 3, 2011

Alahai budak - budak

Bukan fantasi, tetapi realiti,
terpengaruh dalam filem, drama, mahupun cerita kartun....
apabila tiada tapisan dalam sesebuah media... berguna ke simbol 18sx, 18sg tu??

Memang tidak boleh dinafikan, budak-budak sekarang semakin moden,
pergi sekolah bawak PSP... =..=" ... bawak laptop, bawak henset.. (kadang2 aku sendiri jelous)
semakin modenlah membuatkan ada dikalangan mereka naik minyak, kurang ajar,
apabila ditegur, pandai pula menjawabnye...grrrr ... apakah yang akan terjadi pada masa akan datang kalau perangai mereka begini?? fikir2 kan lah...

"Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya"....

Thursday, December 1, 2011

Dengarlah Wahai Teman


Hidup bersama bukan kerana cinta, tetapi kerana sayang, menyahut seruan Ilahi,
kerana kita hanya merancang, Allah yang tentukan,
orang yang kita cintai tidak semestinya boleh dimiliki
bercinta bukan kerana rupa, bukan kerana harta, tetapi iman di dada,
aku tahu, kau tahu, semua manusia tahu...

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu

Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Tuesday, November 29, 2011

Bunuh Diri, Orang lain yang mati

_____________________________
_____________________________
 _____________________________
 _____________________________
notaKAKI : nak bunuh diri, tetapi nyawa orang lain yang melayang,....

Wednesday, November 23, 2011

Awekku Gangster : Situasi 13 Tengok Bola

P/S : kehkeh...kita nak tgk bola.. bukan nak pergi berperang ye..ingat tu. :)
Koleksi Kartun

Wordless Wednesday #16 Selamanya

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Muda Malaya

Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia, Malaysia sekali lagi telah membenamkan keegoan tuan rumah atas kemenangan bola sepak di sukan SEA 2011. Sekali gus mempertahankan pingat emas sukan SEA  2 tahun lalu di Laos. Tahniah Malaysia!!!

P/S : minggu ni penuh dengan status bola di facebook, dan ini membuktikan rakyat Malaysia memberi sokongan padu kepada Harimau Muda Malaya.. Tahniah kepada Pasukan bola sepak Malaysia... atas kemenangan sekali lagi ke atas Indonesia... Majulah sukan untuk negara

Saturday, November 19, 2011

Tahap Kesabaran

Situasi 1

Facebook status :
aku panas + bengang dengan budak ni, selalu kutuk aku, macam hampeh!!! fukkk!!! !@#$%^%$ (explicit content) dia ingat dia bagus sangat ke??(mencarut)........

haha... bengang?? tapi semangat sangat tu...cara panas mencarut macam tu masih tidak boleh menutup mulut orang yang suke mengutuk ... apabila kesabaran kita terbatas maka terkeluar semua tulang ikan, tulang ayam dalam perut (dalam erti kata lain membuka pekung di dada) lalu perwatakan anda akan berubah jauh berbeza berbanding perwatakan anda yang sebenar...

Situasi 2
Facebook status :
tadi makan mekdi, sedapp!!

kesabaran membuatkan anda dapat berfikir secara rasional, sehingga anda tahu cara untuk menutup mulut orang yang suke mengutuk. Dia mengutuk anda, tetapi dia yang rasa bengang.. haha... puas hati jugak kan... tanpa mencarut, marah2... hanya sekadar ayat biasa yang boleh menjatuhkan balik orang yang cube menjatuhkan kite...

P/S : Abu Huzaifah sangat prihatin

Thursday, November 17, 2011

Tandas Awam Atau Panggung Wayang??

notaKIASAN : apa perasaan anda?? mahal tak?? kehkeh...

Tuesday, November 8, 2011

Cubaan Merogol

ohh tidak, tidak ku sangka, gadis yg suci akan menjadi mangsa kepada si perogol...






----------
----------
----------
kesian....


bukan pintanya untuk diperlakukan sedemikian....































P/S : siapa berani?? kehkeh

Monday, November 7, 2011

Jiwa dan Raga


JIWA DAN RAGA!!!! buktikanlah pada nusa bangsa!!!!
membawa harapan muda remaja moden gila dunia,
bawah umur yang bijak tapi kurang cerdik, akal cetek
ayam RM35 masuk kandang harimau jantan, lalu dilapah
anak sapa tu?? hancur luhur hati bonda yang membesarkan,
langsung tidak pedulikan dosa neraka apabila syaitan datang menyelit,
berbisik-bisik, nafsu kemuncak sampai naik bertingkat-tingkat,
tidak boleh tahan bil. air lalu dibayar cash tiada hutang...

JIWA DAN RAGA!!!! buktikanlah pada nusa bangsa!!!!
"biar mati anak jangan mati adat" salah tafsir,
tanah yang dipijak, apa motif diberi nyawa??
mata, telinga, hidung dan anggota apa kegunaannya??
tapi akhirnya mengalah kerana masih dengan kelalaian dunia..


jiwa dan raga tolonglah buktikan pada nusa bangsa.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk.org/ping

Copyright (c) Guitar Burok Since Januari 2011 by Abu Huzaifah