Sunday, July 10, 2011

Kiasan Si Penulis Blog #2


Ini bukan mimpi di siang hari

harta...
Bagaikan rabun warna yang jelas nyata,
yang buruk dianggap suci, yang baik di salah erti,
begitu juga mereka yang datang sebagai pembenci,
miskin dihina sedemikian, orang tua di maki hamun
dimana datangnya hormat??, dimana datangnya perikemanusiaan??
ohh manusia tamak haloba, bongkak dunia dia pegang,
lalu si kecil pun mula bertanya " mana datangnya semua harta?"

perempuan...
membuka pekung di dada,
kainnya tidak cukup, terdedah semua isi dalamnya,
tidak kenal erti mahkota,
ternoda kerana chinta, 
aku takut bersuara kerana bebasnya negara.

Coretan Hujan
Berakhir sudah berlagu keras berirama sonsang,
kerana aku datang tidak akan tinggalkan kau seorang,
bangun dan terus melangkah jangan sesekali toleh kebelakang,
sehingga kita bersatu dunia kita pegang,

Kiasan Si Penulis Blog #1

11 comments:

Miscellaneous Smiles said...

setuju ap y dikiaskan

najihah sahami said...

nice!!!betulla tu. kiasan terbaik untuk dunia sekarang~

GaRy™ said...

bro... memang ramai blogger yang buat entri camni, tapi aq x pernah baca sampai habis.. tapi ayat ko semat giler, setiap ayat ko aq baca... thumb up!! terbaek la...

alif haris said...

hehe .. nice la abu..^^

kiasan ade mskdud mndalam tu :D

nsdahlia said...

TERBAIK!

ain najwa said...

makna stiap ayt ckup dlam:)

ABU said...

nice abu..aku tak reti nak berpuisi2 ni..jeles...hahahhaa
jelas maksud yg cuba ko sampaikan best..:D

Bluewendy said...

=) kadang2 kita menoleh kebelakang, bukan kerana kita takut untuk melangkah ke depan, tetapi sebagai pembakar semangat dan pengingat kepada masa hadapan..

sergeant keroro said...

terbaik!! kiasan yang cukup mendalam XD

kiera'sakura said...

semoga kita dijauhi dari sikap pentingkan dunia melebihi akhirat..

dunia hanya sebagai persinggahan untuk menentukan siapa kita diakhirat

yura said...

yup btl 2...tapi x sume paham bahase kiasan hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk.org/ping

Copyright (c) Guitar Burok Since Januari 2011 by Abu Huzaifah