Assalamualaikum, saudara saudari sekalian, hari ni aku mahu kongsi sedikit cerita, sembang2 dialog bersama sahabat ku.. cerita lama..
Situasi di kedai minum, bersama sahabat.
MAN : bro.. kau nampak apa yang aku nampak?
ABU : apa yang kau nampak?
MAN : tu..tu... perempuan tu, lawa kan.. seksi pulak tu, dugaan-dugaan..
ABU : mata kau memang tajam bro, cepat betul kau nampak ek.
MAN : biasa bro, kalau aku dapat perempuan ni, aku tinggal yang lain..( sambil buat gaya tangan)
ABU : haha.. budak-budak lagi tu bro..
MAN : haha.. aku tahu budak-budak, dari budak-budak macam ni lah kita kena didik, umpama menjaga bunga sehingga mekar.
ABU : air aku sudah habis bro, aku nak order... (iklan), baiya(mamak)!!! kopi tarik... ok bro, berbalik kepada cerita tadi, hikhik
MAN : kau memang, selalu langgar percakapan aku..
ABU : aku haus bro, tekak kering.Jap2.. kau sembang dengan aku tapi mata ke lain.
MAN : Pandang ke sana lagi sejuk bro, perempuan itu menarik perhatian aku.
ABU : larr.. budak-budak 19 tahun tu..
MAN : bro.. dengar sini, dia bukan budak, kalau aku kahwin dengan dia, dia akan mengandung jugak.
ABU : *&^%$ Blurrr =..=".. ayat kau memang macam pu*****.. dia seksi bro, kau nak ke isteri kau macam tu nanti?
MAN : dia tetap perempuan, ibarat hati itu gelas yang kosong ni, air pula umpama sinar cahaya, agama.. Jika kita tuang air dalam gelas yang kosong ni, maka penuhlah gelas yang kosong.. kau paham? maksudnya hati yang kosong, kalau kita didik dengan sinar cahaya agama, InsyaAllah dia boleh berubah.. (senyuman)
ABU : ye aku paham.. tetapi kau kena ingat, perempuan memang perhiasan dalam dunia ni, dan perempuan juga boleh menyebab kan sesuatu tamadun jatuh.
MAN : haha, aku tahu batasan bro, aku pandang perempuan bukan kerana aset2 yang mereka ada, tetapi aku kagum kecantikan ciptaan Allah ni. Tulang rusuk ku bengkok bro, kalau patah, luka lah hati.
ABU : haha.. jomlah kita balik, dah lewat ni.
MAN : haha, aku baru nak ajak kau balik, jom.!!
P/S : haha, bukan entri lucah ok, kalau nak tahu, sekarang ramai perempuan miskin, dalam erti kata lain, tak cukup kain. Dan sekarang sudah begitu teruk, sepanjang jalan ada sahaja badan yang di jaja(seksi).. Takkan sepanjang jalan aku nak kena tutup mata? boleh eksiden tau.. :).. semoga memberi kesedaran.. Abu Huzaifah prihatin.
Comments
tagline mesti ada, abu huzaifah sangat prihatin :P
nice
btw, nak buat macam mana.. kalau tak sexy tak moden huhuhu..macang macang..
cuaca makin panas lah.. 2 yg kain tak cukop.. ehehhee
perempuan diciptakan drpd tulang rusuk yg bengkok. tulang rusuk itu drpd lelaki juga~
mentaliti dorang ni degil sgt nk terima nasihat orang kot ..hmm
malu, malu, T_____T
saling tukar pandangan...
hiasan yg tercantik dan terindah ciptaan tuhan adalah wanita solehah...^^
Lelaki A: ko nak yang kuda liar ke kuda jinak?
Lelaki B: kuda liar! Aku mampu nak jinakkan dia.
At last, lelaki B jadi liar sama seperti kononnya 'kuda liar' yang mampu dia jinakkan itu.
(p/s: kuda=perempuan. bahasa budak2 lelaki ini.)
1. maaf. bukan nak memperlekehkan semangat Man untuk mengubah hati yang kosong itu. ini hanya sekadar perkongsian.
2. cerita ini, cerita betul dan sudah berlaku.
3. Rasa seronok dan bahagia juga bila dengar ada lelaki yang sanggup nak ubah perempuan-perempuan ini ke jalan yang benar dan baik. terima kasih ye. semoga anda mampu mengubahnya. Amiin. :)
p/s: abes tu, tak tutp mata la ea? hehehe. ;p