Skip to main content

Datang Dan Pergi

Suatu ketika, hanya duduk bersendirian, termenung mengenangkan nasib diri yang sunyi, melihat kawanan burung yang berterbangan di awangan, burung pun ada kawan, lain lah aku, hanya duduk bersendirian, tiada kawan.

Selama aku bersendirian, datanglah kelibat menghampiri aku, dia perkenalkan dirinya, ohh aku tidak sunyi lagi, kawan... dia datang tanpa dijangka. aku gembira.. terima kasih kawan.

Tamat sudah zaman sepimu biar ku temani,
usah gentar ku kan jadi temanmu sampai mati,
jadikanlah senyummu cahaya suci,
yang menerangi hari2 ku bagaikan matahari.

Kami bersuka ria, macam-macam permainan kami main, sehari suntuk aku dengan dia bermain, layang-layang, gasing, guli dan sebagainya, kami bergelak ketawa, kadang-kadang ada juga menangis masa jatuh basikal =..=".. Sehingga tibanya ramadhan, suasananya amat di rasai. Hari raya dan setiap hari memang kami bersama. ibarat adik beradik yang tidak boleh renggang.

TAPI.... aku tahu hari ini mesti tiba juga.....
Setiap pertemuan mesti ada perpisahan

Bapanya telah bertukar tempat kerja, dan mereka terpaksa berpindah, dia keberatan untuk pergi, kerana aku adalah satu-satunya kawan yang dia ada, aku sedih, kerana dia akan meninggalkan aku. Hanya tinggal kenangan. Teman terbaikku Selamat Tinggal Semoga kita jumpa lagi

Kembali lah aku ke zaman sepi. Tiada teman untuk bermain, duduk termenung, mengenang nasib diri. Inilah cerita aku. sekian..

notaHATI : KAWAN....... :'(

Comments

nanad said…
kenapa entry ni macam sedih T^T
Lea Isnawi said…
tak try kontek die balik ker?
alahaaii sedih nyer...

x per nanti dtg kawan baru pulak.
K said…
huhuhu T.T

p/s : untunglah berjiran dengan otai, hehe XD
Azwa Mohamad said…
part perpisahan tu paling perit skali :(
Damn Nations said…
(T_T) oh kawan..... tapi suka lukisan.. memang comel.. adikku yg kecil pon dok menempek baca.. hahaha
Santan Berlada said…
perpihan mmg menyakitkan... huhu
lagi2 dgn
teman terbaek... ^^
hahahah alya kan kawan abu! ekeke..kadang2 kawan yg kita baru kenal lebih baik daripada kwn yg dah bertahun2 kenal, BFF konon2nya..tapi last2 hancur jugak..
setiap pertemuaan pasti akan berdepan dengan perpisahan..sob3 :(
Manis said…
sayuuuu :(


sayang kawan-kawan :)
Kira Sakura said…
ala skang kan ade tepon, fb,,,

kan blh berhubung lagi... hihihihi :D
Unknown said…
ala...knpe nih sedih nye entry kali nih..

meh jadi teman baik alif meh...huhuhu..

slamat bersahur abu..
vampire's lovex said…
meh kawan dengan aku meh...nescaya tak sepi dah.. hehe..

skype la dengan dia abu oiii... hoho
SN said…
kwn ade slbh ngn yg jauh mmg beza kan...
Abu Bagi said…
uh kasihan..cari kawan baru jak la..
a said…
kawan... saya kan ada..=)
umUMRA said…
Very nice..^_^..
adwafarahin said…
alooo sedeynye kawan die da pegi :(
xpe nnt ade kwn bru dtg taw!

*err pas sket popia basah bule? -__-
Efa said…
Tak pe..ada jodoh jumpa lagi..=D kisah benar ke???
BubuBobot said…
awak sedih? sabarlah :)
Mekz's! said…
hahahaha...biasa la tuuu... :))
nunama said…
huhu sedihnye..... T_T

xpe bro. chill!! Kawan tetap dalam hati. Sentiasa ingt dalam doa. InsyaAllah.

kalau kita ingt dia, dia akan ingt kita juga. :)
aiEz said…
Alalala sedihnya baca...T..T
AnakPakZohar said…
alaaa.. sediihh.. sobbs.. sobss..
Afikah Aziz said…
tetibe diriku jua sedih sob3x :(

Popular posts from this blog

Cinta Tidak Kenal Siapa

kekasihku, walaupun engkau gemuk lagi tembam, tapi itu tidak menghalangku untuk mendekatimu, kerana cintaku tidak kenal siapa dirimu, yang penting kejujuran dirimu untuk menerima diriku seadanya... Walaupun kau begitu rendah diri, dan selalu bersedih kerana keadaan diri yang gemuk, tomahan serta kutukan daripada orang disekelilingmu. Tidak mengapa, aku sangat memahami dirimu. kita sentiasa bersama dimana sahaja ( kecuali tandas dan bilik tidur). Dengan basikal burukku, itulah kenderaan yang selalu kita naiki, walaupun tayar selalu pancit =..=" ... hehe ingat tak?? aku pernah menjadi jurulatih senaman untuk dirimu, kerana kau nekad untuk kuruskan badan. tetapi?? baru separuh jalan je kau dah penat, itu sesuatu kenangan yang terindah bagi aku, hehe... walaubagaimanapun, kau tidak menyerah kalah, kau tetap usaha, itulah yang aku suka tentang dirimu itu... sangat bersungguh-sungguh untuk kuruskan badan... :) oleh kerana kesungguhan dirimu, kau telah berjaya kuruskan badan yeayy!!!....

Peramah @ Gatal (Miang)

  kenapa lelaki akan di label kan 'gatal' jika tegur seorang perempuan?..  tidak kira lah mahu berkawan atau ingin memikat. Kau tetap gatal ..grrr.. permulaan dalam perkenalan dengan perempuan memang macam tu, kerana ada batasan yang mereka pertahankan.. jika lelaki bersungguh2, jujur, ikhlas kerana sifat yang ada pada perempuan itu, lama kelamaan perempuan akan tahu juga perangai dan niat lelaki yang sebenar.. maka saling merindui.. mandi tak basah, tidur tak lena, makan banyak <--- errr.. itu aku..hikhik.. rupa tak penting, yang penting hati.. :) TETAPI ada juga di kalangan perempuan yang memilih, pantang ada lelaki ala-ala korea yang hensem comel datang tegur.. fuhh terus cair..yelah.. nak juga jadi macam dalam drama Secret Garden tu..  kononnya romantik... hehe.  kalau yang tak hensem datang tegur, err kau ni GATAL lah..errkk..!! ada tak, ada tak? siapa tu? hehe.. Perempuan semulajadi ada sifat malu, dan sifat malu itu lah pertahanan dalam dirinya, tegas, ...

Wordless Wednesday #2 Jalan Mati