Skip to main content

Hati Umpama Gelas Yang Kosong

Assalamualaikum, saudara saudari sekalian, hari ni aku mahu kongsi sedikit cerita, sembang2 dialog bersama sahabat ku.. cerita lama..

Situasi di kedai minum, bersama sahabat.

MAN : bro.. kau nampak apa yang aku nampak?

ABU : apa yang kau nampak?

MAN : tu..tu... perempuan tu, lawa kan.. seksi pulak tu, dugaan-dugaan..

ABU : mata kau memang tajam bro, cepat betul kau nampak ek.

MAN : biasa bro, kalau aku dapat perempuan ni, aku tinggal yang lain..( sambil buat gaya tangan)

ABU : haha.. budak-budak lagi tu bro..

MAN : haha.. aku tahu budak-budak, dari budak-budak macam ni lah kita kena didik, umpama menjaga bunga sehingga mekar.

ABU : air aku sudah habis bro, aku nak order... (iklan), baiya(mamak)!!! kopi tarik... ok bro, berbalik kepada cerita tadi, hikhik

MAN : kau memang, selalu langgar percakapan aku..

ABU : aku haus bro, tekak kering.Jap2.. kau sembang dengan aku tapi mata ke lain.

MAN : Pandang ke sana lagi sejuk bro, perempuan itu menarik perhatian aku.

ABU : larr.. budak-budak 19 tahun tu..

MAN : bro.. dengar sini, dia bukan budak, kalau aku kahwin dengan dia, dia akan mengandung jugak.

ABU : *&^%$ Blurrr =..=".. ayat kau memang macam pu*****.. dia seksi bro, kau nak ke isteri kau macam tu nanti?

MAN : dia tetap perempuan, ibarat hati itu gelas yang kosong ni, air pula umpama sinar cahaya, agama.. Jika kita tuang air dalam gelas yang kosong ni, maka penuhlah gelas yang kosong.. kau paham? maksudnya hati yang kosong, kalau kita didik dengan sinar cahaya agama, InsyaAllah dia boleh berubah.. (senyuman)

ABU : ye aku paham.. tetapi kau kena ingat, perempuan memang perhiasan dalam dunia ni, dan perempuan juga boleh menyebab kan sesuatu tamadun jatuh.

MAN : haha, aku tahu batasan bro, aku pandang perempuan bukan kerana aset2 yang mereka ada, tetapi aku kagum kecantikan ciptaan Allah ni. Tulang rusuk ku bengkok bro, kalau patah, luka lah hati.

ABU : haha.. jomlah kita balik, dah lewat ni.

MAN : haha, aku baru nak ajak kau balik, jom.!!

P/S : haha, bukan entri lucah ok, kalau nak tahu, sekarang ramai perempuan miskin, dalam erti kata lain, tak cukup kain. Dan sekarang sudah begitu teruk, sepanjang jalan ada sahaja badan yang di jaja(seksi).. Takkan sepanjang jalan aku nak kena tutup mata? boleh eksiden tau.. :).. semoga memberi kesedaran.. Abu Huzaifah prihatin.

Comments

saya cello191 said…
bawak la kain..bg kt diorg..^^
K said…
nice sharing bro, suka setiap ayat ko.

tagline mesti ada, abu huzaifah sangat prihatin :P
Lea Isnawi said…
suka ayat man tuh

nice
Abu Bagi said…
"abu huzaifah prihati" <- ayat penting ni hahahahaha
btw, nak buat macam mana.. kalau tak sexy tak moden huhuhu..macang macang..
Ok! Suka entry ni :) Perempuan Islam sekarang ramai trpngaruh dgn bdaya kaum lain. Lepastu, kaum lelaki yang kena tempias dosanya. Sama-samalah saling mengingati dan menegur ke arah kebaikan.
a said…
manusia bleh berubah.. klu nak lentur buloh biar dari rebung..=)

cuaca makin panas lah.. 2 yg kain tak cukop.. ehehhee
Bob Merley said…
mmg lelaki yg hebat la. gua respek!
cayalahh ayat man tu..hehe
nsdahlia said…
abu huzaifah mmg prihatin :)


perempuan diciptakan drpd tulang rusuk yg bengkok. tulang rusuk itu drpd lelaki juga~
miZz_nizZ said…
pmanasan global tu..haha.tu yg mkin ilang kain.haha
Efa said…
Penuh makna..nice one..=D
nilah masalh perempuan .. SAKIT HATI pun ada . dah besar pun agama entah ke mana . tak alim takpe , sekurang2nya jaga aurat !!
Anonymous said…
Tak tahu nk ckp ape dahhhh kt diorg ni~
Alif Haris said…
bagus entri ni abu :)
mentaliti dorang ni degil sgt nk terima nasihat orang kot ..hmm
Umi Anaan said…
entri yang sangat bagus & prihatin..huhu..pakai spek mata kaler hitamlah klu nak kuar.at least kaburkan sikit pndangan mata dekat aurat pompuan kan. spek itam, bergaya tu..
Mekz's! said…
hahaha...yg bawah tu mcm lawak sikit.. :p anyway overall entry yg membawa seribu makna! :)) two thumbs up bro'!
Kira Sakura said…
kdang2 malu dgn kaum sendiri :(
Azwa Mohamad said…
eloklah kita dermakan kain kepada mereka... huhu
malu, malu, T_____T
Santan Berlada said…
hebat perbualan...
saling tukar pandangan...

hiasan yg tercantik dan terindah ciptaan tuhan adalah wanita solehah...^^
nunama said…
nak share story sikit boleh? hehe.

Lelaki A: ko nak yang kuda liar ke kuda jinak?

Lelaki B: kuda liar! Aku mampu nak jinakkan dia.

At last, lelaki B jadi liar sama seperti kononnya 'kuda liar' yang mampu dia jinakkan itu.

(p/s: kuda=perempuan. bahasa budak2 lelaki ini.)

1. maaf. bukan nak memperlekehkan semangat Man untuk mengubah hati yang kosong itu. ini hanya sekadar perkongsian.

2. cerita ini, cerita betul dan sudah berlaku.

3. Rasa seronok dan bahagia juga bila dengar ada lelaki yang sanggup nak ubah perempuan-perempuan ini ke jalan yang benar dan baik. terima kasih ye. semoga anda mampu mengubahnya. Amiin. :)

p/s: abes tu, tak tutp mata la ea? hehehe. ;p
syarifahsidrus said…
tak ramai yang nak fikir camtu kan
yura said…
alangkah indahnye kehidupan kalo ada yang sudi ingat mengigati.... dan alahkah indahnye kehidupan sekiranya ada yang sudi mendidik...

Popular posts from this blog

Pasukan Keamanan Versi Doodle

P/S : maaf, entri agak kebudak budakkan.. aku persembahkan doodle rangers =..=".. hasil contengan di masa boring. Untuk tatapan semua. :) Koleksi Kartun

Jari

notaHATI : maafkan aku kartun =..=" <<Koleksi Kartun Di SINI >>

Tragedi Oktober Yang Memalukan

P/S : burungnya sudah terbang... =..=" koleksi Kartun