Inilah Namanya Perubahan

Asslamualaikum saudara dan saudari sekalian. Hari ini aku ingin bercerita. Semoga cerita ini mendapat iktibar kepada semua. Maaf Entri ini membuatkan anda membaca panjang.. :)

Seorang gadis, Nur Kemboja (bukan nama sebenar) kecil molek, comel dengan gaya ranggi, emo, percakapan yang kasar dan sangat bersosial, ini lah manusia sesat, sesat kerana pujukan hawa nafsu dunia, yang membuatkan ia lalai. Siapa tidak kenal dia, kaki clubbing, karoke dan sebagainya.

Pertemuan aku dengan dia memang tidak di sangka, kami berkenalan dalam masa yang tidak di rancang, aku tahu perangai dia, sudah hampir setahun kami kenal, dia masih tetap dengan perangai dia yang tidak pernah ubah. Tetapi yang bagusnya dia ni ialah dia tidak sedikit pun sentuh benda-benda haram. "Ohh!! kau cantik, kau comel, tetapi hati kau masih di belenggu kesesatan".

Pada suatu hari, dia menelefon aku supaya ambil dia dari kerja. Waktu kerja sudah tamat. Aku ambil dia, dan ajak dia minum dahulu sebelum pulang, dalam masa yang sama aku ajak kawan aku untuk lepak sekali.
Kawan aku, Man, begitu arif dalam keagamaan dan dunia sekarang. Ketika itu aku, Man dan Nur Kemboja duduk satu meja. Apabila Man dan aku lepak sekali, maka kami akan bersembang-sembang pasal agama, dan dunia sekarang. Mula-mula Nur Kemboja tidak dapat menerima apa yang kami sembangkan. Tetapi lama kelamaan aku terlihat riak wajahnya, sepertinya dia begitu ambil perhatian kepada apa yang kami sembangkan. "Ohh aku tahu hati kau mula terbuka untuk mendalami agama". Satu soalan mula timbul dari mulut Nur Kemboja "betul ke 2012 hari kiamat?" aku tahu Nur Kemboja ingin sekali mengetahui tentang hari kiamat. Man pun memberitahu 2012 adalah bohong semata-mata, Man pun bercerita pasal hadis, serta firman-firman Allah, tentang Syurga mahupun Neraka. Dari situ muka Nur Kemboja ternampak begitu serius sekali, dia bertanya, aku dan Man memberikan jawapannya. Semua yang kami sembangkan adalah agama dan dunia sekarang.

Sejak daripada itu, Nur Kemboja yang dahulunya, kaki clubbing, ranggi dan kasar, sekarang nampak perubahan pada diri dia, pakaian Nur Kemboja begitu sopan sekali, walaupun masih tidak pakai tudung. Dia akan menolak jika seseorang mengajak nya ke Club. Percakapan dia sudah mula sayu-sayu, lembut dan sopan. Aku mula tertarik dengan dia, aku tahu mungkin akan ada perubahan pada diri Nur Kemboja. "Kalau betul lah engkau mahu berubah, engkau datang lah kepada ku, InsyaAllah aku boleh kongsi sedikit sebanyak tentang agama Islam".. :) inilah namanya perubahan 

P/S : semua orang boleh berubah, tidak kira sejahat mana pun dia, tidak kira tempat atau masa, kalau dalam hati mendapat petunjuk dan HidayahNya, InsyaAllah dia lah sebaik-baik manusia yang beriman... Abu Huzaifah sangat prihatin

Comments

Alif Haris said…
sekeras mana hati itu ,bila Allah beri secebis hidayah dan hidayah itu masuk ke hatinya, pasti akan berubah seseorang itu..

sama seperti umar al-khattab..asalnya hatinya dalah hati [aling keras n paling bncikan rasulullah,tp dgn hanya beberpa potong ayat surah toha,hatinya lembut selembut kapas ..subhanallah ..kuasa Allah :)
a said…
Setiap dosa, kecik dan besar pasti mendapat keampunan daripadanya.. Kita hambaNYA perlulah sentiasa memohon keampunan drpdnya...=)
Mekz's! said…
alhamdulillah. (^^)
aiEz said…
Allah takkan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yg mengubahnya..alhamdulillah hatinya terbuka,sedikit demi sedikit kembali pada Pencipta...:)
diya said…
yang baik belum tentu akan terus baik dan yang kurang belum tentu akan terus kurang baiknya. semoga yang kurang baik itu akan berubah menjadi baik dan yang dah baik tu sentiasa berusaha menjadi lebih baik.

ayat berbelit belit .
=.='
Unknown said…
itu lah kesan nya kalau kita hidup saling berpesan2...
ia mampu merubah seseorang...
EzayHadry said…
Alhamdulilah..dakwah yang berkesan gak tu
umUMRA said…
How sweet u are..:))..

Alhamdulillah...manusia ibarat pantai..skali air bah sekali pantai berubah.

keep it up..
Lea Isnawi said…
syukur. sempat berubah sebelum terlambat :)
Manis said…
serius ! ini pengalaman yg berharga :)
chiLleD...!! said…
alhmdulillah..harap terus berada di landasan yang btul sehingga akhir hayat.
nunama said…
Subhanallah. Bestnya Nur Kemboja tu. Semoga dia terus istiqomah. Amiin. :) thanks to both of you. (n_n)
alhamdulillah.. kata-kata yg sangat membimbing :)
macam cerita betul . tapi alhamdulillah kalau hati dah terbuka . takpe , perlahan-lahan . jangan buat perubahan yang terlalu drastik ..
adwafarahin said…
insyaAllah kalau hati betul2 ikhlas nk berubah tuhan akn tlg :)
Azwa Mohamad said…
syukurlah.... tahniah Abu sebab prihatin pasal perkara2 macam ni
Ummi Fathiah said…
aku dah mula terasa......
K said…
alhamdulillah =)
Kira Sakura said…
jangan menilai seseorang melalui dirinya yang lalu,
tapi nilai lah melalui niat nya yang baru...

=)

Popular Posts