Asslamualaikum saudara dan saudari sekalian. Hari ini aku ingin bercerita. Semoga cerita ini mendapat iktibar kepada semua. Maaf Entri ini membuatkan anda membaca panjang.. :)
Seorang gadis, Nur Kemboja (bukan nama sebenar) kecil molek, comel dengan gaya ranggi, emo, percakapan yang kasar dan sangat bersosial, ini lah manusia sesat, sesat kerana pujukan hawa nafsu dunia, yang membuatkan ia lalai. Siapa tidak kenal dia, kaki clubbing, karoke dan sebagainya.
Pertemuan aku dengan dia memang tidak di sangka, kami berkenalan dalam masa yang tidak di rancang, aku tahu perangai dia, sudah hampir setahun kami kenal, dia masih tetap dengan perangai dia yang tidak pernah ubah. Tetapi yang bagusnya dia ni ialah dia tidak sedikit pun sentuh benda-benda haram. "Ohh!! kau cantik, kau comel, tetapi hati kau masih di belenggu kesesatan".
Pada suatu hari, dia menelefon aku supaya ambil dia dari kerja. Waktu kerja sudah tamat. Aku ambil dia, dan ajak dia minum dahulu sebelum pulang, dalam masa yang sama aku ajak kawan aku untuk lepak sekali.
Kawan aku, Man, begitu arif dalam keagamaan dan dunia sekarang. Ketika itu aku, Man dan Nur Kemboja duduk satu meja. Apabila Man dan aku lepak sekali, maka kami akan bersembang-sembang pasal agama, dan dunia sekarang. Mula-mula Nur Kemboja tidak dapat menerima apa yang kami sembangkan. Tetapi lama kelamaan aku terlihat riak wajahnya, sepertinya dia begitu ambil perhatian kepada apa yang kami sembangkan. "Ohh aku tahu hati kau mula terbuka untuk mendalami agama". Satu soalan mula timbul dari mulut Nur Kemboja "betul ke 2012 hari kiamat?" aku tahu Nur Kemboja ingin sekali mengetahui tentang hari kiamat. Man pun memberitahu 2012 adalah bohong semata-mata, Man pun bercerita pasal hadis, serta firman-firman Allah, tentang Syurga mahupun Neraka. Dari situ muka Nur Kemboja ternampak begitu serius sekali, dia bertanya, aku dan Man memberikan jawapannya. Semua yang kami sembangkan adalah agama dan dunia sekarang.
Sejak daripada itu, Nur Kemboja yang dahulunya, kaki clubbing, ranggi dan kasar, sekarang nampak perubahan pada diri dia, pakaian Nur Kemboja begitu sopan sekali, walaupun masih tidak pakai tudung. Dia akan menolak jika seseorang mengajak nya ke Club. Percakapan dia sudah mula sayu-sayu, lembut dan sopan. Aku mula tertarik dengan dia, aku tahu mungkin akan ada perubahan pada diri Nur Kemboja. "Kalau betul lah engkau mahu berubah, engkau datang lah kepada ku, InsyaAllah aku boleh kongsi sedikit sebanyak tentang agama Islam".. :) inilah namanya perubahan
P/S : semua orang boleh berubah, tidak kira sejahat mana pun dia, tidak kira tempat atau masa, kalau dalam hati mendapat petunjuk dan HidayahNya, InsyaAllah dia lah sebaik-baik manusia yang beriman... Abu Huzaifah sangat prihatin
Comments
sama seperti umar al-khattab..asalnya hatinya dalah hati [aling keras n paling bncikan rasulullah,tp dgn hanya beberpa potong ayat surah toha,hatinya lembut selembut kapas ..subhanallah ..kuasa Allah :)
ayat berbelit belit .
=.='
Alhamdulillah...manusia ibarat pantai..skali air bah sekali pantai berubah.
keep it up..
tapi nilai lah melalui niat nya yang baru...
=)