Skip to main content

Jangan Menghina Orang Lain



Ayat Al-Quran Yang Melarang Daripada Menghina Orang lain

Maksudnya:

"Wahai orang yang beriman!  Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim.  "

 (Surah al-Hujurat ayat 11)

Firman AlIah lagi yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman!  Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati ? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.  "

(Surah al-Hujurat ayat 12).


P/S : Abu Huzaifah sangat prihatin.. :)

Comments

K said…
terbaik!!! hehe XD

nice sharing :)
nsdahlia said…
short and simple.
tapi ada mesej :)
vampire's lovex said…
bagus la abu huzaifah ni..hihi..

jap aku nak gelak kat gambar komik tu,,, kah kah kah !!!

lawak okay,,, tu la ngutuk org lagi...
BubuBobot said…
Penuh maksud tersirat. SUKA!
Unknown said…
ya Allah...

lawaknya,,,

alif bace sambil terkekek2....

bagus lah abu... teruskan penulisan komik yg ade unsur2 peringatan & agama mcm ni...

santai dan bermanfaat...

huhu...
najihah sahami said…
haha..betul2....tuhan bayar cash la tu. ^^
Damn Nations said…
Huahaha... the best bro! siap ada ilmu lagi! XD
AZRI said…
peh lawak siot kartun tu
terus direct kene sambar petir



jom baca

kereta masih berkilat walaupun terlibat dgn perang?

http://azrijohan.blogspot.com/2011/07/kereta-masih-berkilat-walaupun-lepas.html
Alif Haris said…
betul tu bro :)

jgn menghina orag lain .. sbb klu Allah tak balas kt akhirat kelak, Allah akan balas cash didunia ..

amek ko kene sambar petir
Raji and Yeen said…
menghina luaran org lain mcm kita menghina ciptaan Allah..
err tpi ak tak hina kan golongan half lelaki dlm entry ak x.x"
Santan Berlada said…
ak pun itam... uhuhu
feyza said…
aku puteh *tetiba hehee~~
Kira Sakura said…
rentetan peristiwa israk mikraj ::

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
ain revival said…
tp kadang2 aku ad jugak ckp orang tu hitam..tp just cakaplaa..x hina kan?
a said…
fuuuhhh!! hangus terus~ jangan lah kita merendah2kan org lain.=)
Abu Huzaifah said…
terima ksih pada semua yang memberi komen... :)
haryzkhairuddin said…
memang terbaik la bro! best gilak! kelakar walaupun simple.

Popular posts from this blog

Pasukan Keamanan Versi Doodle

P/S : maaf, entri agak kebudak budakkan.. aku persembahkan doodle rangers =..=".. hasil contengan di masa boring. Untuk tatapan semua. :) Koleksi Kartun

Jari

notaHATI : maafkan aku kartun =..=" <<Koleksi Kartun Di SINI >>

Tragedi Oktober Yang Memalukan

P/S : burungnya sudah terbang... =..=" koleksi Kartun