Asslamualaikum saudara dan saudari sekalian. Hari ini aku ingin bercerita. Semoga cerita ini mendapat iktibar kepada semua. Maaf Entri ini membuatkan anda membaca panjang.. :) Seorang gadis, Nur Kemboja (bukan nama sebenar) kecil molek, comel dengan gaya ranggi, emo, percakapan yang kasar dan sangat bersosial, ini lah manusia sesat, sesat kerana pujukan hawa nafsu dunia, yang membuatkan ia lalai. Siapa tidak kenal dia, kaki clubbing, karoke dan sebagainya. Pertemuan aku dengan dia memang tidak di sangka, kami berkenalan dalam masa yang tidak di rancang, aku tahu perangai dia, sudah hampir setahun kami kenal, dia masih tetap dengan perangai dia yang tidak pernah ubah. Tetapi yang bagusnya dia ni ialah dia tidak sedikit pun sentuh benda-benda haram. "Ohh!! kau cantik, kau comel, tetapi hati kau masih di belenggu kesesatan". Pada suatu hari, dia menelefon aku supaya ambil dia dari kerja. Waktu kerja sudah tamat. Aku ambil dia, dan ajak dia minum dahulu sebelum pulang, dalam m...