Kunci Hati

Dalam jiwa dan sanubari terkandung hati yang mempunyai ruang tidak bernama, ditanganmu tergenggam kunci pintu hatinya.

Begitu lemah sehingga ada kata-kata mudah terusik, mudah terasa, tersilap langkah ia boleh jadi luka, luka yang tidak berdarah. Walaupun nampak seperti biasa, tetapi dalamnya umpama duri yang menusuk, dunia ibarat runtuh.

Mata memainkan peranan kerana terlihat semua keinginan, lalu berkata-kata pula dalam hati, begitu lemah berbisik lalu dipanah nafsu syaitan, sehingga tersalah membuat satu pilihan.

Jika terlalu diikutkan hati lama-lama akan mati, mati dalam kegelisahan, cahaya menjadi malap kerana terkandung seribu derita. Maka berkata-katalah dalam hati dengan bimbingan akal yang dianugerahkan...

Comments

miho amyra said…
lalu.....hati kaca terkunci~
=)
Abu Bagi said…
wah sungguh manis kata kata mu perghh!..:D
K said…
wow!! kagum dengan keindahan bahasa puitis ko bro.

nice!!

hehe XD
Addin said…
nice one ! :)

dari mata turun ke hati & segalanya boleh berlaku
. said…
err , tatau nak ckp apa . hahhaa

ayat tu superb !!
adwafarahin said…
btl! ikut hati, mati nnt..
Santan Berlada said…
molek benor ko bermadah...
caya la...
ajar ak sikit.... hoho
Abu Huzaifah said…
@LittLeMyRsHMaLLoW : hehe.. klu kaca.. mmng sensitif.. senang "broken".. hikhik

ABU : manis ye..hikhik.. terima kasih.. :)

sergeant keroro : terima ksih ye.. :)

miss.Addin & nawal addina : thnkz ya :)

adwafarahin : sbb itu ada nya akal.. kan3.. :)
Abu Huzaifah said…
Shamsuddin Amin : hikhik... nak aku ajar ke? bleh2... :)
BubuBobot said…
Terharu sy baca :)
Abu Huzaifah said…
nurAMALLINA : owh.. terharu ye.. :)
Mehmed - said…
biarkan hati dan akal sama menimbang. kan? Ahaks!
Judh said…
indahnya bahasa :)
vampire's lovex said…
wau tinggi nya ayat kau... naseb baik paham hehehe...

jangan buka kunci tu kalau tak yakin boleh jaga apa isi dalam tu.
n!cK said…
cool..i like...:)
ghost said…
mencari ruang ketenangan adalah cara terbaik melihat apa jua keinginan dengan harapan merubah menjadi lebih baik.
ain revival said…
wahhh..puitis la lu~

tingkatkan iman di hati.kerana keimanan d hati membawa kebahagiaan dan ketenangan di dunia mahupun d akhirat..:)
Kotak Hati said…
perrrgghh...ayat die!!power ah!hehehee
Unknown said…
wah...terkesima dgn kata2 taman si abu nih...

abu, alif cadangkan abu buat satu sisipan kat tepi blog abu ni berkenaan dgn tajuk2 katun yg abu dah buat..

senang pembaca mcm alif nak ulang2 tengok...hehe

Popular Posts