Wednesday, December 14, 2011

Cermin Diri Dulu


tengoklah statusnya, ramai orang "like" dan ada yang backup, komen paling bawah tu adalah komen dari aku, mereka fikir perempuan yang tidak bertudung ini lebih baik daripada yang bertudung...

waahhh!!! hebat semua berbicara pasal ini, rancak nampak, dan terima kasih pada mereka yang ingin pertahankan kebenaran, tetapi aku tahu cara nak menutup mulut mereka yang tak sedar diri ni,  ayat-ayat yang ustaz penah berkata - "memang betul tidak semua perempuan bertudung tu baik, tetapi kalau tak tutup aurat, baik macam mane pun, tetap masuk neraka, kerana melanggar perintah Allah"

 Kalau ada yang merasakan hipokrit kalau menutup aurat, samalah seperti hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.. 

Mesti ada dikalangan kamu berfikir "Macamlah Abu Huzaifah ni bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.macam bagus je kau ni kan," dan ini alasannya - Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

Perempuan ini menaip status tanpa berfikir panjang, lalu setelah komen daripada aku, statusnya di delete atas sebab-sebab tertentu...insaflah, bukalah minda kita, jangan persendakan apa yang wajib keatas kamu. Ibarat kamu mempersendakan apa yang disuruh oleh-Nya

Allah S.W.T turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:
“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”

P/S : Abu Huzaifah Prihatin

32 comments:

Lea Isnawi said...

nice komen abu tu!

rasa nak like jugak.

shazleenhairuddins said...

ustaz abu.auwww <3

Haris Khairuddin said...

ostad abu...!! terbaeklah komen ang. XD
dalam berdakwah, kalau da xleh cara baik, mmg kne bagi ayat makan dalam je. tu antara cara yg Allah gitau. sekian.

3no gr33ny said...

memang da boom la komen tuan hamba...

sekurang-kurangnya orang tu ttup aurat daripada tak...

aiEz said...

terbaik abu...^^

yang melanggar hukum Allah dgn tak menutup aurat adalah manusia yang angkuh dan tak bersyukur,menegakkan apa yang salah,jangan lupa oksigen yg sedut hari2 tu pun hanya pinjaman...taubat selagi masih ada masa,pesanan juga untuk diri sebab lelaki pun ada aurat juga kena jaga...

bact. said...

abu power
hidup abu

chemay said...

bagus abu :)

Shawn Razaleigh said...

nice komen lu. gua yg tak bertudung ni terasa. eh gua lelaki. hehe. gurau je.


terbaik komen. sungguh.

adwafarahin said...

sumpah komen tu klu adwa bole like byk2 kali,adwa akan buat

nie jugak peringatan utk adwa..thanx abu! ^^

yaya chef kecik said...

betul tuhh...wlaupun kita x sempurna x semestinya kita tak x boleh berdakwah (berubah kearah kebaikan takpe je) tumbs up untuk entry ni!! taniah abu!!

Miz Novexx said...

terbaik la komen tu, padan muka orang yang freehair tu sebab bajet sangat... kasi je komen kaw2 macam tu
fuhh, sentap kejap... kehkehkeh

Bluewendy said...

ape yg baik kita ambik n ape yg buruk kita jauhkan.. Semoga Allah mengampuni dosa2 kita.. =)

budakampung said...

hahaha..makan dalam betul ayat kau sampai dia delete status tu..wakakaka

Azham Vosovic said...

Jom kita buat kempen tutup aurat kt blog ni...kita ramai...insyaallah ada org sokong huhuhu

Amirah Fisra said...

yg bertudung tak semestinya baik, tapi yg baik semestinya bertudung.. ye kan?

HujanMenjerit said...

Itu la pasal..yang pakai tudung chipsmore tu pun satu hal. tak paham tul la -_-"

h A n Y S said...

skang ni, ramai jugak yang mentalitinya gitu, alahai..

iyou said...

memang feshen skg kot mentaliti gurl yg free hair mcm tuh...

saje je nk wat alasan karat org bertudung tu lg teruk dr org x bertudung.. konon leh tutup salah diorang laaa.. adeh! malunya!

p.s: tutup aurat itu WAJIB!

ciK LyndaWawa said...

Pakai tdg kan lebih cntik...

D-SIM said...

style

Aujinz said...

Thumbs up Abu.. gua nak LIKE lapan juta kali.. :))

Suhaili Othman said...

terbaekkkk :D hihiih

fathiyyahISMAIL said...

terbaik!! biar tau tutup mulut sikit.

Nunaas said...

Powerlah abu !

MakModen said...

Dari apa yang saya baca... Dia nak cakap, ada pompuan tuh pakai tudung tapi maseh tak tutup aurat. Yang si pemakai tudung nih sebab dia pakai tudung, die rasa dia dah tutup aurat, maka berlagak macam dia lagi bagus dari perempuan tak pakai tudung walhal dia pakai tudung tapi tak tutup aurat tak de beza nya dengan yang tak pakai tudung. Kadang2 yang pakai tudung nih lagi sexy dari yang tak pakai tudung. Pakai tudung tak sama dengan tutup aurat. Tutup aurat tu tutup aurat la... Tudung tuh sejenis pakaian je. 

Yatie Awang said...

kadang2 mereka bercakap tanpa berfikir, dia rasa dia dah pandai, malah lagi suka melihat yang ditulisnya itu di like orang...
tapi orang macam ni memang tak boleh kita berbicara dengan emosi..InsyaAllah..kalau kita cakap baik2 mereka boleh menerima

cik chechaq said...

terbaik la..
memang selalu kalau bab2 bertudung dan tutup aurat ni dibincangkan terutamanya oleh sstgh kaum wanita , mmg camtu jadinya..perlukan sorang yg pndai agama untuk ada dlm pbincangan tu..=)

kartikel.com said...

ABU!

shameel Iskandar said...

cuma jgn kita suka menghukum. jgn pula diperli dan dikeji org tak bertudung walaupun ia berdosa tapi dekatilah ia dgn baik

Fendy said...

ramai org mcm ni...ish3

Shiqin Sunshine said...

diorng tu ade je alasan tak nak bertudung...huhu...

dah kalau perempuan bertudung tu buat jahat, suruhlah dia jangan buat dan bertaubat ye dop...buatpe kita nk suruh dia tmbhakn dosa dia "lebih baik bukak tudung"


hahha "pandainye" dak yg update status ni....dia tu dah sah2 tak pakai tudung kena bakar dik api neraka ye dop...hehe...terbaiklah komen Abu ;)

luZ a.k.a peRmataPuTiH said...

terbaik abu...nice komen!!
org cm tu jgan bagi muka sgt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk.org/ping

Copyright (c) Guitar Burok Since Januari 2011 by Abu Huzaifah