Remaja Dan Politik

Assalamualaikum...

mari kita ke sudut secara logik ... mengenai remaja yang kebanyakannya kurang melibatkan diri dalam mana-mana parti politik.. (si penulis pun sama je ^^,).. haha .. kenapa?? ... satu persatu akan di terangkan. ada juga di kalangan pro politik mengatakan remaja zaman sekarang buta politik dan tidak ambil peduli pasal isu semasa, ohh tidak... mari kita lihat apa yang lebih menyakitkan sekarang, politik songsang, kita juga boleh bertelangah sesama kita kerana berbeza pendapat dan politik... hentam menghentam satu sama lain, ini lah yang berlaku, remaja sekarang lebih mengerti. ini lah faktornya.

kita boleh lihat di kaca tv atau di dada akhbar, apabila membabit kan isu panas, pasal politik. ia akan berlarutan lamanya, sudah ternyata membuat kan kita meluat, isu pun dah basi, bosan, dah macam tiada berita lain, adakah ini dapat memberi ilmu kepada remaja?.. adakah ini kisah teladan yang ingin di tunjuk kan kepada remaja?

Pernah terjadi, kerana berbeza parti politik jiran tetangga tidak bertegur sapa, tidak sertai gotong royong sebab di anjur kan oleh parti politik lain, yang datang hanya ahli nya sahaja, di mana semua orang kampung yang lain?.. adakah ini boleh mengeratkan silaturrahim?
Pernah terjadi, dengan niat mahu dengar syarahan agama, semoga dapat ilmu dan menginsafkan diri, tetapi berpidato pula pasal politik. Alahai.. ini kah kesedaran yang ingin di berikan kepada remaja? 

Aku bukannya anti-politik, cume kurang berminat. tak salah kan?.Janganlah terlalu taksub kepada politik, tersilap langkah boleh memecah belah kan bangsa itu sendiri, aku tak mahu terjadinya rusuhan dan pergaduhan. Tidak salah berpolitik, tetapi biarlah pada tempatnya. Politik secara aman. Itu kan lebih baik

tepuk dada tanya selera, jangan salah kan sesiapa. Itulah hakikatnya,... 

Ada kena mengena dengan entri tak? hehe..
  
P/S : aku menaip entri ini sambil minum teh tarik... (^^,)

Comments

Anonymous said…
Wow that was unusual. I just wrote an incredibly long comment but after I clicked submit my
comment didn't appear. Grrrr... well I'm not writing all that over again. Regardless, just wanted
to say great blog!

Popular Posts