Skip to main content

Gelap Gelita


Tiada lagi cahaya,
gelap gelita, sungguh terpesona,
lelaki, wanita hebat berdrama,
terkinja-kinja tidak tentu masa,
air kencing syaitan hilangkan dahaga,
hancur si dara itulah nikmatnya,
nasihat tiada guna, jika niat baik dipandang hina.

Tiada lagi cahaya,
setelah bintang berekor jatuh menghentam,
hancur, musnah sekelip mata isi kehijauan,
debu melayang, menepis segala curahan,
tercungap-cungap mencari udara,
sukar bernafas, sesak di dada,
lalu mati, mati yang sia-sia.

Tiada lagi cahaya,
liang lahat, terkubur kaku tubuhmu,
gelap gelita, panas dan segala azab,
dosa di dunia itu amalan di bawa,
sesal memang tiada guna,
tiada lagi peluang kedua,
maka jawaplah soalan yang di pinta,
semoga di ampunkan dosa,
selamat tinggal saudara.

Comments

Afikah Aziz said…
abu,mohon copy boleh..bukan utk di 'paste' kt blog sendiri tp sbg simpanan je hehe,ayat best :)

Popular posts from this blog

FAN PAGE BAHARU

FAN PAGE BAHARU UNTUK KARTUN2, KLIK PADA GAMBAR ATAU DI SINI FACEBOOK.COM/JEJARIGANGSTER SUPPORT LIKE, COMMENT, SHARE & REPEAT TERIMA KASIH TERBAIKK !!!!

Sangat Seksi, tapi....??

Ini bukan mimpi, ini bukan satu rekaan, tapi inilah realiti sebenar kehidupan... pada suatu malam..... potongan badan yang cantik, seksi, rupa-rupanya seorang lelaki.. =..=" P/S :  tidak menyinggung mana-mana pihak, jika ada, adalah suatu kebetulan..  "dunia di terbalik songsang lelaki dan wanita, kita langgar hukum alam memang susah untuk mencari jalan keluar". melainkan petunjuk dan hidayah-Nya... <<Koleksi Kartun>>

Melaga-laga kan Kawan

P/S : berkasih biar satu berkawan biar beribu, tak baik kan melaga-lagakan kawan, jika tidak mahu terjadi seperti ini, jangan lah sesekali mendengar di sebelah pihak sahaja, kerana kadang-kadang ada unsur fitnah dan rekaan cerita... so.. siasat serta dengar dahulu penjelasan pembawa berita dan pihak2 yang terlibat.. semoga tiada pergaduhan dan permusuhan antara kawan2... :).. abu huzaifah sangat prihatin Koleksi Kartun/Doodle