Skip to main content

Kiasan Puisi Dunia Realiti


1, 2, dan 3 bunyi dentuman,
ohh, bunyi yang memberi sengsara,
kepada semua umat manusia,
tidak kira kanak-kanak mahupun wanita,
bedal sahaja, tunjuk kuat tapi sebaliknya adalah pengecut,

Gerabak, kereta kebal dalam nya manusia,
hebat, tembak sana sini, siapa sahaja akan jadi mangsa,
musnah, berkecai seluruh isi keamanan,
kau lah perwira yang tembak dari belakang,
ada senjata api di tangan, kau lah pria terhebat,
bila berdepan angkat tangan tanda menyerah.

Manusia hilang rasa simpati, hilang rasa perikemanusiaan,
yang tinggal hanya perang, bunuh dan sebagainya,
pemimpin kaya, rakyatnya sengsara,
negara maju, rakyatnya tiada arah tuju,
salah faham mengundang bencana,
yang lemah akan di tindas, yang berkuasa akan terus berkuasa.

Maharajalela badan yang lemah longlai,
lalu mengintai di bawah tudung saji yang tersidai,
melayan rakus si burung bangkai,
maka hanyut lah ke lembah api serangkai.

Saudaraku,
jangan jadi kayu sebab kau dah layu,
jangan pula berseorangan di tiup bayu,
pengganas bukan cara beradu,
bersepadu itu yang kita tuju.

Comments

Popular posts from this blog

FAN PAGE BAHARU

FAN PAGE BAHARU UNTUK KARTUN2, KLIK PADA GAMBAR ATAU DI SINI FACEBOOK.COM/JEJARIGANGSTER SUPPORT LIKE, COMMENT, SHARE & REPEAT TERIMA KASIH TERBAIKK !!!!

Sangat Seksi, tapi....??

Ini bukan mimpi, ini bukan satu rekaan, tapi inilah realiti sebenar kehidupan... pada suatu malam..... potongan badan yang cantik, seksi, rupa-rupanya seorang lelaki.. =..=" P/S :  tidak menyinggung mana-mana pihak, jika ada, adalah suatu kebetulan..  "dunia di terbalik songsang lelaki dan wanita, kita langgar hukum alam memang susah untuk mencari jalan keluar". melainkan petunjuk dan hidayah-Nya... <<Koleksi Kartun>>

Melaga-laga kan Kawan

P/S : berkasih biar satu berkawan biar beribu, tak baik kan melaga-lagakan kawan, jika tidak mahu terjadi seperti ini, jangan lah sesekali mendengar di sebelah pihak sahaja, kerana kadang-kadang ada unsur fitnah dan rekaan cerita... so.. siasat serta dengar dahulu penjelasan pembawa berita dan pihak2 yang terlibat.. semoga tiada pergaduhan dan permusuhan antara kawan2... :).. abu huzaifah sangat prihatin Koleksi Kartun/Doodle