Skip to main content

Spekulasi Tentang Bola Sepak

Sumber dari Google
Sejak kecil lagi, zaman kanak-kanak, sehingga meningkat remaja dan dewasa, pasti tidak akan putus pengetahuan pasal sukan bola sepak. Popularitinya seperti satu gelombang yang melanda dikalangan manusia. Apabila tibanya Piala Dunia, sudah pasti ramai yang akan memberi sambutan dan sokongan kepada pasukan yang diminati, tidak kira tempat dan masa. Adrenalin akan meningkat apabila bola masuk gawang gol. Boleh dikata kan gila bola. makan bola, tidur bola..uisshh!! haha.Si Penulis juga adalah peminat bola sepak. :)

Sumber dari Google
Apabila kita berbicara pasal bola sepak, mesti pelbagai riaksi yang di kemukakan oleh peminat-peminat bola sepak, pengkritik bola sepak juga tidak berkecuali.
ohh!! pengadil berat sebelah, alaa menang penalti je, itulah alasan apabila pasukan yang diminati kalah, macam-macam ragam manusia apabila adanya perlawanan bola sepak.
Yang tak eloknya apabila sukan bola sepak dijadikan judi. Alahai..kan dah songsang dah tu.

Berbalik kepada tajuk, macam-macam spekulasi yang kita dengar pasal bola sepak ni. Sudah tentulah kenyataan yang dikeluarkan oleh pengkritik bola sepak sendiri. Yelah..memandangkan banyak lagi sukan di dunia. Kenapa bola sepak yang diminati?..haha.. bila tak pandai main bola mesti lah akan gelar "Kaki Bangku".. Kalau sukan yang pakai tangan pulak? nak gelar ape?  "Tangan tak bedung"?..haha..

Sumber dari Google
Antara ayat-ayat bagi pengkritik yang tidak suka bola sepak, hayati jelah.. :)
"Ramai-ramai kejar bola yang satu, dah macam takde kerja lain. Buat apa susah-susah berebut bola tu, bertolak ansurlah sikit, cuba bagi sorang satu bola kepada setiap pemain, kan senang, takdelah hendak berebut lagi"...
"Menghabiskan duit, sanggup beli jersi mahal-mahal, kasut yang berjenama, membazir namanya"
"Pemain bola sepak semuanya tak tutup aurat, nampak lutut, peha".
 "Membuang masa, lepak-lepak tengok bola sampai pagi, sedangkan banyak lagi kerja lain yang lebih berfaedah"
"Melalaikan, sehingga lupa waktu-waktu solat"

Apabila kita fikir ia baik, maka baiklah ia, 
jika kita fikir ia jahat, maka jahatlah ia.

Tidak salah kita meminati sukan bola sepak, tetapi takdelah sampai taksub sangat sampai lupa solat.
berfikiran positif, bola sepak adalah sukan, maka ia adalah satu senaman.
Janganlah buat spekulasi yang boleh mengelirukan orang.
Kerana bola sepak umpama tradisi yang tidak boleh di pisahkan, sejak zaman kita hingusan lagi.

Alasan anda bagaimana?. :)

Comments

farz zull said…
yess...sya antara peminat bola sepak tmpatan & luar..tambah2, malaysia smakin gah di persada sukan tanah air...go harimau malaya!!

Popular posts from this blog

Cinta Tidak Kenal Siapa

kekasihku, walaupun engkau gemuk lagi tembam, tapi itu tidak menghalangku untuk mendekatimu, kerana cintaku tidak kenal siapa dirimu, yang penting kejujuran dirimu untuk menerima diriku seadanya... Walaupun kau begitu rendah diri, dan selalu bersedih kerana keadaan diri yang gemuk, tomahan serta kutukan daripada orang disekelilingmu. Tidak mengapa, aku sangat memahami dirimu. kita sentiasa bersama dimana sahaja ( kecuali tandas dan bilik tidur). Dengan basikal burukku, itulah kenderaan yang selalu kita naiki, walaupun tayar selalu pancit =..=" ... hehe ingat tak?? aku pernah menjadi jurulatih senaman untuk dirimu, kerana kau nekad untuk kuruskan badan. tetapi?? baru separuh jalan je kau dah penat, itu sesuatu kenangan yang terindah bagi aku, hehe... walaubagaimanapun, kau tidak menyerah kalah, kau tetap usaha, itulah yang aku suka tentang dirimu itu... sangat bersungguh-sungguh untuk kuruskan badan... :) oleh kerana kesungguhan dirimu, kau telah berjaya kuruskan badan yeayy!!!....

Wordless Wednesday #2 Jalan Mati

Peramah @ Gatal (Miang)

  kenapa lelaki akan di label kan 'gatal' jika tegur seorang perempuan?..  tidak kira lah mahu berkawan atau ingin memikat. Kau tetap gatal ..grrr.. permulaan dalam perkenalan dengan perempuan memang macam tu, kerana ada batasan yang mereka pertahankan.. jika lelaki bersungguh2, jujur, ikhlas kerana sifat yang ada pada perempuan itu, lama kelamaan perempuan akan tahu juga perangai dan niat lelaki yang sebenar.. maka saling merindui.. mandi tak basah, tidur tak lena, makan banyak <--- errr.. itu aku..hikhik.. rupa tak penting, yang penting hati.. :) TETAPI ada juga di kalangan perempuan yang memilih, pantang ada lelaki ala-ala korea yang hensem comel datang tegur.. fuhh terus cair..yelah.. nak juga jadi macam dalam drama Secret Garden tu..  kononnya romantik... hehe.  kalau yang tak hensem datang tegur, err kau ni GATAL lah..errkk..!! ada tak, ada tak? siapa tu? hehe.. Perempuan semulajadi ada sifat malu, dan sifat malu itu lah pertahanan dalam dirinya, tegas, ...