Penulis Senja Terakhir

Dunia berputar, dan sentiasa berputar mengikut peredaran masa dan ketepatan, jika dunia tiba-tiba berhenti berputar, maka terhentilah semua aliran isi cakerawala. 
Adakah kita semua masih menunggu senja yang terakhir?. :)

"Contest PENULIS SENJA TERAKHIR, aku di tag oleh Cik Nurul Atikah, aku begitu tertarik dengan contest ini yang membuatkan aku menyertainya, antara sebab ialah kerana ia lebih kepada puisi, cerpen dan novel. Perasaan ingin mencuba itu ada di dalam hati."

Dunia Diterbalikkan : Kiasan Si Penulis Blog II

Hebat...
Neraka dimuat turun melalui komputer riba,
memberi satu impak teknologi yang memusnahkan idiologi manusia,
Disebalik akal, terkandung satu muslihat,
muslihat durjana yang mengikis sedikit demi sedikit fikiran manusia,
lalu mereka lemah dan menjadi duri dalam daging,
 Konspirasi kau dah basi, jangan di ungkit lagi.

Cinta...
Kononnya sanggup genggam bara api,
Meredah lautan, onak dan berduri,
Sanggup buat apa sahaja sehingga hilang jati diri,
Kekuatan iman menjadi taruhan, sehingga tergadai maruah diri,
songsang angkara mata keranjang lelaki dan wanita,
Wahai manusia, teguhkan iman mu demi cinta yang sejati.

 Fitnah,Perang dan kuncu-kuncunya...
Sembunyi kesalahan diri, tembak orang lain,
memberontak, merusuh sebagai tanda memprotes,
yang jahat di anggap baik, dan yang baik di anggap jahat,
Maka perang berlarutan, sesama kaum sendiri,
batu api pun datang buat pendamaian, kucing hitam bersuara untuk keamanan,
Tetapi datang sebagai perosak.
Tunjuk kehebatan, tembak dari langit, orang awam jadi mangsa,
Mencipta keganasan, pemberontak dan berani mati,
Sebenarnya, merekalah yang lebih keji daripada yang terkeji,
Sedih dan gundah gulana, kita semua sudah hampir di penghujung,
membawa erti seribu keinsafan pada diri,
Umpama tunggu kebangkitan dari timur,
yang membawa kepada keamanan dan menghapuskan saki baki si perosak.

Nostalgia Klasik tag :

Untuk maklumat lanjut sila klik >> PENULIS SENJA TERAKHIR

Comments

peNulis SeNjA said…
bagus nye karya tuan ni .. semoga terus menulis untuk membudidayakan sastera di tanah melayu
Gadis blogger said…
yeah suke abu punye kate2 pujangga. klau ade awek konpem romantika giler kan kan? kahkahkah :D
Abu Huzaifah said…
trime kaseh si penulis senja...

Nurul Atikah : hamboi...ke situ plak die fkir ye... hehe.. kata2 pujangga demi bahasa kita.. ^_^
farz zull said…
unik...kreatif...menarik..;)
yura said…
setiap kata n penulisan mempunyai sstu y tersirt n mudah di fahami...nice

Popular Posts