Dude (bukan nama sebenar). Dulu Dude ada kekasih yang paling comel, setiap hari bersamanya, tidak kira waktu. Nasihat keluarga taknak dengar, sehingga kawan-kawan ajak lepak pun taknak. Dan sanggup buang persahabatan demi kekasihnya yang tidak mungkin kekal selamanya.
Akhirnya, mereka putus cinta atas alasan yang tidak munasabah. Sekarang Dude bersedih berseorangan.
Dialoque:-
Dude : aku ada masalah ni, aku harapkan kau faham, aku takde kawan dah, hanya kau yang aku ada sekarang ni.
Kambing : emmbekk!! emmbekk!! (manusia ni cakap dengan aku ke?)
Dude : awek aku dah tinggal kan aku. aku tak tau apa salah aku
kambing : emmbekk!! embeekk!! (apa yang manusia ni merepek?)
Dude : Tak sangka dia ada orang ketiga, mamat tu lagi hensem agaknya.
kambing : emmbekk!! emmbekk!! emmm (Gilo ke apa manusia ni)
Dude : puas hati aku dapat cerita kat kau, tenang hati aku.
kambing : emmmbeekkk!! (sikit pun aku tak paham apa manusia ni cuba terangkan)Kesimpulannya : JIKA ADA AWEK's atau BALAK's, JANGAN BUANG KAWAN-KAWAN dan KELUARGA. Kerana mereka sentiasa ada masa susah dan senang.
Comments