Skip to main content

Tidak Sempurna



Cinta datang,
tetapi aku tidak sempurna jika dibandingkan dengannya,
aku juga tidak semegah seperti orang lain,
bukan pintaku untuk jadi begini,
seandainya aku bukan pilihan, jadikan dia sebagai pengganti.

Kau datang,
disisiku kau terdiam sejuta makna,
membisu dalam sejuta rasa,
membawa harapan kekal hingga ke akhirnya,
tetapi harapan terbengkalai di pertengahan dunia.

Tidak sempurna,
aku sedar aku tidak seberapa,
sudi mencintai aku seadanya,
sudi mencintai aku bukan kerana rupa,
dalam waktu duka dan hiba kau rela
sanggup menerima insan tidak sempurna

Comments

aiEz said…
rupa hanya sementara cuma...
pinjaman dari yang Esa buat hambaNya..
tapi ada yang buta dalam menilai cinta.
yang kaca disangka permata...:)

chenta seadanya...
jangan jadikan ketidaksempurnaan seseorang sebagai alasan untuk tidak menerima perasaan cinta itu :)

happy sunday!
saya terima awak seadanya..eyh okbaii
Unknown said…
tak terkomen aku...

jenuh tulis2 padam...

semoga kekasih yg datang melengkapi ketidaksempurnaan.
Anonymous said…
sobs sobs..speechless* pinjam bahu nak nanes~ :'(
NFE. said…
yang tidak sempurna itu cuba di sempurnakan oleh seseorang yang jugak tidak sempurna.semoga kebahagiaan milik anda berdua :)
a said…
Dari jauh, aku kirim kan doa.. Semoga Berbahagia..=)
Anonymous said…
nice one , cyes !
tiada manusia biasa yg sempurna di dunia ini..terima asangan kt seadanya itu yg sbaiknya..

puitis puisi nie..ada bakat buat puisi..
Anonymous said…
sometimes.
people fall for the imperfection of another person.
:)
Efa said…
Oh, lamanya tak jenguk cik abu..=) when you really love a person, you'll look beyond the imperfections..=)
Kira Sakura said…
semua insan kt dunia tak sempurna...
K said…
sempurna di mata siapa?
Aujinz said…
Kita semua tidak sempurna

Popular posts from this blog

FAN PAGE BAHARU

FAN PAGE BAHARU UNTUK KARTUN2, KLIK PADA GAMBAR ATAU DI SINI FACEBOOK.COM/JEJARIGANGSTER SUPPORT LIKE, COMMENT, SHARE & REPEAT TERIMA KASIH TERBAIKK !!!!

Inilah Awek Aku

Perkenalkan                      Nur Kemboja ....... Doodle ala-ala Hana Tajima   Lawa tak awek aku, hihihi... angan-angan je =..="

Peramah @ Gatal (Miang)

  kenapa lelaki akan di label kan 'gatal' jika tegur seorang perempuan?..  tidak kira lah mahu berkawan atau ingin memikat. Kau tetap gatal ..grrr.. permulaan dalam perkenalan dengan perempuan memang macam tu, kerana ada batasan yang mereka pertahankan.. jika lelaki bersungguh2, jujur, ikhlas kerana sifat yang ada pada perempuan itu, lama kelamaan perempuan akan tahu juga perangai dan niat lelaki yang sebenar.. maka saling merindui.. mandi tak basah, tidur tak lena, makan banyak <--- errr.. itu aku..hikhik.. rupa tak penting, yang penting hati.. :) TETAPI ada juga di kalangan perempuan yang memilih, pantang ada lelaki ala-ala korea yang hensem comel datang tegur.. fuhh terus cair..yelah.. nak juga jadi macam dalam drama Secret Garden tu..  kononnya romantik... hehe.  kalau yang tak hensem datang tegur, err kau ni GATAL lah..errkk..!! ada tak, ada tak? siapa tu? hehe.. Perempuan semulajadi ada sifat malu, dan sifat malu itu lah pertahanan dalam dirinya, tegas, ...