aku berjalan disebuah padang ingin mencarinya,
tetapi mawar begitu banyak sehingga susah membuat pilihan,
mawar pertama yang aku jumpa, cantik, inginku petik, tetapi hati seperti kata tidak
kerana mungkin ada yang lebih cantik daripada ini, aku berjalan lagi..
mawar kedua aku jumpa, mawar ini lebih cantik daripada mawar pertama, tetapi hati masih kata tidak, kerana ada lagi yang lebih cantik.. aku berjalan lagi, begitulah seterusnya, mawar yang dijumpa berganda2 cantiknya, tetapi hati masih juga kata tidak...
sehinggalah seluruh padang diterokai, sampai ke mawar yang terakhir, mawar ini tidak begitu cantik, layu. Tetapi hati aku terasa ingin memetik mawar ini, jadi aku pun petik, dan semai ia dirumahku. Mawar ini aku jaga, aku siram setiap waktu dan ketika..
Beberapa hari kemudian, aku terkejut melihat mawar yang aku jaga menjadi mekar, segar dan berganda-ganda cantiknya daripada mawar-mawar yang berada dipadang tersebut.Tidak ku sangka, disebalik kehodohannya sebelum ini tersimpan berjuta kecantikan dalam dirinya. Sekarang usah risau mawar, kau milikku sekarang. Tiada orang lain lagi yang boleh memetik dirimu.. :)
Comments
nice poem..!!!
nice entry !
wah wah! dalam hati ada taman bunga mawar ghupenye... ;p
moral:- jgn pandang pd lauran semata-mata...
nice!
yg buruk rupa x semestinya buruk hati...