Mawar


Mawar,
aku berjalan disebuah padang ingin mencarinya,
tetapi mawar begitu banyak sehingga susah membuat pilihan,
mawar pertama yang aku jumpa, cantik, inginku petik, tetapi hati seperti kata tidak
kerana mungkin ada yang lebih cantik daripada ini, aku berjalan lagi..
mawar kedua aku jumpa, mawar ini lebih cantik daripada mawar pertama, tetapi hati masih kata tidak, kerana ada lagi yang lebih cantik.. aku berjalan lagi, begitulah seterusnya, mawar yang dijumpa berganda2 cantiknya, tetapi hati masih juga kata tidak...
sehinggalah seluruh padang diterokai, sampai ke mawar yang terakhir, mawar ini tidak begitu cantik, layu. Tetapi hati aku terasa ingin memetik mawar ini, jadi aku pun petik, dan semai ia dirumahku. Mawar ini aku jaga, aku siram setiap waktu dan ketika..

Beberapa hari kemudian, aku terkejut melihat mawar yang aku jaga menjadi mekar, segar dan berganda-ganda cantiknya daripada mawar-mawar yang berada dipadang tersebut.Tidak ku sangka, disebalik kehodohannya sebelum ini tersimpan berjuta kecantikan dalam dirinya. Sekarang usah risau mawar, kau milikku sekarang. Tiada orang lain lagi yang boleh memetik dirimu.. :)

P/S : moral of the story, jangan kita sangka orang yang hodoh akan hodoh segala2nya, tetapi sebaliknya orang yang hodoh inilah mempunyai kecantikan dalam hatinya... Abu Huzaifah sangat prihatin :)

Comments

a said…
semoga mawar yg disemai akan mekar buat selamanye..=)
aiEz said…
simbolik cerita ni,jangan pandang hanya sekadar dari luaran...:)
jangan menilai benda2 sekeliling dgn sebelah mata. once we said bad, it will be bad then dan juga sebaliknya :O beware of this..kerna the words are prayers.
nice abu.. aku boleh rasa pesona mawar n story line yang cuba disampaikan :)
umUMRA said…
really nice abu..:)
Unknown said…
wa.... hati abu telah dimiliki ke???huhhuhuuh...

nice poem..!!!
Manis said…
aww awww jiwang lah awak ni :)

nice entry !
haryzkhairuddin said…
semoga berbahagia selamanya dgn mawar yg kau petik tu abu.
wah wah! dalam hati ada taman bunga mawar ghupenye... ;p
wah..mmg terbaiklah..nice entry..=)

moral:- jgn pandang pd lauran semata-mata...
SN said…
puitisnya dia.

nice!
Kira Sakura said…
wahhhhh like...

yg buruk rupa x semestinya buruk hati...
AnakPakZohar said…
never judge book by its cover.. cantik itu subjektif.. n cantik luaran tak kekal lama.. =)
Abu Bagi said…
yaaaa betul..macam aku la..hodoh tapi hati baik hahahahahhaa perasan again.. :P
sergeant keroro said…
jangan sangka alien itu menakutkan,h hehe
Aujinz said…
Hanya kecantikkan dalaman yang kekal mewangi
yura said…
em.....penuh tersirat.... janganlah terlalu mudah mentafsir kecntkan seseog dri luaran..sume 2 sementara shaje.......hehe

Popular Posts