Hari-hari Tengok TV

ini bukan superhero ^_^....kalau spiderman jadi hero sebab kene sengat labah-labah, tapi ini lain, dia jadi televisionman sebab menonton television terlalu lama, tidak kisah siaran tergendala atau tiada siaran, dia tetap pandang tv lama-lama, akibatnya muka pun dah macam tv dah... hikhik.. errr abu dah mengarutlah pulak.. 

RISIKO Kanak-kanak Tonton Television Telalu Lama
MELBOURNE: Kanak-kanak yang terlalu lama menonton televisyen daripada had yang sepatutnya, kemungkinan besar berdepan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes dalam kehidupan mereka, penemuan kajian terbaru di Australia.
Kajian oleh penyelidik University of Sydney mendapati kanak-kanak berusia enam tahun yang menghabiskan masa menonton televisyen mempunyai arteri yang menyempit di belakang mata mereka.Ini meningkatkan peluang mereka untuk mengidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes apabila usia mereka semakin meningkat, menurut kajian itu yang dikeluarkan, semalam.
Kira-kira 1,500 kanak-kanak yang berusia antara enam hingga tujuh tahun dari 34 sekolah rendah di Sydney menjalani pemeriksaan dalam kajian itu.
Mereka yang melakukan aktiviti fizikal paling kerap iaitu setengah jam sehari atau melebihi tempoh itu ternyata mempunyai arteri retina yang lebih lebar berbanding mereka yang melakukan aktiviti fizikal kurang daripada setengah jam sehari.
“Kami dapati kanak-kanak yang rajin melakukan aktiviti fizikal mempunyai profil mikrovesikel yang lebih baik berbanding mereka yang kurang melakukan aktiviti fizikal,” kata Dr Bamini Gopinath, felo penyelidik kanan di Pusat Penyelidikan Penglihatan, University of Sydney.
Beliau berkata, ini membuktikan gaya hidup tidak sihat akan mempengaruhi mikroedaran yang awal dalam kehidupan dan meningkatkan ancaman terhadap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi apabila usia semakin meningkat.
“Menggantikan tempoh satu jam di hadapan televisyen dengan melakukan aktiviti fizikal membawa kepada perubahan yang besar.
“Oleh itu, bermain secara percuma harus digalakkan dan sekolah harus menetapkan mandatori dua jam seminggu untuk aktiviti fizikal kanak-kanak,” kata Dr Gopinath yang berasal dari Sri Lanka.
Beliau berkata, ibu bapa harus menggalakkan anak mereka agar bergerak dan melarang mereka daripada duduk terlalu lama di kerusi. – BERNAMA

Comments

a said…
abu mmg suke tgk tv pon..=P tok sah nak tpu ngn wendy..hik2
Unknown said…
naseb bek alif bukan hantu TV... TV je yang suka sgt usha alif..huhu..

sekian...
blog-tips-kurus said…
parents sekarang pon same dok lekat dpn tv..
Kira Sakura said…
nasib x ske tgk tibi.. hihihi
aiEz said…
kesan jangka panjang bila tgk tv lama2...=..=!
sergeant keroro said…
hari-hari menghadap komputer :P
Lea Isnawi said…
lea ngadap lappy je ari2...
lama dah tak tgok tb.. huu
Unknown said…
tv umah akak terpasang sehari lebih 10 jam..:p
Efa said…
jarang tgk tv tapi asyik mengadap laptop..huhu
Aujinz said…
Alamak, aku pun suka tgk tv lelama...kohkohkoh...aku rasa, kalau online lama lama pon, ada risikonya jugak..

Popular Posts