Tandas Awam Stesen Bas, Memang kurang di ajar mereka-mereka yang menjadikan tandas awam sebagai tempat conteng, iklan lucah. Memang tidak beradab, membuatkan masyarakat yang ingin menggunakan tandas tersebut tidak senang. Bagi aku, ini sangat menggelikan kerana ayat ayat nya boleh menggerunkan.. bukan ayat-ayat cinta tau...haha... aku tak censored nombor telefon tersebut, kalau berani call lah nombor tersebut.... kadang-kadang mereka ni hentam sahaja nombor sehingga terkena pada orang lain yang tidak bersalah... insaflah wahai mereka-mereka ini.. Semoga dapat iktibar, Abu Huzaifah prihatin..
kekasihku, walaupun engkau gemuk lagi tembam, tapi itu tidak menghalangku untuk mendekatimu, kerana cintaku tidak kenal siapa dirimu, yang penting kejujuran dirimu untuk menerima diriku seadanya... Walaupun kau begitu rendah diri, dan selalu bersedih kerana keadaan diri yang gemuk, tomahan serta kutukan daripada orang disekelilingmu. Tidak mengapa, aku sangat memahami dirimu. kita sentiasa bersama dimana sahaja ( kecuali tandas dan bilik tidur). Dengan basikal burukku, itulah kenderaan yang selalu kita naiki, walaupun tayar selalu pancit =..=" ... hehe ingat tak?? aku pernah menjadi jurulatih senaman untuk dirimu, kerana kau nekad untuk kuruskan badan. tetapi?? baru separuh jalan je kau dah penat, itu sesuatu kenangan yang terindah bagi aku, hehe... walaubagaimanapun, kau tidak menyerah kalah, kau tetap usaha, itulah yang aku suka tentang dirimu itu... sangat bersungguh-sungguh untuk kuruskan badan... :) oleh kerana kesungguhan dirimu, kau telah berjaya kuruskan badan yeayy!!!....
Comments
farra arisha juga turut prihatin. moga mereka bakalan insaf asap!
tp cite lama la.. huhu