Proton Saga Generasi Pertama
Proton Saga telah dilancarkan pada September 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga amat mudah didapati di Malaysia.
Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin SOHC 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh Mitsubishi dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian transmisi automatik hanya boleh didapati pada model 1.5L sahaja. Versi hatchback pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya dan kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.
Proton Saga mula dieksport di United Kingdom pada tahun 1989 dan sejak daripada itulah United Kingdom menjadi penyumbang utama pasaran eksport Proton. Pada tahun 1990 pula, enjin sedia ada dinaiktaraf kepada enjin 12 injap yang menghasilkan kuasa kuda kepada 75 bhp bagi model 1.3L dan 90 bhp pada enjin 1.5L. Selain itu, ciri keselamatan tambahan seperti tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang.
P/S : Nostalgia Klasik Mengimbas kembali. :)
Comments
time tu pemes gile...
semua nak beli keta baru... haha
dulu punye model bgus. skang punye je banyak problem.
baca: GUA TAU GUA EMSEM BILE PAKAI SPEK jangan.jeles.okeh