Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Kartun ku Tukar Port

Suatu hari, aku terasa lapar, lalu aku tinggalkan PC aku buat sementara waktu untuk pergi makan... semasa aku sedang makan..... P/S : korang nampak tak? hehe.. pandai pula kartun aku tukar port ye... :)

Peramah @ Gatal (Miang)

  kenapa lelaki akan di label kan 'gatal' jika tegur seorang perempuan?..  tidak kira lah mahu berkawan atau ingin memikat. Kau tetap gatal ..grrr.. permulaan dalam perkenalan dengan perempuan memang macam tu, kerana ada batasan yang mereka pertahankan.. jika lelaki bersungguh2, jujur, ikhlas kerana sifat yang ada pada perempuan itu, lama kelamaan perempuan akan tahu juga perangai dan niat lelaki yang sebenar.. maka saling merindui.. mandi tak basah, tidur tak lena, makan banyak <--- errr.. itu aku..hikhik.. rupa tak penting, yang penting hati.. :) TETAPI ada juga di kalangan perempuan yang memilih, pantang ada lelaki ala-ala korea yang hensem comel datang tegur.. fuhh terus cair..yelah.. nak juga jadi macam dalam drama Secret Garden tu..  kononnya romantik... hehe.  kalau yang tak hensem datang tegur, err kau ni GATAL lah..errkk..!! ada tak, ada tak? siapa tu? hehe.. Perempuan semulajadi ada sifat malu, dan sifat malu itu lah pertahanan dalam dirinya, tegas, ...

Al Fatihah

Assalamualaikum.. sahabat2, saudara dan saudari se-Islam sekalian, marilah kita sedekah kan Al fatihah kepada  saudara2 kita yang telah meninggal dunia, tidak kira lah walaupun ada yang tidak mengenali. Semoga roh mereka di cucuri rahmat. amin.. Amin..

Hargai Alam Tanah Yang Di Pijak

Bila waktunya datang, kau lahir sebagai orang, sebagai khalifah bukan sebagai pendatang, tanah ini yang jadikan kau wahai manusia, kau bongkak, kau tamak kerana harta.... Lalu kau tobek, gondol isi nya, sehingga menjadi panas bumi, kau salah kan alam semulajadi, binatang menjadi mangsa rakus kau, kesian....  bumi sudah uzur, pelbagai bencana yang melanda, simpati pada yang terkena, kerana kerja manusia sendiri, tetap degil, hidung tinggi mencapai langit, genggam satu lautan, basah satu benua, sesal, ais batu menjadi cair, tasik menjadi kering, sesak nafas udara di cemari bendasing, kelabu penglihatan, di selubungi jerebu, maka.. kayuh lah sampan di atas padang pasir ohhh tidak.. mereka bingung kenapa tuhan turun kan bencana, lalu kau tepuk lah dada, tanyalah selera....  Hargailah Alam Semulajadi.. :)

Malu Bertanya, Sesat Jalan

P/S : Assalamualaikum wahai saudara dan saudari, penulis blog tidak perlu taip panjang2.. ku berikan gambar untuk tatapan... hanya tinggal satu persoalan...yang terkandung seribu jawapan.. ^_^

Berangan Tak Sudah

  P/S : Mak : adik2, nanti kalau dah besar, adik nak jadi apa?          Adik : Supermen...          Mak : Supermen?? kenapa adik nak jadi supermen?          Adik : boleh lawan dengan orang jahat, dengan kuasa yang adik ada..                      tiada siapa boleh kalahkan adik...          Mak :  =..=" [inilah akibat bila terpengaruh dengan cerita dalam tv]

Maaf

Maaf, jika hari ini kau pergi, jangan lah pergi kerana membenci, bawalah sekeping hati yang suci, demi chinta mu yang sejati... Janganlah... kesilapan membuat kau berjujuran air mata, hingga kau merasa kan diriku kaca, yang boleh membuatkan ia jadi luka, hanya kau seorang tahu, kata-kata ku bukan dusta. Maaf, aku bukan hartawan, untuk memberikan kemewahan, hidup beriman dengan kesederhaan, akan ku bawa ke alam kebahagiaan. Bukan aku??... jika aku bukan insan yang di cari, ambil lah dia sebagai pengganti, takdir sudah temukan kita di sini, tidak ku harapkan kau akan kembali.

Ingatkah Anda, Model Kereta Pertama Malaysia

Proton Saga Generasi Pertama Proton Saga telah dilancarkan pada September 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga amat mudah didapati di Malaysia. Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin SOHC 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh Mitsubishi dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian transmisi automatik hanya boleh didapati pada model 1.5L sahaja. Versi hatchback pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya dan kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.  ...

Ternoda Kerana Chinta

______________________________________________  Beberapa Bulan Kemudian... Tersurat sketsa di atas, maka anda cari apa yang tersirat. Ini lah akibat percaya kepada buaya daratan yang suka mengintai di bawah tudung saji. Dah pakai buang. Tetapi ada juga lelaki yang baik hati.. :) Chinta?? Fuhh!! si penulis bukan jiwang, hanya sekadar memberi kesedaran kepada mereka-mereka di luar sana. Tiada niat untuk mengutuk sesiapa. berchinta ada batasnya,  pengorbanan biarlah pada tempatnya, jangan percaya kata-kata manja, kata-kata manja yang mengundang bencana, Ingat lah pada ibu dan bapa, Anda ada akal guna kan sebaiknya, ikatlah satu ikatan suci, semua orang akan merestui,

Aku Seorang Anak

aku bukan anak derhaka, aku bukan anak yang berdosa, aku bukan anak yang tidak tahu hormat, aku bukan anak yang tidak menjaga maruah, aku bukan anak yang tidak menjaga agamanya, aku bukan anak yang tidak mengenal erti perngorbanan. Kerana.. aku dibesarkan dengan kasih sayang, aku dibesarkan dengan penuh didikan agama, aku dibesarkan dengan keluarga bahagia, aku dibesarkan dengan susuan ibu ku, aku dibesarkan dengan adat dan kesopanan, aku dibesarkan bersama pengorbanan ibu dan bapa. Maka aku dapat merasakan kegigihan mereka menjaga serta mendidik aku dari "ZERO" to "HERO" Janganlah sesekali menderhaka kepada mereka. Janganlah sesekali merosakkan hubungan kekeluargaan dengan mereka. Sesungguhnya, mereka lah yang membesarkan kamu menjadi sebaik-baik manusia yang berguna.

Selamat Hari Ibu Kepada MAMA

Pengorbanan seorang ibu, kepada semua ibu-ibu semoga panjang umur di murahkan rezeki.  Baca selanjutnya di sini>> Sejarah Cinta MAMA

Puisi Sang Penyamun

Tanam anggur tidak berbuah, hidup kedana ibarat merempat, hati tidak tenteram jiwa sangat marah, maka terbit satu idea yang terhebat. Tidak mengapa bekerja seorang, sudah dapat untung tidak perlu kongsi haram belanja kerana harta orang, maka tanggunglah dosa sampai mati.   Berhati-hati berseorangan di jalan, datanglah penyamun memberi tekanan, dia berkuasa senjata di tangan, maka di serahkan harta kerana nyawa di badan, Sang penyamun dapat di hidu, polis datang dia terkedu, mulut kejang lidah jadi kelu, maka duduklah dalam lokap diam membisu.

Apabila Perempuan Fikir Dia HOT

Sesungguhnya menghina orang adalah sesuatu yang keji, jangan bangga diri dan ego dengan anugerah kecantikan yang di berikan kepada kamu. Jangan bajet hot. Anda cantik, tapi tidak bermakna anda cantik dari dalaman. Setiap manusia ada kelebihan dan ada kelemahan nya. Jika seseorang menyukai anda, tetapi anda tidak menyukainya, tidak perlu lah menghina atau merendah-rendah kan diri dia kerana itu boleh menjatuhkan maruahnya sebagai seorang lelaki yang baik. Bercakaplah seperti orang yang bertamadun dan beragama. Melainkan seorang lelaki yang buruk perangainya. Hukum alam kita tidak boleh ubah, memang lelaki akan suka perempuan, kalau ubah hukum alam, maka terjadi lah cinta songsang, gay lesbian dan sebagainya. P/S : Tidak semua perempuan perangai macam ni. Siapa makan cili dia lah terasa pedasnya... ^_^