Skip to main content

April Fools (Hari Untuk Kau Perbodohkan Orang)

1st April, Kau buat orang menangis, gelabah, takut, bingung, oleh kerana kau menipu seseorang semata-mata kerana ingin membuat orang lain ketawa. Gurauan melampau membuat kan orang sekeliling akan benci kau.

 Hahaha.. aku pun boleh tergelak bila tengok gambar atas ni, kita semua akan ketawa bila melihatnya. Tetapi lain pula perasaan bagi orang yang terkena tu mesti kecewa, geram, marah. sehingga berdendam dalam hati. betul tak?

Jangan sampai kau terkena balek. Lawak pulak binatang menipu manusia seperti gambar di atas.haha..^_^

Sejarah 1st April (Kejatuhan Islam Sepanyol)  
Adalah dipercayai sambutan `April Fool’ mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh di serang tentera kristian. Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah. 
Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan. Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya 1st April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam. Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar. Pihak kristian kemudiannya menyerang kaum muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta kanak-kanak. Peristiwa berdarah yang menyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera kristian. Akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai `April Fool’s Day'.

Jangan terlalu ikut sangat budaya barat, dan taksub kepada semua ini. Adalah satu dosa yang besar bagi mereka melakukan penganiayaan untuk sekadar gurauan.



Nabi bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Nabi bersabda, "Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia". [HR Abu Daud]

Comments

Gadis blogger said…
baru je kene aprilfool 2 kali. sedihsedih.
nak tegur kwn sy kang ckp x sporting lak.
huuuhuuu
siti nurlidah said…
xperlu la APRIL FOOL tuh.....
sian pd mereka yg diperbodohkan....dan memperbodhkan dr pd awal2 bulan ni....
atika: cbar ea ika...diowg da xcukup keje tuh...^_^
Lea said…
camtu ker.. sedihnye. tp skang bdk2 islam dok sambut2 bgai. samseng tol sejarah April Fool nih upenye. =(
3no gr33ny said…
tarikh lahir hamba pada aprilfool daa..huhu

Popular posts from this blog

Cinta Tidak Kenal Siapa

kekasihku, walaupun engkau gemuk lagi tembam, tapi itu tidak menghalangku untuk mendekatimu, kerana cintaku tidak kenal siapa dirimu, yang penting kejujuran dirimu untuk menerima diriku seadanya... Walaupun kau begitu rendah diri, dan selalu bersedih kerana keadaan diri yang gemuk, tomahan serta kutukan daripada orang disekelilingmu. Tidak mengapa, aku sangat memahami dirimu. kita sentiasa bersama dimana sahaja ( kecuali tandas dan bilik tidur). Dengan basikal burukku, itulah kenderaan yang selalu kita naiki, walaupun tayar selalu pancit =..=" ... hehe ingat tak?? aku pernah menjadi jurulatih senaman untuk dirimu, kerana kau nekad untuk kuruskan badan. tetapi?? baru separuh jalan je kau dah penat, itu sesuatu kenangan yang terindah bagi aku, hehe... walaubagaimanapun, kau tidak menyerah kalah, kau tetap usaha, itulah yang aku suka tentang dirimu itu... sangat bersungguh-sungguh untuk kuruskan badan... :) oleh kerana kesungguhan dirimu, kau telah berjaya kuruskan badan yeayy!!!....

Peramah @ Gatal (Miang)

  kenapa lelaki akan di label kan 'gatal' jika tegur seorang perempuan?..  tidak kira lah mahu berkawan atau ingin memikat. Kau tetap gatal ..grrr.. permulaan dalam perkenalan dengan perempuan memang macam tu, kerana ada batasan yang mereka pertahankan.. jika lelaki bersungguh2, jujur, ikhlas kerana sifat yang ada pada perempuan itu, lama kelamaan perempuan akan tahu juga perangai dan niat lelaki yang sebenar.. maka saling merindui.. mandi tak basah, tidur tak lena, makan banyak <--- errr.. itu aku..hikhik.. rupa tak penting, yang penting hati.. :) TETAPI ada juga di kalangan perempuan yang memilih, pantang ada lelaki ala-ala korea yang hensem comel datang tegur.. fuhh terus cair..yelah.. nak juga jadi macam dalam drama Secret Garden tu..  kononnya romantik... hehe.  kalau yang tak hensem datang tegur, err kau ni GATAL lah..errkk..!! ada tak, ada tak? siapa tu? hehe.. Perempuan semulajadi ada sifat malu, dan sifat malu itu lah pertahanan dalam dirinya, tegas, ...

Wordless Wednesday #2 Jalan Mati