Tuesday, March 6, 2012

Apa Perlu Aku Buat Untuk Membalas Jasa Bapa Aku


Assalamualaikum...

Ini adalah cerita tentang seorang sahabat yang datang kepada aku.... kerisauan dari riak wajahnya aku dapat baca, mungkin dia ada masalah, dan dia luahkan perasaannya kepada ku...

 " abu, apa perlu aku buat untuk membalas jasa bapa aku.. setelah apa yang dia buat terhadap aku dan keluarga, jasanya begitu besar sekali, bekerja tidak kenal erti penat dari Perak ke Sabah atas urusan kerja, tinggalkan keluarganya.. aku anak sulong, bahu ni terasa berat untuk aku tanggung. Pernah sekali aku tengok bapa aku termengah-mengah.. dan aku berdoa, Ya Allah, janganlah engkau cabut nyawa bapa aku, kerana aku belum buktikan sesuatu untuk membalas jasanya."

itu luahan perasaan seorang sahabat kepada ku, dan aku sebak mendengar kata-kata tersebut, dan membuatkan aku terfikir, apa perlu aku buat untuk membalas jasa bapa aku??.. setelah apa dia lakukan siang dan malam, dari kecil sampai besar dia menjaga aku..dan aku selalu berdoa ibu bapa ku panjang umur, dan aku mahu buktikan sesuatu kepada mereka..

Sekarang aku ceritakan sebuah kisah di zaman Rasulullah...
Telah berlaku sebuah kisah, suatu ketika di mana Saidina Umar al-Khattab r.a dan beberapa orang sahabatnya telah melihat sebuah situasi di mana seorang perempuan sedang mendukung seorang lelaki tua. Beliau lalu bertanyakan hal tersebut kepada perempuan itu.

"Apakah halnya tentang perlakuan kamu ini?"

"Ya Amir al-Mukminin, Lelaki tua yang ku dukung ini adalah ayahku. Dia ini sudah tua dan nyanyuk. Dia juga mahu bermain denganku."

Jawab perempuan itu...

Umar al-Khattab berasa teruja setelah melihat kejadian itu lantas berkata;

"Wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya, ke atas dirinya."

"Tidak ya Amir al-Mukminin. aku ini belum lagi menunaikan hak bapaku ini ke atas diriku. Ini kerana semasa bapaku ini menjaga aku ketika aku masih kecil, dia selalu mendoakan agar panjang umurku."

Kemudian perempuan itu menyambung lagi;

"Tetapi semasa aku menjaganya pula ketika dia tua kini, aku tertanya-tanya, bilakah orang tua ini akan mati!"

Kisah ini menjadi renungan dan peringatan kita semua.
Semoga dijauhkan dari sifat begitu. Ameen Ya Robb....

P/S : janganlah kita jadi seperti perempuan dalam kisah ini, yang menjaga bapanya tetapi niat dalam hati ingin bapanya mati cepat.. marilah kita buktikan sesuatu kepada mereka.. jangan jadi anak yang derhaka, berdoa selalu panjangnya umur mereka...

14 comments:

blog-tips-kurus said...

ibu bapa boleh jaga anak yang ramai tapi anak-anaknya...??

saya cello191 said...

kita mmg tak t'mampu balas jasa parent kita..

but still, bahagiakan mrk selagi mrk ada..^^

Syat0za Zai said...

tak tau nk komen ape..huhu
terdiam.. berfikir.....

3no gr33ny said...

macam tu ke cara balas jasa orang tuan yang jaga kita dari sebesar dua jari hingga sebesar kini??

hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada..janganlah jadi seperti hamba yang mselalu merindukan arwah ibunda hamba yang telah pergi 3thn lalu...dan hamba masih menyesal kenapa hamba tidak menunjukkan bahawa hamba sayang akan dirinya dulu =(

.........cP~ said...

Salam.

Bila fikir apa yang mampu diberi, memang terasa tak mampu beri apa2. Harap doa yang dipohon, mampu membayar segala pengorbanan.

Lea Isnawi said...

doa anak yang soleh adalah harta bermakna bagi ibu bapa :)

kiera'sakura said...

semoga panjang umo mama papa supaya saya dpt balas jasa diorg... sayang mama papa

adwafarahin said...

mohon di jauhkan lah jd anak mcm tu.. x puas lg nk manje2 ngan abah, x puas lg dpt ksh syg abah..seriusly syg abah sgt2..nk sgt blas jasa abah yg byk berkorban utk family..semoga Allah akn terus pnjangkn umo abah2 kite :')

*Thanx 4 da beday wishes :')

sOyaMoya said...

kasih syg mereka tak ternilai..hargailah mereka slagi ada..mudah2n kiter boleh mbalas jasanye dgn hati yg ikhlas..aminn ;)

ABU said...

sebab tu teramatlah pelik bagi aku orng yg sanggup membuang orng tuanya.. sedih..

nunama said...

Setuju. Kena duduk dan berfikir. Macam mana kita nak balas jasa mereka.
Mmg tak terbalas la.
Tunaikan hak mereka.

Oh. Cakap pasal hak, kita juga harus kekal bersilaturrahim dengan kenalan2 mereka. :)

nazha anua said...

Wah, best Abu cerita ni T__T

Aku macam mana pula ya:(

Terbang Bersamaku said...

kt sebagai anak mmg kena berbuat baik dan berbakti kpd ibu bapa kt sedaya mana yg kt termampu utk hargai jasa & pengorbanan mereka slama nie..

iluvcoristal said...

salam, apa aku wat adalah sentiasa berdoa pd mereka,kalau bersedekah,bca quran niat sekali untuk mereka,,,`then,jgn rsa nk berkira dalam hal kewangan,belija apa dorang perlu,,bg minuman kesihatan ke,,ape2 yg dorang perlukanbia mahal pon,duit yg kita ada,bukan hak kita,smua rezeki,lebih afdal kita guna rezeki ALLAH untuk ibubapa kita.amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk.org/ping

Copyright (c) Guitar Burok Since Januari 2011 by Abu Huzaifah