Skip to main content

Kiasan Si Penulis Blog


Ini bukan mimpi yang aku bikin sendiri

 Terlalu muda memberontak kuasa yang kononnya di pegang sampai ke hari tua nya.
Berlari dan terus berlari mencari kuncu-kuncu nya yang hanya menggilai harta nya.
Menindas yang lemah apabila kemegahan menyelubungi diri.
Bangkit menguasai kekayaan dunia yang hanya untuk kepentingan diri sendiri.
Sains dan agama tidak sehaluan menjadikan ia di kalangan puak-puak yang lemah.
Mati bukan kebaikan lebih kepada keburukan.
Hanya di temani komputer untuk menulis blog, mencampak batu menyorok kan tangan nya.
Muat turun dari syurga ke neraka di dalam komputer riba nya.
Publisiti murahan menfitnah cuma senjata ringannya.


Semua nya adalah digital-digital belaka,
Konspirasi, niat jahat di hujung jari jemari hanya tekan 'ENTER' merebak di seluruh dunia umpama penyakit berjangkit.


Cinta songsang membuat kan dunia di terbalik mata keranjang lelaki wanita.
Kotor hina di syak wasangka, bersih suci di agung kan.
Berbelit lidah bahaya nya ular berbisa mematuk di belakang si pemuda.
Padah mulut gelombang api, dengki manusia tiruan.
Coretan batu api dengki seorang insan.
Sempit minda, nafsu terlalu murahan.
Berdesing telinga, muram tiba2 nyawa di jalan.
Termakan hasut dan tulisan si orang utan.
nama misteri kadang-kadang tiada panggilan.

Merangkak mencari tempat berteduh.
panas, kulit menjadi alas tempat tidur lalu melecur.
perlu simpati orang tua nya telah pergi.
sekeliling tidak peduli kerana bukan darah daging sendiri.

Janji kan kegelapan tetapi senyuman menyuluh menerangi nya,dari awal pagi hingga benam nya mentari, kita bukan lemah begitu,
Cintai Tuhan yang satu, iman menjadi perisai melindungi dari jalan yang berliku.




Coretan Hujan

Tamat sudah zaman sepi mu biar ku temani, 
usah gentar kerana aku akan jadi teman mu sampai mati, 
jadi kan senyuman mu cahaya suci,
yang menerangi hidup ku bagai kan matahari.

TERIMA KASIH

Comments

Gadis blogger said…
whoaaa.. really like this entry. professional blogger ni
like sastera :)
Abu Huzaifah said…
waahh...trima kasih tiqa... ^_^
Unknown said…
hebat la tulisan kau ni gitar buruk...berdiri bulu roma baca..
Abu Huzaifah said…
hehe.. yeke? trime kasih bro.. :)

Popular posts from this blog

Cinta Tidak Kenal Siapa

kekasihku, walaupun engkau gemuk lagi tembam, tapi itu tidak menghalangku untuk mendekatimu, kerana cintaku tidak kenal siapa dirimu, yang penting kejujuran dirimu untuk menerima diriku seadanya... Walaupun kau begitu rendah diri, dan selalu bersedih kerana keadaan diri yang gemuk, tomahan serta kutukan daripada orang disekelilingmu. Tidak mengapa, aku sangat memahami dirimu. kita sentiasa bersama dimana sahaja ( kecuali tandas dan bilik tidur). Dengan basikal burukku, itulah kenderaan yang selalu kita naiki, walaupun tayar selalu pancit =..=" ... hehe ingat tak?? aku pernah menjadi jurulatih senaman untuk dirimu, kerana kau nekad untuk kuruskan badan. tetapi?? baru separuh jalan je kau dah penat, itu sesuatu kenangan yang terindah bagi aku, hehe... walaubagaimanapun, kau tidak menyerah kalah, kau tetap usaha, itulah yang aku suka tentang dirimu itu... sangat bersungguh-sungguh untuk kuruskan badan... :) oleh kerana kesungguhan dirimu, kau telah berjaya kuruskan badan yeayy!!!....

Wordless Wednesday #2 Jalan Mati

Peramah @ Gatal (Miang)

  kenapa lelaki akan di label kan 'gatal' jika tegur seorang perempuan?..  tidak kira lah mahu berkawan atau ingin memikat. Kau tetap gatal ..grrr.. permulaan dalam perkenalan dengan perempuan memang macam tu, kerana ada batasan yang mereka pertahankan.. jika lelaki bersungguh2, jujur, ikhlas kerana sifat yang ada pada perempuan itu, lama kelamaan perempuan akan tahu juga perangai dan niat lelaki yang sebenar.. maka saling merindui.. mandi tak basah, tidur tak lena, makan banyak <--- errr.. itu aku..hikhik.. rupa tak penting, yang penting hati.. :) TETAPI ada juga di kalangan perempuan yang memilih, pantang ada lelaki ala-ala korea yang hensem comel datang tegur.. fuhh terus cair..yelah.. nak juga jadi macam dalam drama Secret Garden tu..  kononnya romantik... hehe.  kalau yang tak hensem datang tegur, err kau ni GATAL lah..errkk..!! ada tak, ada tak? siapa tu? hehe.. Perempuan semulajadi ada sifat malu, dan sifat malu itu lah pertahanan dalam dirinya, tegas, ...