Jangan Tengking Anak-anak Anda, 5 Kesan Buruk Tengking Anak




Sebagai ibubapa yang prihatin, kita semestinya mahukan yang terbaik untuk anak kita, ramai juga dikalangan kita masih lagi  baru mendirikan rumahtangga, percayalah anda semua akan merasa juga.

Sebagai seorang bapa dan integriti ketua keluarga pula jangan kita lepas tangan dalam  mendidik anak dan hanya harapkan terus kepada isteri. Sudah-sudahlah lelaki lembik yang hanya duduk sahaja, sedangkan isteri anda struggle sempurnakan segala keperluan anda dan anak. 

Percayalah ia tidak akan jatuhkan maruah anda sebagai seorang lelaki




Anak akan mempunyai fasa untuk membiasakan diri pada persekitaran. 
Melihat, mendengar dan sentuhan. Anak akan aktif memanjat, berlari, tantrum dan sebagainya, merajuk apatah lagi. kita perlu memainkan peranan yang sangat utama sebagai insan yang diperlukan oleh seorang anak. Anak tak tahu erti bahaya, bagi mereka semua adalah mainan, inilah peranan kita mengawasi mereka.

Berbalik kepada tajuk,

5 KESAN BURUK TENGKING ANAK.  (Petikan dari blog ke blog)

1. Kesan buruk pada otak 

Menengking dan meninggi suara dengan perkataan yang kasar dapat membunuh lebih dari 1 juta sel otak waktu itu juga. Kalau ditambah dengan satu pukulan atau cubitan, lebih dari berjuta-juta sel otak akan mati waktu itu juga.

Sebaliknya, dengan 1 pujian yang ditambah dengan kehangatan pelukan dan kasih sayang boleh membantu kecerdasan seorang anak yang akan membuatkan otaknya berkembang dengan sangat cepat.

Untuk jangka masa panjang, anak-anak yang selalu ditengking sejak kecil akan membesar menjadi orang yang lebih banyak mengelamun, dan lambat dalam memahami sesuatu.

Dan biasanya, mereka akan mudah untuk meluapkan rasa marah, panik dan sedih yang membuatkan mereka selalu stress dan depressed. Ini semua berpunca dari sedikitnya sel-sel otak yang aktif dari yang sepatutnya.

2. Hilang Kenyakinan Diri

Anak yang selalu dibentak dan dimarahi, terutamanya dimarahi secara membabi buta berisiko mengalami kesukaran dalam melakukan suatu tugasan dengan sempurna.

Hal ini berpunca dari rasa takut yang membuak-buak sebab selalu kena marah bila buat salah. Secara tak langsung, anak-anak lebih suka memilih untuk tak berbuat apa-apa, berbanding turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang lebih sihat.

3. Fikiran Jadi Lembab & Negatif

Perkara ini sebenarnya anda boleh lihat kesannya mengikut turutan. Antara kesan yang kritikal ialah pada minda dan fikiran anak itu sendiri.

Bayangkan, selepas tinggalkan kesan yang menyebabkan kurangnya keyakinan diri, sekarang golongan anak ini juga mudah meluapkan emosi negatif.

Emosi negatif:

-Marah
-Panik
-Stress
-Sedih
-Murung

Emosi-emosi aneh ini muncul bila anak tersebut tidak faham tentang masalah yang mereka hadapi. 

Didiklah mereka dengan cara yang sesuai mengikut zaman mereka sekarang. tanpa tinggalkan kesan buruk pada anak. 

Sudah tentu kita mahukan seorang anak yang membesar dengan sihat, pintar dan tak gugup bila berdepan dengan dengan masayarat kelak bukan? Dari sekaranglah kena pantau dan tidak melampaui batas dalam mendidik mereka.

4. Masalah Kesihatan Pendengaran

Suara marah dan tengkingan yang terlalu kerap boleh akibatkan anak alami gangguan pendengaran.

Kesannya, seseorang anak itu susah nak jadi seorang pendengar yang baik.

Sukar nak dengar bila cikgu cakap atau mengajar.

Atau mungkin lepas ni bila anda panggil, 10 kali baru dia datang!
Masalah ini terjadi kerana hidup anak tidak berkembang di dalam persekitaran yang positif tetapi berada di zone merah yang sangat gelap dan negatif!
Jika proses tumbesaran anak terpaksa dilalui dengan kaedah marah & tengking setiap hari, kemungkinan masalah lebih serius boleh berlaku.


5. Tahap Kepercayaan Anak Terhadap Ibu Bapa Menurun
Bila mak ayah marah anak depan kawan-kawannya, self-esteem mereka akan jatuh menjunam disebabkan malunya dengan keadaan tu.

Bila dah selalu dimalukan depan orang ramai, tahap kepercayaan anak kepada mak ayahnya akan makin menurun. Kesannya, semua nasihat dan arahan mak ayah ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.


Anak-anak adalah cerminan didikan ibubapa. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi. 

Comments

Popular Posts