Skip to main content

Sepakan Percuma Terbaik, Faiz Subri Disebut-sebut Calon Anugerah Puskas FIFA


KUALA LUMPUR: Nama Mohd Faiz Subri menjadi sebutan ramai di seluruh dunia selepas pemain skuad bola sepak Pulau Pinang itu menjaringkan satu gol istimewa, malam semalam. Mohd Faiz menjadi sanjungan ramai apabila sepakan percuma yang dilakukannya dari jarak 35 meter, melengkung masuk ke gawang gol dalam satu perlawanan Liga Super Malaysia. Laman berita dalam talian British Independent (www.independent.co.uk) melaporkan, sepakan percuma Mohd Faiz yang amat luar biasa itu pasti menjadi calon bagi Anugerah Puskas FIFA 2016. "Mohd Faiz Subri akan menjadi pesaing bagi anugerah yang mengiktiraf gol terbaik pada tahun ini, hasil jaringan daripada sepakan percumanya yang sungguh luar biasa itu.

"Sepakan pemain berusia 28 tahun ini bukan sahaja mengejutkan penjaga gol pasukan lawan, malah dianggap bercanggah dengan hukum fizik. "Sepakan Mohd Faiz sungguh berbisa kerana bola yang pada mulanya menghala ke suatu arah, kemudiannya melencong ke arah lain dan menerjah ke penjuru gawang gol," kata laporan itu. Gol itu dijaringkan dalam perlawanan antara Pulau Pinang dengan Pahang di Stadium Bandaraya, sekali gus membantu Pulau Pinang menang 4-1. Portal berita itu juga memuat naik video sepanjang 17 saat mengenai jaringan gol itu yang diperoleh daripada siaran langsung melalui saluran televisyen TV9. Gol yang dijaringkan pada minit ke-62 itu juga menjadikan Mohd Faiz bahan 'trending' dalam laman Twitter. Anugerah Puskas diperkenalkan FIFA pada 2009 bagi mengiktiraf pemain yang menjaringkan gol paling cantik pada sesuatu tahun. - Sumber

Comments

Popular posts from this blog

FAN PAGE BAHARU

FAN PAGE BAHARU UNTUK KARTUN2, KLIK PADA GAMBAR ATAU DI SINI FACEBOOK.COM/JEJARIGANGSTER SUPPORT LIKE, COMMENT, SHARE & REPEAT TERIMA KASIH TERBAIKK !!!!

Peramah @ Gatal (Miang)

  kenapa lelaki akan di label kan 'gatal' jika tegur seorang perempuan?..  tidak kira lah mahu berkawan atau ingin memikat. Kau tetap gatal ..grrr.. permulaan dalam perkenalan dengan perempuan memang macam tu, kerana ada batasan yang mereka pertahankan.. jika lelaki bersungguh2, jujur, ikhlas kerana sifat yang ada pada perempuan itu, lama kelamaan perempuan akan tahu juga perangai dan niat lelaki yang sebenar.. maka saling merindui.. mandi tak basah, tidur tak lena, makan banyak <--- errr.. itu aku..hikhik.. rupa tak penting, yang penting hati.. :) TETAPI ada juga di kalangan perempuan yang memilih, pantang ada lelaki ala-ala korea yang hensem comel datang tegur.. fuhh terus cair..yelah.. nak juga jadi macam dalam drama Secret Garden tu..  kononnya romantik... hehe.  kalau yang tak hensem datang tegur, err kau ni GATAL lah..errkk..!! ada tak, ada tak? siapa tu? hehe.. Perempuan semulajadi ada sifat malu, dan sifat malu itu lah pertahanan dalam dirinya, tegas, ...

Inilah Awek Aku

Perkenalkan                      Nur Kemboja ....... Doodle ala-ala Hana Tajima   Lawa tak awek aku, hihihi... angan-angan je =..="