Monday, August 6, 2012

Petua Dari Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar

Assalamualaikum, semua sahabat2, lama juga tak update blog yang serba kekurangan ni, biasalah sudah ke alam kerjaya..

Salam ramadhan untuk semua, begitu juga kepada mereka yang cuba2 nak buka periuk senyap2.. sudah2 lah tu, dah besar panjang, berbulu dan sebagainya, takkan berpuasa di siang hari pun tak boleh??, rebutlah peluang keberkatan di bulan ramadhan ini dengan banyakkan amal ibadat.. . :)

ok2 berbalik kepada tajuk asal, ini merupakan petua dari Imam Ghazali untuk mencari lailatul qadar..


Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam qadar ialah :
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

sumber

11 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

nice sharing :)

Alif Ismail said...

Salam Ziarah Ramadhan...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan penuh istiqamah...

http://www.alifismail.com/2012/07/salam-ramadhan-al-mubarak.html

EN ILHAM said...

salam singgah

Insyaallah, sama-sama kita rebut keindahan Malam Lailatul Qadar.

Aujinz said...

welkem bekkk Abu.. thank you for sharing.. XD

nazha anua said...

Encek Abu..kemana anda menghilang?kami rindu orang lidi oltromennn

Terbang Bersamaku said...

smoga kt bersama-sama dpt merasaai dan berjumapa dgn malam lailatul qadar...

selamat berpuasa dan selamat kembali berblog..=)

Alif Haris said...

Ya Allah , temukan kami dgn lailatulqadar :)
selamat beramal 10 mlm terakhir ni ye abu hehe

anif abdullah| AA said...

selamat berpuasa..
semoga kita semua dapat kebaikan malam lailatlqadar itu :)

Rizki Pradana said...

aku suka banget sama blognya..
isi blog dan postinganya bagus, menarik dan bermanfaat sakali..:)
jangan lupa untuk terus menulis menulis yaa..^_^

oia salam kenal
kalau berkenan silahkan mampir ke EPICENTRUM
folloback juga ya buat nambah temen sesama blogger,,tukeran link juga boleh,,makasih..^_^

LadyBird said...

smg berjaya memperoleh lailatul qadar.. ameennn..

Ain Dzaya said...

walaupun tak jumpa dgn malam lailatu qadar..tp ambe rasa sgt puas hati sbb dpt khatam quran dalam bulan pose...eh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk.org/ping

Copyright (c) Guitar Burok Since Januari 2011 by Abu Huzaifah