Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Peristiwa Nuzul Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Muhammad hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq . Surah Al-Alaq adalah surah ke-96 dalam Al Quran. Surah Al-'Alaq terdiri atas 19 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah. Ayat 1 sampai dengan 5 dari surah ini adalah ayat-ayat Al-Quran yang pertama sekali diturunkan, i...

Jangan Tengking Anak-anak Anda, 5 Kesan Buruk Tengking Anak

Sebagai ibubapa yang prihatin, kita semestinya mahukan yang terbaik untuk anak kita, ramai juga dikalangan kita masih lagi  baru mendirikan rumahtangga, percayalah anda semua akan merasa juga. Sebagai seorang bapa dan integriti ketua keluarga pula jangan kita lepas tangan dalam  mendidik anak dan hanya harapkan terus kepada isteri. Sudah-sudahlah lelaki lembik yang hanya duduk sahaja, sedangkan isteri anda  struggle sempurnakan segala keperluan anda dan anak.  Percayalah ia tidak akan jatuhkan maruah anda sebagai seorang lelaki Anak akan mempunyai fasa untuk membiasakan diri pada persekitaran.  Melihat, mendengar dan sentuhan. Anak akan aktif memanjat, berlari, tantrum dan sebagainya, merajuk apatah lagi. kita perlu memainkan peranan yang sangat utama sebagai insan yang diperlukan oleh seorang anak. Anak tak tahu erti bahaya, bagi mereka semua adalah mainan, inilah peranan kita mengawasi mereka. Berbalik kepada tajuk, 5 KESAN B...