Sebagai ibubapa yang prihatin, kita semestinya mahukan yang terbaik untuk anak kita, ramai juga dikalangan kita masih lagi baru mendirikan rumahtangga, percayalah anda semua akan merasa juga. Sebagai seorang bapa dan integriti ketua keluarga pula jangan kita lepas tangan dalam mendidik anak dan hanya harapkan terus kepada isteri. Sudah-sudahlah lelaki lembik yang hanya duduk sahaja, sedangkan isteri anda struggle sempurnakan segala keperluan anda dan anak. Percayalah ia tidak akan jatuhkan maruah anda sebagai seorang lelaki Anak akan mempunyai fasa untuk membiasakan diri pada persekitaran. Melihat, mendengar dan sentuhan. Anak akan aktif memanjat, berlari, tantrum dan sebagainya, merajuk apatah lagi. kita perlu memainkan peranan yang sangat utama sebagai insan yang diperlukan oleh seorang anak. Anak tak tahu erti bahaya, bagi mereka semua adalah mainan, inilah peranan kita mengawasi mereka. Berbalik kepada tajuk, 5 KESAN B...