PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan Bukan kecil langkah wira bangsa para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa selangkah beerti mara mengharung sejuta dugaan Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemerdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan, mengangguk dan membenarkan, kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya, bangs...
Penulis : Abu Huzaifah