Assalamualaikum, semua sahabat2, lama juga tak update blog yang serba kekurangan ni, biasalah sudah ke alam kerjaya.. Salam ramadhan untuk semua, begitu juga kepada mereka yang cuba2 nak buka periuk senyap2.. sudah2 lah tu, dah besar panjang, berbulu dan sebagainya, takkan berpuasa di siang hari pun tak boleh??, rebutlah peluang keberkatan di bulan ramadhan ini dengan banyakkan amal ibadat.. . :) ok2 berbalik kepada tajuk asal, ini merupakan petua dari Imam Ghazali untuk mencari lailatul qadar.. Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan. Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar Jika awal ramadhan jatuh pada hari: I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan; III) Selasa atau jumaat – malam ...
Penulis : Abu Huzaifah