Terima kasih ya Allah,
kerana anugerahMu tidak pernah berhenti, selalu datang kepadaku,
aku tidak akan pernah berpaling dariMu,
Tuhan semesta alam...
Terima kasih ya Allah,
tuhan yang satu,berikan petunjuk dan hidayahMu,
aku banyak melakukan kesilapan dan dosa, setiap sudut tanpa aku sedari,
maafkan aku, kedua ibu bapaku, adik beradikku, dan saudara-saudaraku..
Kasih dan sayang antara manusia, keistimewaan ciptaanMu Ya Allah,
Alam kehijauan, langit membiru, keindahan bulan yang menerangi malam,
terima kasih Ya Allah atas anugerahMu
nikmatnya alam yang kau cipta, tetapi hebat lagi syurgaMu Ya Allah...
Comments
amin. :)
:)