Gambar Hiasan Assalamualaikum , hari ni kita berbicara untuk memberi nasihat kepada segelintir orang yang tak tahu adab ketika dalam masjid, salah satunye ialah penggunaan telefon bimbit, semua orang ada telefon bimbit...kan kan... tapi Tolong "silent/off" telefon bimbit anda bila berada didalam surau mahupun masjid... Kerana bunyi henset yang kuat akan menyebabkan gangguan kepada para jemaah yang khusyuk menunaikan ibadat, apatah lagi jika ringtones henset anda mempunyai lagu-lagu yang tidak senonoh... errrr.... didepan pintu masjid sudah semestinya ada papan tanda yang melarang henset dibawa masuk, tapi jika bawa juga, pastikan henset anda dalam keadaan mod senyap... oleh itu, sebagai umat yang prihatin, sedarlah bahawa itu adalah satu gangguan kepada jemaah yang lain, kita saling menghormati satu sama lain... semoga memberi kesedaran....
Penulis : Abu Huzaifah