Skip to main content

Posts

Forever Alone

Tabahlah .......

Peristiwa Nuzul Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Muhammad hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq . Surah Al-Alaq adalah surah ke-96 dalam Al Quran. Surah Al-'Alaq terdiri atas 19 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah. Ayat 1 sampai dengan 5 dari surah ini adalah ayat-ayat Al-Quran yang pertama sekali diturunkan, i...

Jangan Tengking Anak-anak Anda, 5 Kesan Buruk Tengking Anak

Sebagai ibubapa yang prihatin, kita semestinya mahukan yang terbaik untuk anak kita, ramai juga dikalangan kita masih lagi  baru mendirikan rumahtangga, percayalah anda semua akan merasa juga. Sebagai seorang bapa dan integriti ketua keluarga pula jangan kita lepas tangan dalam  mendidik anak dan hanya harapkan terus kepada isteri. Sudah-sudahlah lelaki lembik yang hanya duduk sahaja, sedangkan isteri anda  struggle sempurnakan segala keperluan anda dan anak.  Percayalah ia tidak akan jatuhkan maruah anda sebagai seorang lelaki Anak akan mempunyai fasa untuk membiasakan diri pada persekitaran.  Melihat, mendengar dan sentuhan. Anak akan aktif memanjat, berlari, tantrum dan sebagainya, merajuk apatah lagi. kita perlu memainkan peranan yang sangat utama sebagai insan yang diperlukan oleh seorang anak. Anak tak tahu erti bahaya, bagi mereka semua adalah mainan, inilah peranan kita mengawasi mereka. Berbalik kepada tajuk, 5 KESAN B...

Aku Manusia Berdosa

Y a Allah ya Tuhanku, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu-bapa ku, adik beradikku, muslimin dan muslimat yang masih hidup walaupun yang telah mati. Doa tersebut sedikit sebanyak membuatkan kita merasa keinsafan, dan juga menjadikan kita  manusia yang lebih baik, lebih berguna di alam ini mahupun di akhirat kelak. Seluruh jiwa telah aku serahkan kepada-Nya, sebagai hambamu yang kerdil. Bayangkan kembali setiap saat dan ketika dosa yang telah kita lakukan dalam keadaan sedar mahupun tidak sedar. Bertahun2 amalan kita dicatit, cukupkah amalan kita untuk kita bawa diakhirat kelak? adakah setiap dosa kita diampunkan? kita usaha dan kita yakin Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Aku Manusia Berdosa, dengan harapan diampunkan segala dosa2 ini...Aminn

Sepakan Percuma Terbaik, Faiz Subri Disebut-sebut Calon Anugerah Puskas FIFA

KUALA LUMPUR: Nama Mohd Faiz Subri menjadi sebutan ramai di seluruh dunia selepas pemain skuad bola sepak Pulau Pinang itu menjaringkan satu gol istimewa, malam semalam. Mohd Faiz menjadi sanjungan ramai apabila sepakan percuma yang dilakukannya dari jarak 35 meter, melengkung masuk ke gawang gol dalam satu perlawanan Liga Super Malaysia. Laman berita dalam talian British Independent ( www.independent.co.uk ) melaporkan, sepakan percuma Mohd Faiz yang amat luar biasa itu pasti menjadi calon bagi Anugerah Puskas FIFA 2016. "Mohd Faiz Subri akan menjadi pesaing bagi anugerah yang mengiktiraf gol terbaik pada tahun ini, hasil jaringan daripada sepakan percumanya yang sungguh luar biasa itu. "Sepakan pemain berusia 28 tahun ini bukan sahaja mengejutkan penjaga gol pasukan lawan, malah dianggap bercanggah dengan hukum fizik. "Sepakan Mohd Faiz sungguh berbisa kerana bola yang pada mulanya menghala ke suatu arah, kemudiannya melencong ke arah lain dan menerjah ke penjuru ...

Melompat Lebih Tinggi

B -  "Awak boleh ke ni?" G - "Boleh....Kenapa?" B - "Betul?", "awak pakai kain ni, kang......^$$$#**)(0?" G - "awak  tangkap je ok" B - "Ok, kalau macam tu, ready ...1, 2, 3 !!(Shutter) notaKAKI : umur dah lanjut baru nak update? :p 

Senja Datang Berpantun

S eperti yang di jangka, blog masih dalam keadaan purba kala, habis masa2 terluang dibazirkan begitu sahaja, buang masa. jika diimbas kembali senja yang hampir menggelapkan seluruh dunia, sedikit demi sedikit lalu gelap gelita.... D asyat sungguh bumi ini senja berlalu pergi, diri ini terlalu lambat untuk berbicara tentang hati, hati yang hanyut dibawa angin jauh ia pergi, lalu aku diselamatkan oleh sang mentari. J angan sangka diam2 ia mati, mati hanya dijari, tapi dihati masih berdiri, mencari sesuatu yang tersembunyi, makin hampiri, ia akan ketemu suatu hari nanti. A ku mohon jangan pergi, kerana aku akan kembali.