Skip to main content

Posts

Peminta Sedekah Yang Menipu

A ssalamualaikum, salam sejahtera hampa2 semua, wahai anak2 muda, zaman sekarang ni kita boleh lihat keadaan sekeliling dengan pelbagai ragam manusia... peminta sedekah terutamanya, aku amatlah simpati dengan golongan ini, aku manusia yang tidak boleh tengok orang susah, sifat kasihan, simpati itu ada.. so kita sedekah dengan niat ikhlas mengurangkan beban dia...  TETAPI ada segelintir manusia peminta sedekah ni, kadang2 ada juga yang menipu untuk minta simpati orang ramai, macam2 cara mereka buat, sedangkan mereka ada motor, ada kereta, astro pun ada kat rumah... so apa yang diorang ni hendak adalah wang tambahan... aku pelik jugak manusia ini... =..=".. berhati2 lah dengan golongan ini.... dalam agama kita Islam, memang digalakkan bersedekah membantu saudara-saudara kita yang susah, dapat pahala kot ... :) kartun di atas ni hampa jangan dok tiru plak... mampuih kena kejaq dengan polis... abu huzaifah sangat prihatin :) KOLEKSI KARTUN

Rahsia Peribadi Terbongkar : Awekku Gangster

KOLEKSI KARTUN P/S : main2 lagi ngn awekku gangster... kehkeh... maaf kerana lama tak update, biasalah dengan kerjaya sendiri... hope enjoy.. :)

Petua Dari Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar

Assalamualaikum, semua sahabat2, lama juga tak update blog yang serba kekurangan ni, biasalah sudah ke alam kerjaya.. Salam ramadhan untuk semua, begitu juga kepada mereka yang cuba2 nak buka periuk senyap2.. sudah2 lah tu, dah besar panjang, berbulu dan sebagainya, takkan berpuasa di siang hari pun tak boleh??, rebutlah peluang keberkatan di bulan ramadhan ini dengan banyakkan amal ibadat.. . :) ok2 berbalik kepada tajuk asal, ini merupakan petua dari Imam Ghazali untuk mencari lailatul qadar.. Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan. Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar Jika awal ramadhan jatuh pada hari: I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan; III) Selasa atau jumaat – malam ...

Memilih Cinta

rindu, menongkat dagu memandang ke jendela, memerhati pokok, pokok membayangkan cinta, hati bertaut, semua jadi tak kena, mesej berbunyi, oh.. itulah ubatnya... bila jumpa, serinya wajah, lidah kelu, badan hampir rebah, berkata2 cinta, bermain dengan lidah, tak perasan siang berlalu sudah... kerana jaraknya langit dan bumi, cinta itu jadi sementara, kau apa ada, hanya orang biasa, lirik penuh bulan, bintang, mentari lengkap semua, tetapi kecundang akhirnya... honda cup petak bukan pilihan, biarlah dia datang membawa harapan, dan pergi membawa seribu sesalan, jodoh, hanya Allah yang tentukan.... P/S : maaf lama tak update blog... dah bersawang dah... =..=" kerana kesibukan yang melanda diri... apa kabar orang kampung?? hehe...

PM Umum Naik Gaji, tapi.....

pm umum naik gaji, tapi.... notahatiku : nak wat mcm ne... aku keje syarikat swasta je :'( ... bos... nak naik gaji boleh..tambah ngn bonus skali.... errrr... KOLEKSI KARTUN

Apa Perlu Aku Buat Untuk Membalas Jasa Bapa Aku

Assalamualaikum... Ini adalah cerita tentang seorang sahabat yang datang kepada aku.... kerisauan dari riak wajahnya aku dapat baca, mungkin dia ada masalah, dan dia luahkan perasaannya kepada ku...  " abu, apa perlu aku buat untuk membalas jasa bapa aku.. setelah apa yang dia buat terhadap aku dan keluarga, jasanya begitu besar sekali, bekerja tidak kenal erti penat dari Perak ke Sabah atas urusan kerja, tinggalkan keluarganya.. aku anak sulong, bahu ni terasa berat untuk aku tanggung. Pernah sekali aku tengok bapa aku termengah-mengah.. dan aku berdoa, Ya Allah, janganlah engkau cabut nyawa bapa aku, kerana aku belum buktikan sesuatu untuk membalas jasanya." itu luahan perasaan seorang sahabat kepada ku, dan aku sebak mendengar kata-kata tersebut, dan membuatkan aku terfikir, apa perlu aku buat untuk membalas jasa bapa aku??.. setelah apa dia lakukan siang dan malam, dari kecil sampai besar dia menjaga aku..dan aku selalu berdoa ibu bapa ku panjang umur, dan aku mahu bu...

Suatu Ketika Dahulu #1 : Mimpi Menjadi Realiti

P/S : siapa pernah kencing malam?? eh eh tak ngaku pulak... kehkeh... mimpi je kencing dalam bilik air, tapi realitinya kencing kat tilam... itulah, mak pesan jangan main lompat-lompat waktu malam nanti kencing malam.. dah degil.. mcm tulah..  dah besar ni takde dah...=..=" KOLEKSI KARTUN