About Author


Blog Nostalgia Klasik Guitar Burok ( panjang betul nama blognye =..=) atau blog Guitar Burok (GB) merupakan sebuah blog santai dan dengan ke-santai-an itu terdapat juga maksud yang tersirat disebalik kata-kata. Terbitnya blog ini adalah pada bulan Januari 2011

Blog ini adalah hak milik Abu Huzaifah Aziz, dan setiap penulisan serta lukisan kartun adalah hasil kreativiti beliau sendiri. Abu Huzaifah adalah anak jati negeri Perak Darul Ridzuan, bapanya adalah seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan maknya pula adalah heroin kepada bapanya... =..=". Beliau adalah bekas pelajar Insitut Kemahiran MARA Lumut (IKML) dalam jurusan Mechanical Draughting And Design.

Sebelum Blog ini dijadikan, terdapat blog lain yang dibina oleh beliau, alasan beliau adalah sekadar suka-suka dan sebagai diari harian, tetapi blog tersebut telah lama di delete, kerana beliau malu diarinya di baca oleh orang yang tidak di kenali. (dulu guwa bengong sikit dalam bidang "blogging" ni)

Oleh kerana beliau tertarik dengan seorang blogger famous ni, yang mempunyai identiti sendiri, so.. beliau bertekad untuk membina sebuah blog lagi. Blog itu, tidak lain dan tidak bukan adalah blog Nostalgia Klasik Guitar Burok.

KENAPA nama blog Guitar Burok?? kenapa ada Nostalgia Klasik pula?? .. jawapan : Guitar Burok di ambil nama dari gitar beliau yang sudah buruk dan berhabuk, jadi, gitar buruk itu terlalu nostalgia baginya sehingga menjadikan ia klasik jika dipandang. Dan terdapat maksud yang tersirat disitu, :~

"Mengembalikan nostalgia dahulu zaman-berzaman, supaya tidak hilang dibawa arus kemajuan, yang boleh dijadikan panduan serta teladan bahawa hari esoknya adalah lebih baik berbanding hari ini".

Oleh itu, beliau mengambil peluang ini, dengan melukis kartun/doodle, supaya setiap nasihat serta maksud yang tersirat dapat disampaikan disebalik kartun2 tersebut. - Abu Huzaifah


Popular Posts