Friday, March 9, 2012

PM Umum Naik Gaji, tapi.....


pm umum naik gaji, tapi....



notahatiku : nak wat mcm ne... aku keje syarikat swasta je :'( ... bos... nak naik gaji boleh..tambah ngn bonus skali.... errrr...

Tuesday, March 6, 2012

Apa Perlu Aku Buat Untuk Membalas Jasa Bapa Aku


Assalamualaikum...

Ini adalah cerita tentang seorang sahabat yang datang kepada aku.... kerisauan dari riak wajahnya aku dapat baca, mungkin dia ada masalah, dan dia luahkan perasaannya kepada ku...

 " abu, apa perlu aku buat untuk membalas jasa bapa aku.. setelah apa yang dia buat terhadap aku dan keluarga, jasanya begitu besar sekali, bekerja tidak kenal erti penat dari Perak ke Sabah atas urusan kerja, tinggalkan keluarganya.. aku anak sulong, bahu ni terasa berat untuk aku tanggung. Pernah sekali aku tengok bapa aku termengah-mengah.. dan aku berdoa, Ya Allah, janganlah engkau cabut nyawa bapa aku, kerana aku belum buktikan sesuatu untuk membalas jasanya."

itu luahan perasaan seorang sahabat kepada ku, dan aku sebak mendengar kata-kata tersebut, dan membuatkan aku terfikir, apa perlu aku buat untuk membalas jasa bapa aku??.. setelah apa dia lakukan siang dan malam, dari kecil sampai besar dia menjaga aku..dan aku selalu berdoa ibu bapa ku panjang umur, dan aku mahu buktikan sesuatu kepada mereka..

Sekarang aku ceritakan sebuah kisah di zaman Rasulullah...
Telah berlaku sebuah kisah, suatu ketika di mana Saidina Umar al-Khattab r.a dan beberapa orang sahabatnya telah melihat sebuah situasi di mana seorang perempuan sedang mendukung seorang lelaki tua. Beliau lalu bertanyakan hal tersebut kepada perempuan itu.

"Apakah halnya tentang perlakuan kamu ini?"

"Ya Amir al-Mukminin, Lelaki tua yang ku dukung ini adalah ayahku. Dia ini sudah tua dan nyanyuk. Dia juga mahu bermain denganku."

Jawab perempuan itu...

Umar al-Khattab berasa teruja setelah melihat kejadian itu lantas berkata;

"Wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya, ke atas dirinya."

"Tidak ya Amir al-Mukminin. aku ini belum lagi menunaikan hak bapaku ini ke atas diriku. Ini kerana semasa bapaku ini menjaga aku ketika aku masih kecil, dia selalu mendoakan agar panjang umurku."

Kemudian perempuan itu menyambung lagi;

"Tetapi semasa aku menjaganya pula ketika dia tua kini, aku tertanya-tanya, bilakah orang tua ini akan mati!"

Kisah ini menjadi renungan dan peringatan kita semua.
Semoga dijauhkan dari sifat begitu. Ameen Ya Robb....

P/S : janganlah kita jadi seperti perempuan dalam kisah ini, yang menjaga bapanya tetapi niat dalam hati ingin bapanya mati cepat.. marilah kita buktikan sesuatu kepada mereka.. jangan jadi anak yang derhaka, berdoa selalu panjangnya umur mereka...

Saturday, March 3, 2012

Suatu Ketika Dahulu #1 : Mimpi Menjadi Realiti


P/S : siapa pernah kencing malam?? eh eh tak ngaku pulak... kehkeh... mimpi je kencing dalam bilik air, tapi realitinya kencing kat tilam... itulah, mak pesan jangan main lompat-lompat waktu malam nanti kencing malam.. dah degil.. mcm tulah..  dah besar ni takde dah...=..="

KOLEKSI KARTUN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk.org/ping

Copyright (c) Guitar Burok Since Januari 2011 by Abu Huzaifah