Sunday, October 30, 2011

Cinta Itu Buta

ATAU

P/S : hanya sekadar gambar, yang mempunyai banyak maksud yang tersirat...
KOLEKSI KARTUN

Thursday, October 27, 2011

Kecemasan


P/S : sembelit .... kehkeh!!

KOLEKSI KARTUN

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday #15 Sudah Terlambat

Thursday, October 20, 2011

Lelaki Bersikap Tegas

Ketegasan perlu ada dalam sebuah perhubungan tetapi bukannya tegas yang membabi buta. Tegas yg tidak kena pada tempatnya akan hanya mencacatkan wajah lelaki macho pada pandangan wanita. Ketegasan bermaksud, apabila anda membuat sesuatu keputusan, setelah difikirkan baik dan buruknya dalam semua aspek, anda perlu tegas menyatakan pendirian tanpa menukarkannya kemudian. Buatlah satu keputusan dengan baik kerana ia akan menaikkan maruah anda dimata seorg wanita. Keputusan yg dibuat itu, tidak kira ianya besar mahu pun hal yang sangat remeh.
 
Oleh itu, anda perlu bijak mengawal suara. Bijak dalam bermain kata-kata, sehingga membolehkan orang sekeliling ada terpegun dan memberi perhatian setiap percakapan anda. Biarlah org melihat anda seolah-olah berlagak sedangkan anda sebenarnya sedang bersemangat, sesuai dengan ketegasan yg anda miliki itu. Bijaklah menggunakan semua kelebihan yang anda ada dan manfaatkan sebaik mungkin.
 
Muka tegas, nampak bengis, tetapi ada kelembutan dalam hati kerana iman didada. Ketegasan seorang lelaki itulah yang mempertahan maruahnya, dan maruah orang yang dia sayang, dan untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah rumahtangga.

Sunday, October 16, 2011

Demam

Demam dihujung minggu.. =..="
masih boleh pergi jalan-jalan dengan kawan,
masih boleh main bola sepak petang-petang,
masih boleh lepak kedai mamak tengok perlawanan bola.. =..="
kalau duduk rumah, lagi bertambah demam...

P/S : Abu Huzaifah sudah demam.... =..="

Thursday, October 13, 2011

Akibat Letak Gambar Dalam Facebook

sumber facebook. 
ramai jugak kan yg letak gambar bajet hot dalam facebook... seperti hebatnya dunia maya bagi manusia sekarang ni, tetapi realiti sangat berbeza dengan perwatakannya dalam facebook... mari kita ambil iktibar dengan perkara yang berlaku ini...

Spontaneous Thursday #4 : Kebangkitan

Mereka tidak boleh memaksa kita
Mereka akan berhenti menjatuhkan maruah kita
Mereka tidak boleh mengawal kita
Kita akan menuju kemenangan juga.

"mind control" yang mengawal tindak tanduk generasi muda,
hanya biarkan revolusi mengambil alih dalam dunia baru dicipta,
sains akan memutar belitkan agama, lalu hidupan jadi sia-sia,
mereka mahu terbalikkan dunia untuk membalas dendam bersama iblis dari masa lalu anda.

Bangkit dan merampas kuasa kembali,
semasa kucing gemuk mengalami serangan jantung,
anda tahu masa mereka akan berakhir,
Kami ada untuk menyatukan dan menonton bendera kita naik.

Monday, October 10, 2011

Cinta Tidak Kenal Siapa

kekasihku, walaupun engkau gemuk lagi tembam, tapi itu tidak menghalangku untuk mendekatimu, kerana cintaku tidak kenal siapa dirimu, yang penting kejujuran dirimu untuk menerima diriku seadanya... Walaupun kau begitu rendah diri, dan selalu bersedih kerana keadaan diri yang gemuk, tomahan serta kutukan daripada orang disekelilingmu. Tidak mengapa, aku sangat memahami dirimu.

kita sentiasa bersama dimana sahaja ( kecuali tandas dan bilik tidur). Dengan basikal burukku, itulah kenderaan yang selalu kita naiki, walaupun tayar selalu pancit =..=" ... hehe ingat tak??

aku pernah menjadi jurulatih senaman untuk dirimu, kerana kau nekad untuk kuruskan badan. tetapi??
baru separuh jalan je kau dah penat, itu sesuatu kenangan yang terindah bagi aku, hehe... walaubagaimanapun, kau tidak menyerah kalah, kau tetap usaha, itulah yang aku suka tentang dirimu itu... sangat bersungguh-sungguh untuk kuruskan badan... :)

oleh kerana kesungguhan dirimu, kau telah berjaya kuruskan badan yeayy!!!... langsing, comel... membuatku tergoda, tetapi aku terasa rindu pada dirimu yang gemuk dahulu..

__________________________________

tetapi hanya sementara kegembiraan itu, kerana bukan sahaja fizikal kau berubah, tetapi hati kau turut berubah sama, kerana kecantikan pada dirimu, aku makin kau sisihkan...
__________________________________

akhirnya kau meninggalkan diriku, kau melupakan diriku, kerana ada orang lain yang lebih macho+hensem daripada diriku... tetapi tidak mengapa, aku tetap gembira untukmu, kerana kau tidak lagi bersedih sebagaimana kau sedih masa kau gemuk dahulu, aku rindu keadaan dirimu yang dahulu...

Friday, October 7, 2011

Kartunku Dihukum



P/S : disebalik lukisan terkandung seribu nasihat.. :)

Thursday, October 6, 2011

Awekku Gangster : Situasi 12 Salah Landing

P/S : tersalah landing ditempat yang sensitif pulak =..="...
KOLEKSI KARTUN

Otomen Karut Berjaya Keluar Dari Dunia Maya

P/S : haha... akhirnya aku abadikan otomen karut untuk dihiaskan didalam kereta... :)

Monday, October 3, 2011

Alien Yang Sangat Menakutkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk.org/ping

Copyright (c) Guitar Burok Since Januari 2011 by Abu Huzaifah