Friday, September 30, 2011

P1 Wimax , Wireless terpantas


P/S : itulah, dah terlalu pantas sangat, sampai kemalangan dijalan raya, pandu dengan cermat, jiwa selamat... :)

Thursday, September 29, 2011

Burok Yang Menawan (Gambar)


P/S : Klasik, benda2 lama, mungkin akan hilang dibawa arus kemajuan...

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #14 Facebook

LIKE BLOG GUITAR BUROK ON FACEBOOK


Tuesday, September 27, 2011

Hari-hari Tengok TV

ini bukan superhero ^_^....kalau spiderman jadi hero sebab kene sengat labah-labah, tapi ini lain, dia jadi televisionman sebab menonton television terlalu lama, tidak kisah siaran tergendala atau tiada siaran, dia tetap pandang tv lama-lama, akibatnya muka pun dah macam tv dah... hikhik.. errr abu dah mengarutlah pulak.. 

RISIKO Kanak-kanak Tonton Television Telalu Lama
MELBOURNE: Kanak-kanak yang terlalu lama menonton televisyen daripada had yang sepatutnya, kemungkinan besar berdepan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes dalam kehidupan mereka, penemuan kajian terbaru di Australia.
Kajian oleh penyelidik University of Sydney mendapati kanak-kanak berusia enam tahun yang menghabiskan masa menonton televisyen mempunyai arteri yang menyempit di belakang mata mereka.Ini meningkatkan peluang mereka untuk mengidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes apabila usia mereka semakin meningkat, menurut kajian itu yang dikeluarkan, semalam.
Kira-kira 1,500 kanak-kanak yang berusia antara enam hingga tujuh tahun dari 34 sekolah rendah di Sydney menjalani pemeriksaan dalam kajian itu.
Mereka yang melakukan aktiviti fizikal paling kerap iaitu setengah jam sehari atau melebihi tempoh itu ternyata mempunyai arteri retina yang lebih lebar berbanding mereka yang melakukan aktiviti fizikal kurang daripada setengah jam sehari.
“Kami dapati kanak-kanak yang rajin melakukan aktiviti fizikal mempunyai profil mikrovesikel yang lebih baik berbanding mereka yang kurang melakukan aktiviti fizikal,” kata Dr Bamini Gopinath, felo penyelidik kanan di Pusat Penyelidikan Penglihatan, University of Sydney.
Beliau berkata, ini membuktikan gaya hidup tidak sihat akan mempengaruhi mikroedaran yang awal dalam kehidupan dan meningkatkan ancaman terhadap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi apabila usia semakin meningkat.
“Menggantikan tempoh satu jam di hadapan televisyen dengan melakukan aktiviti fizikal membawa kepada perubahan yang besar.
“Oleh itu, bermain secara percuma harus digalakkan dan sekolah harus menetapkan mandatori dua jam seminggu untuk aktiviti fizikal kanak-kanak,” kata Dr Gopinath yang berasal dari Sri Lanka.
Beliau berkata, ibu bapa harus menggalakkan anak mereka agar bergerak dan melarang mereka daripada duduk terlalu lama di kerusi. – BERNAMA

Sunday, September 25, 2011

Suka Mengumpat?? Lupakan jelah niat tu


P/S : jangan disangka orang yang gemuk/cubby susah nak dapat jodoh, kerana jodoh pertemuan ditangan Tuhan, DIA yang menentukan. Oleh yang demikian, janganlah sesekali kita pandang rendah terhadap orang lain, dan jangan mengumpat perkara yang kita sendiri tidak pasti.. Abu Huzaifah sangat prihatin :)

KOLEKSI KARTUN

Saturday, September 24, 2011

Mawar


Mawar,
aku berjalan disebuah padang ingin mencarinya,
tetapi mawar begitu banyak sehingga susah membuat pilihan,
mawar pertama yang aku jumpa, cantik, inginku petik, tetapi hati seperti kata tidak
kerana mungkin ada yang lebih cantik daripada ini, aku berjalan lagi..
mawar kedua aku jumpa, mawar ini lebih cantik daripada mawar pertama, tetapi hati masih kata tidak, kerana ada lagi yang lebih cantik.. aku berjalan lagi, begitulah seterusnya, mawar yang dijumpa berganda2 cantiknya, tetapi hati masih juga kata tidak...
sehinggalah seluruh padang diterokai, sampai ke mawar yang terakhir, mawar ini tidak begitu cantik, layu. Tetapi hati aku terasa ingin memetik mawar ini, jadi aku pun petik, dan semai ia dirumahku. Mawar ini aku jaga, aku siram setiap waktu dan ketika..

Beberapa hari kemudian, aku terkejut melihat mawar yang aku jaga menjadi mekar, segar dan berganda-ganda cantiknya daripada mawar-mawar yang berada dipadang tersebut.Tidak ku sangka, disebalik kehodohannya sebelum ini tersimpan berjuta kecantikan dalam dirinya. Sekarang usah risau mawar, kau milikku sekarang. Tiada orang lain lagi yang boleh memetik dirimu.. :)

P/S : moral of the story, jangan kita sangka orang yang hodoh akan hodoh segala2nya, tetapi sebaliknya orang yang hodoh inilah mempunyai kecantikan dalam hatinya... Abu Huzaifah sangat prihatin :)

Friday, September 23, 2011

Batinku Terseksa ERRRR!!!


P/S : bukan cerita pasal aku.. errr, aku belum kahwin.. errr.. hikhik... jangan fikir yang bukan-bukan ikut budibicara sendiri... :) ...
KOLEKSI KARTUN

Thursday, September 22, 2011

Super Bongox

KOLEKSI KARTUN

P/S : kasihan, impiannya menghirup udara segar terganggu,.. =..="

Sunday, September 18, 2011

Tidak Sempurna



Cinta datang,
tetapi aku tidak sempurna jika dibandingkan dengannya,
aku juga tidak semegah seperti orang lain,
bukan pintaku untuk jadi begini,
seandainya aku bukan pilihan, jadikan dia sebagai pengganti.

Kau datang,
disisiku kau terdiam sejuta makna,
membisu dalam sejuta rasa,
membawa harapan kekal hingga ke akhirnya,
tetapi harapan terbengkalai di pertengahan dunia.

Tidak sempurna,
aku sedar aku tidak seberapa,
sudi mencintai aku seadanya,
sudi mencintai aku bukan kerana rupa,
dalam waktu duka dan hiba kau rela
sanggup menerima insan tidak sempurna

Saturday, September 17, 2011

Jerawat


AMARAN : kertas pasir digunakan untuk melicinkan permukaan kasar seperti papan dan sebagainya, tidak boleh digunakan untuk melicinkan kulit muka, harap maklum...Abu Huzaifah prihatin juga... :)

Koleksi Kartun

Friday, September 16, 2011

Merdeka Hari Malaysia

Tuesday, September 13, 2011

Kekasihnya Lari...??


P/S : kekasihnya melarikan diri bukan kerana tolak lamaran tetapi ada hantu dibelakangnya..=..="
<Koleksi Kartun>

Monday, September 12, 2011

Aksi Lucah Di tandas Awam (18sx)


Tandas Awam Stesen Bas, Memang kurang di ajar mereka-mereka yang menjadikan tandas awam sebagai tempat conteng, iklan lucah. Memang tidak beradab, membuatkan masyarakat yang ingin menggunakan tandas tersebut tidak senang. Bagi aku, ini sangat menggelikan kerana ayat ayat nya boleh menggerunkan.. bukan ayat-ayat cinta tau...haha... aku tak censored nombor telefon tersebut, kalau berani call lah nombor tersebut.... kadang-kadang mereka ni hentam sahaja nombor sehingga terkena pada orang lain yang tidak bersalah... insaflah wahai mereka-mereka ini.. Semoga dapat iktibar, Abu Huzaifah prihatin..

Friday, September 9, 2011

Jumaat Penghulu Segala Hari

sumber kartun dari freewebcomic

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud "sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat."
"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."
Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk Agama Islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.

Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.
Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda
1) "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid.
2)Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".

Ibadah pada hari Jumaat.
1)Pejalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.
2)Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.
2)Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.Memotong Kuku. Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan."

Wednesday, September 7, 2011

wordless Wednesday #13 Kejutan Budaya


KOLEKSI KARTUN SINI

Wordless Wednesday #12

Monday, September 5, 2011

Duit Raya Untuk Semua, Kecuali.. ??


P/S : kesian otomen... :'(

KOLEKSI KARTUN

Sunday, September 4, 2011

Dari Kampung ke Bandar

Kampung Halaman

Assalamualaikum.. blog ini macam dah ada sawang..  sebab lama tak update

ini cerita aku : kampung, terasa seperti mahu terus menetap di sana, kerana suasana, indah dan kehijauan alam yang masih terpelihara, membuatkan diri kita terasa aman. Pagi-pagi terdengar ayam berkokok, malam terdengar cengkerik bermain muzik.  Tetapi apa boleh buat, kerana kerja, aku balik ke halaman sendiri, dalam perjalanan, sesak, ramai berpusu-pusu pulang ke rumah. Ohh... serabut kepala.. keadaan membuatkan kita terasa semak samun, padat, mampat.. hahaha.. macam tin sardin.. jalan penuh dengan kereta. Alhamdulillah, aku selamat sampai ke destinasi. Korang mesti perasan, betapa sekejapnye masa yang kita lalui, dari ramadhan hingga ke syawal. Apa-apa pun semoga semua selamat sampai ke destinasi... Abu Huzaifah suka ketupat palas... hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk.org/ping

Copyright (c) Guitar Burok Since Januari 2011 by Abu Huzaifah