Sunday, August 28, 2011

Selamat Menyambut Aidilfitri


Assalamualaikum sahabat-sahabat.. Blog akan sunyi dalam beberapa hari, kerana kesibukkan menjelang lebaran... semoga hari2 anda menjadi lebih bermakna dengan kedatangan aidilfitri tahun ini... maaf di pinta jika abu ada terkasar bahasa. Salam lebaran... :)

Saturday, August 27, 2011

Tutorial Kartun Abu Huzaifah #2

Sambungan Tutorial #1

Software Photoshop

beginilah hasilnya... selamat mencuba :)

Tutorial Kartun Abu Huzaifah #1

Assalamualaikum, kawan-kawan, blogger dan stalker ^^,.. oleh kerana abu tidak pandai guna software flash, abu letak gambar sahaja. Harap maklum..

software PHOTOSCAPE

Beginilah hasilnye, senangkan.. save kan. dan bawa ia ke photoshop untuk edit dan warna

Thursday, August 25, 2011

Baju Raya


---------------------------




---------------------------------

Beberapa minit kemudian.....


P/S : beginilah akibat terpengaruh dengan budaya barat =..=".. bersopanlah ketika berpakaian, hormati bulan yang mulia... Abu Huzaifah Prihatin :)

KOLEKSI KARTUN

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #11 Jalan Pintas


Tuesday, August 23, 2011

Adegan Melampau Kucing

P/S : begitu lah ceritanya... :)

KOLEKSI KARTUN

Sunday, August 21, 2011

Bunuh Diri


Kerana cinta? kerana masalah kehidupan? ohh.. jangan berfikir secara singkat untuk melarikan diri daripada semua ujian dari Allah. Kita hidup di dunia ni mempunyai tujuan, bukan sekadar hidup sia-sia. Kita lahir dunia dalam keadaan bayi, keluar daripada rahim, menangis, dan tangan akan menggenggam, genggaman itu adalah janji kepada Allah tujuan sebenar di lahirkan.

> Bunuh diri adalah dosa besar, karena adanya ancaman khusus baginya, sebagaimana sabdanya:
Barangsiapa bunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan minum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” (HR. Muslim, 109)

>Panjang umur dengan amal yang soleh lebih baik bagi seorang mukmin, sebagaimana sabda Nabi –shallallahu alaihi wasallam-:
Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalnya.” (HR. Ahmad dan Tirmidzy, di shahihkan oleh Albani)
beliau juga bersabda:
Beruntunglah orang yang panjang umurnya dan baik amalnya.“ (HR. Thabrani dan Abu Nu’aim, dishahihkan oleh Albani). sumber

P/S : janganlah kita berfikiran singkat, dan membuat keputusan yang melulu. Kita guna akal sebaiknya, jangan biar kan hati mengawal segala tindakan, maka ia akan mati. Semoga memberi keinsafan... Abu Huzaifah prihatin.

Koleksi Kartun Berzaman

Saturday, August 20, 2011

Bantulah Mereka, Tolonglah...

Assalamualaikum, sekalian umat, yang kaya, yang miskin, yang sederhana..
Kita bersyukur atas rezeki yang di limpah kan oleh Yang Maha Esa, tetapi banyak pembaziran, kerana ramai lagi yang tidak bersyukur, bongkak, sombong dengan harta, aku sedih, pilu.. kerana ada yang lebih memerlukan bantuan, tolonglah mereka, tolonglah mereka..

Kebuluran Di Somalia, apa anda akan buat kalau tengok video ni?


P/S : ada sesiapa tahu macam mana nak hulurkan sumbangan kepada mereka? tolonglah mereka. Abu Huzaifah sangat prihatin...

Thursday, August 18, 2011

Inilah Namanya Perubahan

Asslamualaikum saudara dan saudari sekalian. Hari ini aku ingin bercerita. Semoga cerita ini mendapat iktibar kepada semua. Maaf Entri ini membuatkan anda membaca panjang.. :)

Seorang gadis, Nur Kemboja (bukan nama sebenar) kecil molek, comel dengan gaya ranggi, emo, percakapan yang kasar dan sangat bersosial, ini lah manusia sesat, sesat kerana pujukan hawa nafsu dunia, yang membuatkan ia lalai. Siapa tidak kenal dia, kaki clubbing, karoke dan sebagainya.

Pertemuan aku dengan dia memang tidak di sangka, kami berkenalan dalam masa yang tidak di rancang, aku tahu perangai dia, sudah hampir setahun kami kenal, dia masih tetap dengan perangai dia yang tidak pernah ubah. Tetapi yang bagusnya dia ni ialah dia tidak sedikit pun sentuh benda-benda haram. "Ohh!! kau cantik, kau comel, tetapi hati kau masih di belenggu kesesatan".

Pada suatu hari, dia menelefon aku supaya ambil dia dari kerja. Waktu kerja sudah tamat. Aku ambil dia, dan ajak dia minum dahulu sebelum pulang, dalam masa yang sama aku ajak kawan aku untuk lepak sekali.
Kawan aku, Man, begitu arif dalam keagamaan dan dunia sekarang. Ketika itu aku, Man dan Nur Kemboja duduk satu meja. Apabila Man dan aku lepak sekali, maka kami akan bersembang-sembang pasal agama, dan dunia sekarang. Mula-mula Nur Kemboja tidak dapat menerima apa yang kami sembangkan. Tetapi lama kelamaan aku terlihat riak wajahnya, sepertinya dia begitu ambil perhatian kepada apa yang kami sembangkan. "Ohh aku tahu hati kau mula terbuka untuk mendalami agama". Satu soalan mula timbul dari mulut Nur Kemboja "betul ke 2012 hari kiamat?" aku tahu Nur Kemboja ingin sekali mengetahui tentang hari kiamat. Man pun memberitahu 2012 adalah bohong semata-mata, Man pun bercerita pasal hadis, serta firman-firman Allah, tentang Syurga mahupun Neraka. Dari situ muka Nur Kemboja ternampak begitu serius sekali, dia bertanya, aku dan Man memberikan jawapannya. Semua yang kami sembangkan adalah agama dan dunia sekarang.

Sejak daripada itu, Nur Kemboja yang dahulunya, kaki clubbing, ranggi dan kasar, sekarang nampak perubahan pada diri dia, pakaian Nur Kemboja begitu sopan sekali, walaupun masih tidak pakai tudung. Dia akan menolak jika seseorang mengajak nya ke Club. Percakapan dia sudah mula sayu-sayu, lembut dan sopan. Aku mula tertarik dengan dia, aku tahu mungkin akan ada perubahan pada diri Nur Kemboja. "Kalau betul lah engkau mahu berubah, engkau datang lah kepada ku, InsyaAllah aku boleh kongsi sedikit sebanyak tentang agama Islam".. :) inilah namanya perubahan 

P/S : semua orang boleh berubah, tidak kira sejahat mana pun dia, tidak kira tempat atau masa, kalau dalam hati mendapat petunjuk dan HidayahNya, InsyaAllah dia lah sebaik-baik manusia yang beriman... Abu Huzaifah sangat prihatin

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #10 Lembab


Monday, August 15, 2011

Adik Nampak Otomen


Mood : mengarut =..="
P/S : waktu2 berbuka puasa, semua orang berpusu-pusu pergi bazar ramadhan, begitu juga dengan otomen.. kehkehkeh!!

Saturday, August 13, 2011

Hati Umpama Gelas Yang Kosong

Assalamualaikum, saudara saudari sekalian, hari ni aku mahu kongsi sedikit cerita, sembang2 dialog bersama sahabat ku.. cerita lama..

Situasi di kedai minum, bersama sahabat.

MAN : bro.. kau nampak apa yang aku nampak?

ABU : apa yang kau nampak?

MAN : tu..tu... perempuan tu, lawa kan.. seksi pulak tu, dugaan-dugaan..

ABU : mata kau memang tajam bro, cepat betul kau nampak ek.

MAN : biasa bro, kalau aku dapat perempuan ni, aku tinggal yang lain..( sambil buat gaya tangan)

ABU : haha.. budak-budak lagi tu bro..

MAN : haha.. aku tahu budak-budak, dari budak-budak macam ni lah kita kena didik, umpama menjaga bunga sehingga mekar.

ABU : air aku sudah habis bro, aku nak order... (iklan), baiya(mamak)!!! kopi tarik... ok bro, berbalik kepada cerita tadi, hikhik

MAN : kau memang, selalu langgar percakapan aku..

ABU : aku haus bro, tekak kering.Jap2.. kau sembang dengan aku tapi mata ke lain.

MAN : Pandang ke sana lagi sejuk bro, perempuan itu menarik perhatian aku.

ABU : larr.. budak-budak 19 tahun tu..

MAN : bro.. dengar sini, dia bukan budak, kalau aku kahwin dengan dia, dia akan mengandung jugak.

ABU : *&^%$ Blurrr =..=".. ayat kau memang macam pu*****.. dia seksi bro, kau nak ke isteri kau macam tu nanti?

MAN : dia tetap perempuan, ibarat hati itu gelas yang kosong ni, air pula umpama sinar cahaya, agama.. Jika kita tuang air dalam gelas yang kosong ni, maka penuhlah gelas yang kosong.. kau paham? maksudnya hati yang kosong, kalau kita didik dengan sinar cahaya agama, InsyaAllah dia boleh berubah.. (senyuman)

ABU : ye aku paham.. tetapi kau kena ingat, perempuan memang perhiasan dalam dunia ni, dan perempuan juga boleh menyebab kan sesuatu tamadun jatuh.

MAN : haha, aku tahu batasan bro, aku pandang perempuan bukan kerana aset2 yang mereka ada, tetapi aku kagum kecantikan ciptaan Allah ni. Tulang rusuk ku bengkok bro, kalau patah, luka lah hati.

ABU : haha.. jomlah kita balik, dah lewat ni.

MAN : haha, aku baru nak ajak kau balik, jom.!!

P/S : haha, bukan entri lucah ok, kalau nak tahu, sekarang ramai perempuan miskin, dalam erti kata lain, tak cukup kain. Dan sekarang sudah begitu teruk, sepanjang jalan ada sahaja badan yang di jaja(seksi).. Takkan sepanjang jalan aku nak kena tutup mata? boleh eksiden tau.. :).. semoga memberi kesedaran.. Abu Huzaifah prihatin.

Friday, August 12, 2011

Otomen Karut

P/S : Itulah kelemahan otomen karut.. kucing =..="

Wednesday, August 10, 2011

Pasukan Keamanan Versi Doodle

P/S : maaf, entri agak kebudak budakkan.. aku persembahkan doodle rangers =..=".. hasil contengan di masa boring. Untuk tatapan semua. :)

Koleksi Kartun

Wordless Wednesday #9 wrong way


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk.org/ping

Copyright (c) Guitar Burok Since Januari 2011 by Abu Huzaifah