Sunday, July 31, 2011

Next Ramadhan.. Yeahh!!!


Semoga dengan datangnya ramadhan pada kali ini dapat perbanyakkan lagi amalan kita... Selamat Menyambut Ramadhan.

notaHATI : teringat masa zaman budak2 pada bulan ramadhan, suasana sangat di rasakan, seperti main mercun dan dll. hikhik... SERONOK!!!

Lelaki Pilihan


P/S : kenapa mesti Justin Bieber?? =..="

Saturday, July 30, 2011

Kenapa Dengan Sotong?


P/S : fesyen rambut terkini =..="

Thursday, July 28, 2011

Ceritera


Klik untuk 'play'
Beginilah caranya
Di mana mereka melihat ia sempurna
Hanya ada putih dan hitam
Tanpa dijelaskan mengapa

Bagaikan rabun warna
Jika dipentaskan, dunia memang ceria
Hanya ada putih dan hitam
Yang jelas nyata

Begitu juga kita
Hanya menafikan, melepaskan batuk di tangga
Hinggalah si putih dan hitam bertengkar dan berebut harta
Biarkanlah mereka
Ada yang mengatakan “Begitulah lumrah dunia”
Memang ini lumrah terancang
Yang jelas nyata
Terpapar depan muka

Apabila si kecil pun mula bertanya
“Dari mana datangnya berita?”
“Di mana datangnya segar?”

Imaginasi Terlampau


notaHATI : maaf kan aku Sarjan Keroro =..="

<<KOLEKSI KARTUN >>

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #7 Sogok Bawah Meja

Monday, July 25, 2011

Jari


notaHATI : maafkan aku kartun =..="

<<Koleksi Kartun Di SINI >>

Sunday, July 24, 2011

Sangat Seksi, tapi....??

Ini bukan mimpi, ini bukan satu rekaan, tapi inilah realiti sebenar kehidupan...

pada suatu malam.....

potongan badan yang cantik, seksi, rupa-rupanya seorang lelaki.. =..="

P/S :  tidak menyinggung mana-mana pihak, jika ada, adalah suatu kebetulan..  "dunia di terbalik songsang lelaki dan wanita, kita langgar hukum alam memang susah untuk mencari jalan keluar". melainkan petunjuk dan hidayah-Nya...

Friday, July 22, 2011

Semangat Berpuasa


TAPI......????

Hari pertama bulan puasa mesti lupa. =..="

Jangan Terlalu Lama Menghadap Komputer


Ini bukan mimpi yang aku bikin sendiri, hOhO.. yelah zaman sekarang sudah moden, dunia dihujung jari jemari, tidak perlu pergi jauh-jauh, hanya duduk dan menghadap komputer, TETAPI, jika terlalu lama menghadap komputer ia akan memberi kesan yang boleh memudaratkan.

Sumber Dari >> Warkahdaily
Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot – otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ¡rapuh¢ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom
Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)

P/S : abu pun menghadap komputer berjam-jam, =..=" tetapi tidak kerap sangat...hOhO

Wednesday, July 20, 2011

Awek Ku Gengster Situasi 10 Menggatal

Entri sebelumnya di Koleksi Kartun


P/S : awek dia tau jugak =..="

Wordless Wednesday #6 Selamat Tinggal Dunia

Tuesday, July 19, 2011

Realiti Masyarakat Kita Sekarang

realiti sebenar dalam kehidupan orang kita ternyata nampak jelas. sepertinya sudah ada tanduk yang mula tumbuh kembali, negara sudah terlalu bebas sehingga rakyatnya senang melakukan apa sahaja, apa yang boleh kita lihat, kita dengar dan kita rasa dalam hati ialah :-

Sosial, Cepat Terpengaruh, Seks Bebas
Kerana kurangnya didikan agama, kurangnya perhatian kepada anak. bukan hendak cari salah, tetapi hakikatnya memang susah untuk di bendung. Remaja kita sekarang ni, ada perasaan ingin mencuba, bukan mencuba perkara yang elok, tetapi perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah, dan masa depan. Orang Melayu kita, mana semua maruah kita??. mana semua kehebatan kita??.. remaja kita cepat terpengaruh dengan semua adegan dalam tv, gelombang korea lah. fuuuuuu... laman lucah terlalu banyak dalam internet. apa yang kita lihat? bersepahnya video lucah aksi Melayu kita, budak-budak remaja bebas melakukan apa sahaja, tanpa segan silu. sehingga suatu tahap menjadi kes pembuangan bayi, apa ni?? Cinta suci ke? tapi ternoda kerana cinta. Bersosial boleh, tapi ada batas nya.
sekarang tutup aurat bagi wanita pun dipersoalkan. Kononnya untuk menjaga hak wanita, sepertinya negara sudah tidak cukup kain untuk tutup aurat, jangan tersalah pilih jalan, anda akan sesat selamanya. Kita negara bebas dan merdeka tetapi minda kita masih di jajah.

Jenayah Bermaharajalela
Kenapa polis di negara kita telah bertambah bilangannya? sebab banyaknya kes-kes jenayah di negara kita. kes seperti rogol, bunuh dan sebagainya, setiap hari kita dengar di dalam berita, negara makin lama makin maju tetapi masalah jenayah ni susah untuk di bendung, lebih baik kita cegah daripada berlaku, cari akar umbinya. Hukuman kepada pesalah terlalu ringan, kena saman kena denda, suatu hari buat balik. Hukuman pun kalau boleh di beratkan lagi.  Semoga memberi kesedaran yang dasyat kepada masyarakat.

Kita Akan Jatuh Kerana Salah Faham Politik
inilah yang berlaku jika politik menjadi songsang, yang baik di anggap hina, yang buruk di agungkan, sebenarnya kita semua sedang di caturkan, tahu tak apa itu dicaturkan?? ok.. catur(chess).. ibarat boneka, supaya bertelagah sesama kita, aku tidak sebut mana pihak ok. Seperti yang kita lihat perhimpunan bersih 2.0, jika anda perasan yang terpekik telolong di jalanan kebanyakan orang melayu, tidak kiralah merah ke kuning ke, serupa je, siapa penganjurnya? Ambiga, non-muslim..siapa Ambiga? kenapa mereka berkumpul di SOGO, Masjid Kampung Baru dan sekitar dewan bandaraya kuala lumpur?, kerana itu semua tempat lepak orang Melayu, kenapa di SOGO tidak di Low Yatt atau Bukit Bintang?? sebab SOGO adalah tumpuan utama orang melayu membeli belah. kenapa di sekitar dewan bandaraya tapi tidak di depan Berjaya Times Squares? kenapa wahai sahabat? kenapa pak cik? kenapa wahai saudaraku?.. kita ni pencatur atau telah di caturkan?? kita mudah terpedaya, kita bertelagah kerana berbeza pendapat dan untuk merebut kuasa..  Ingatlah dan sedarlah kita telah di pergunakan, jangan jadi hamba kepada mereka yang ingin merosakkan akhlak kita. Fikir-fikirkanlah.. jadilah pencatur dan bukan di caturkan.. aku tidak menyebelah mana-mana pihak. sumber bacaan >> Mistisfiles

notaHATI : Al-Quran dan Hadis jadi bimbingan :)

Monday, July 18, 2011

Tanah Tumpahnya Darahku

Telah sedia maklum, perlawanan persahabatan antara pasukan bola sepak negara dengan 3 kelab gergasi eropah Arsenal, Liverpool, dan Chelsea.

Review :-
Malaysia vs Arsenal 0-4
Malaysia vs Liverpool 3-6
Malaysia vs Chelsea 3-0 <<< ok aku tipu.. belum lagi..hikhik

Kelab eropah yang aku minat ialah Liverpool.. tapi.. aku sokong Malaysia.. so kepada haters, Jangan cari salah saje, tidak kira menang atau kalah, kita tetap sokong. Harimau Malaya telah buat yang terbaik, mereka tunjukkan semangat mereka bermain, tahniah Harimau Malaya... sebagai satu latihan untuk menentang Singapura nanti. KASI SUPPORT!!!!

P/S : Safee Sali hehe.. hebat..

Sunday, July 17, 2011

Gelagat Abah


P/S : imaginasi abah =..="
Koleksi Kartun

Friday, July 15, 2011

Tragedi Oktober Yang Memalukan


P/S : burungnya sudah terbang... =..="
koleksi Kartun

Thursday, July 14, 2011

Di Sisih Kerana Basikal


P/S : kesian dia... :(
Koleksi Kartun 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk.org/ping

Copyright (c) Guitar Burok Since Januari 2011 by Abu Huzaifah