Saturday, April 30, 2011

Terserlah Kebodohannya

Di Suatu Petang, Ahmad terlalu dahaga, lalu dia pun membeli air.

_______________________________________________________

_______________________________________________________
 
 _______________________________________________________
 
_______________________________________________________
TAMAT

Friday, April 29, 2011

Bittersweet - 1234




Kugiran Malaysia, Bitterweet dengan single terbaru berjudul 1234.
Di muatkan dalam album terbaru mereka "Empire's Transition"


Lirik Bittersweet - 1234

One two three four five
How many times untill you can decide
What’s wrong when u can’t feel it right?
No need for you to run and hide

Five six seven eight
We didn’t came here to educate
We came here just too stay up late
Alert your friends there’ll be a raid
No matter what you do
Or where you go
It’s in your brain
Because u just can’t let it go
One two month before
She made me wrote this silly line
I can’t get through but is that a crime?
I’m lost for words forgot how it rhyme
Five six seven times
Attractive still your eyes and smile
It makes me feel so good inside
Because it’ll come to you when the time is right
No matter what you do
Or where you go
It’s in your brain
It’s in your vein
Because u just can’t let it go
Hey wait
I can wait
Everybody’s looking for better days
And i keep looking for better ways
Don’t you worry there will be another day


P/S : Support Our Local Music.

Thursday, April 28, 2011

Kiasan Puisi Dunia Realiti


1, 2, dan 3 bunyi dentuman,
ohh, bunyi yang memberi sengsara,
kepada semua umat manusia,
tidak kira kanak-kanak mahupun wanita,
bedal sahaja, tunjuk kuat tapi sebaliknya adalah pengecut,

Gerabak, kereta kebal dalam nya manusia,
hebat, tembak sana sini, siapa sahaja akan jadi mangsa,
musnah, berkecai seluruh isi keamanan,
kau lah perwira yang tembak dari belakang,
ada senjata api di tangan, kau lah pria terhebat,
bila berdepan angkat tangan tanda menyerah.

Manusia hilang rasa simpati, hilang rasa perikemanusiaan,
yang tinggal hanya perang, bunuh dan sebagainya,
pemimpin kaya, rakyatnya sengsara,
negara maju, rakyatnya tiada arah tuju,
salah faham mengundang bencana,
yang lemah akan di tindas, yang berkuasa akan terus berkuasa.

Maharajalela badan yang lemah longlai,
lalu mengintai di bawah tudung saji yang tersidai,
melayan rakus si burung bangkai,
maka hanyut lah ke lembah api serangkai.

Saudaraku,
jangan jadi kayu sebab kau dah layu,
jangan pula berseorangan di tiup bayu,
pengganas bukan cara beradu,
bersepadu itu yang kita tuju.

Grey Sky Morning - Hilang Rasa Cinta

 Single Terbaru Grey Sky Morning - Hilang Rasa Cinta.
Support Our Local Music

Lirik Hilang Rasa Cinta.

aku bukan yang sempurna,
ibarat kaca dan permata,
aku insan atas nama cinta,
kau menerima cintaku dalam apa saja....

Aku, hilang rasa sayang,
hilang rasa benci,
hilang segala janji,
termetera di hati,
tinggal hanya mimpi,
untuk selamanya....

Aku, membiar engkau pergi,
jangan kau tangisi,
ku korban cinta suci,
berakhir di sini,
ku doa kau bahagia bersama dirinya...

berkecai kasih yang tercipta,
ibarat kaca dan permata,
aku insan atas nama cinta,
kau menerima cintaku dalam apa saja....

Aku, hilang rasa sayang,
hilang rasa benci,
hilang segala janji,
di sini,
ku doa kau bahagia bersama dirinya... 



P\S : Search di 4shared.com untuk download lagu ini.

Tuesday, April 26, 2011

Hancur Hati

Aku chinta padamu


Aku Kami chinta padamu

Friday, April 22, 2011

Nasib Si Nyamuk



Nasib si nyamuk, baru hinggap je, tak hisap darah lagi pun, dah kena hukuman tampar sampai mati. Itu lah dia nyamuk, mungkin itu takdir si nyamuk untuk mati di tangan manusia. TAMAT

P/S : nyamuk pembawa penyakit yang boleh membunuh, pasti kan tiada takungan air atau tempat-tempat yang menjadi pembiakan nyamuk. IKLAN KESIHATAN.

Thursday, April 21, 2011

Hilang


aku merasa keliru,
setiap apa yang berlaku,
kerana di kenang peristiwa lalu,
maka kau pergi tinggal kan aku,
tanpa ku tahu apa silap ku.

mulut manis berbicara,
setiap kata dusta belaka,
setiap langkahmu ku baca,
tidak ku sangka banyak tipu daya,
tidak akan ku lemah dengan air mata.

maka...
hilang lah rasa cinta,
hilang lah rasa sayang,
terbitlah rasa benci,
hilanglah semua janji.

melangkah erat pegangan tangan, tanpa kau toleh ke belakang,
kau sungguh gembira tanpa lihat ku sedih,
jika ku tahu ini yang akan terjadi,
tidak akan ku kata cinta, bila hati kau dia miliki.

Wednesday, April 20, 2011

Tension !!! Dugaan Semasa Lambat Pergi Kerja

Bangun pun lambat, hendak pergi kerja, bangun tidur dalam keadaan terkejut, dah confirm2 kelam kabut, mandi pun 3 ceduk je (mandi kerbau)<--- bukan aku... Bila dah lambat, masing-masing pun dah tentu nak cepat kan, pandu pun laju, tetapi malangnya nasib, hendak cepat, tapi ada yang menghalang.. haha .. arrrgghh!! tensionnya.. mesti pernah berlaku dikalangan korang. Mari kita hayati :)

Perkara yang berlaku semasa dalam perjalanan hendak ke tempat kerja. TEKANAN!!!

Mata aku buat senaman pagi dengan mengira nombor tu

Agak-agak bila boleh sampai kalau lampu trafik banyak macam ni?.

Jalan sesak, inilah yang berlaku kalau ramai yang lambat.. aduhh!!

Langsi betul lembu ni, bawa geng lintas jalan, time orang nak cepat, time tu jugak dia nak melintas, haiiihh!! orang nak cepat ni

akibat nak cepat sangat, aku dah melebihi had laju, maka..dapatlah surat cinta.

hampir sampai, terasa kereta berjoget, tidak disangka tayar pula pancit, nak kena tukar tayar "spare". Satu senaman pagi juga.

arrgghh!!! ohh tidak, tensionnya...!!!

P/S : akhirnya aku sampai ke tempat kerja dengan selamat, setelah pelbagai dugaan dan halangan yang aku tempuhi, tetapi malang aku tidak habis di situ. akibat lambat, aku kena marah dengan bos.. TAMAT

Tuesday, April 19, 2011

Cerita Masalah kepada kambing

Dude (bukan nama sebenar). Dulu Dude ada kekasih yang paling comel, setiap hari bersamanya, tidak kira waktu. Nasihat keluarga taknak dengar, sehingga kawan-kawan ajak lepak pun taknak. Dan sanggup buang persahabatan demi kekasihnya yang tidak mungkin kekal selamanya.
Akhirnya, mereka putus cinta atas alasan yang tidak munasabah. Sekarang Dude bersedih berseorangan.

Dialoque:-

Dude : aku ada masalah ni, aku harapkan kau faham, aku takde kawan dah, hanya kau yang aku ada sekarang ni.
Kambing : emmbekk!! emmbekk!! (manusia ni cakap dengan aku ke?)
Dude : awek aku dah tinggal kan aku. aku tak tau apa salah aku
kambing : emmbekk!! embeekk!! (apa yang manusia ni merepek?)
Dude : Tak sangka dia ada orang ketiga, mamat tu lagi hensem agaknya.
kambing : emmbekk!! emmbekk!! emmm (Gilo ke apa manusia ni)
Dude : puas hati aku dapat cerita kat kau, tenang hati aku.
kambing : emmmbeekkk!! (sikit pun aku tak paham apa manusia ni cuba terangkan)

Kesimpulannya : JIKA ADA AWEK's atau BALAK's, JANGAN BUANG KAWAN-KAWAN dan KELUARGA. Kerana mereka sentiasa ada masa susah dan senang.

P/S : Berita,.. Kahwin lari bersama kekasih ke negara asing. Dah cerai, sehelai sepinggang. Minta simpati di negara sendiri, baru cari keluarga dan kawan-kawan. Fikir2 lah.. :)

Saturday, April 16, 2011

Dengki Seorang Insan


Mencampak batu, menyorok tangannya.

Merah dan Biru adalah kawan baik,
Merah di belenggu rasa benci, geram dan marah, 
kerana kelebihan dan kebaikan yang ada pada Biru
semua awek-awek pun suka Biru, Merah merasa dirinya tergugat dan cemburu.
Merah dengki pada Biru,
tetapi Merah taknak tunjuk sifat negatifnya kepada Biru
dan berpura-pura baik dengan Biru(hipokrit).
Dalam diam-diam, 
Merah merencanakan sesuatu untuk menjatuhkan kawan baiknya Biru (tikam dari belakang),
kawan makan kawan.
Merah tidak peduli janji dirinya puas hati.

Kerana terlalu marah dan benci,
Merah campak batu kat Biru, dan buat-buat tak tahu,
Biru tak nampak siapa yang campak, kebetulan Merah ada di situ,
tetapi Biru sikit pun tak salahkan Merah,
Biru percaya kawan baiknya takan buat macam tu.

Kita memang sukar untuk mengubah perangai dan tingkahlaku seseorang, 
melainkan dia mengubah diri dia sendiri.

Thursday, April 14, 2011

Remaja Dan Politik

Assalamualaikum...

mari kita ke sudut secara logik ... mengenai remaja yang kebanyakannya kurang melibatkan diri dalam mana-mana parti politik.. (si penulis pun sama je ^^,).. haha .. kenapa?? ... satu persatu akan di terangkan. ada juga di kalangan pro politik mengatakan remaja zaman sekarang buta politik dan tidak ambil peduli pasal isu semasa, ohh tidak... mari kita lihat apa yang lebih menyakitkan sekarang, politik songsang, kita juga boleh bertelangah sesama kita kerana berbeza pendapat dan politik... hentam menghentam satu sama lain, ini lah yang berlaku, remaja sekarang lebih mengerti. ini lah faktornya.

kita boleh lihat di kaca tv atau di dada akhbar, apabila membabit kan isu panas, pasal politik. ia akan berlarutan lamanya, sudah ternyata membuat kan kita meluat, isu pun dah basi, bosan, dah macam tiada berita lain, adakah ini dapat memberi ilmu kepada remaja?.. adakah ini kisah teladan yang ingin di tunjuk kan kepada remaja?

Pernah terjadi, kerana berbeza parti politik jiran tetangga tidak bertegur sapa, tidak sertai gotong royong sebab di anjur kan oleh parti politik lain, yang datang hanya ahli nya sahaja, di mana semua orang kampung yang lain?.. adakah ini boleh mengeratkan silaturrahim?
Pernah terjadi, dengan niat mahu dengar syarahan agama, semoga dapat ilmu dan menginsafkan diri, tetapi berpidato pula pasal politik. Alahai.. ini kah kesedaran yang ingin di berikan kepada remaja? 

Aku bukannya anti-politik, cume kurang berminat. tak salah kan?.Janganlah terlalu taksub kepada politik, tersilap langkah boleh memecah belah kan bangsa itu sendiri, aku tak mahu terjadinya rusuhan dan pergaduhan. Tidak salah berpolitik, tetapi biarlah pada tempatnya. Politik secara aman. Itu kan lebih baik

tepuk dada tanya selera, jangan salah kan sesiapa. Itulah hakikatnya,... 

Ada kena mengena dengan entri tak? hehe..
  
P/S : aku menaip entri ini sambil minum teh tarik... (^^,)

Wednesday, April 13, 2011

Gelap Gelita


Tiada lagi cahaya,
gelap gelita, sungguh terpesona,
lelaki, wanita hebat berdrama,
terkinja-kinja tidak tentu masa,
air kencing syaitan hilangkan dahaga,
hancur si dara itulah nikmatnya,
nasihat tiada guna, jika niat baik dipandang hina.

Tiada lagi cahaya,
setelah bintang berekor jatuh menghentam,
hancur, musnah sekelip mata isi kehijauan,
debu melayang, menepis segala curahan,
tercungap-cungap mencari udara,
sukar bernafas, sesak di dada,
lalu mati, mati yang sia-sia.

Tiada lagi cahaya,
liang lahat, terkubur kaku tubuhmu,
gelap gelita, panas dan segala azab,
dosa di dunia itu amalan di bawa,
sesal memang tiada guna,
tiada lagi peluang kedua,
maka jawaplah soalan yang di pinta,
semoga di ampunkan dosa,
selamat tinggal saudara.

Sunday, April 10, 2011

Berbicara Tentang Chinta

Senyuman mu..
bak mentari menyinari alam, 
hatiku jadi terang bersuluhkan cahaya nur iman mu,
nafsu ku hampir rapuh tetapi iman ku teguh,
kerana agama, aku kekal bersama mu... :)


Berbicara sahaja tentang chinta,
mesti membabitkan hati, 
chinta berdasarkan Islam, itu lah chinta yang suci,
apabila mata melihat ohh si jelita, maka nafsu lah yang mengawal,
sehebat mana wahai si nafsu, hebat lagi 9 akal ku pertahankan,
dia rupawan, auratnya dijaga, tingkahlakunya sopan,
hari-harinya berlandaskan syariat Islam,
aku tertarik bukan sekadar rupa tapi iman di dalam nya.

Di saat bersendirian, aku termenung dan terbayang,
walaupun sudah lama mengenali, tetapi hari ini aku merasakan sesuatu,
tingkahlakunya buat aku rindu,
setiap waktu, hingga di dalam doa ku,
tidak ku sangka, hadirnya perasaan chinta terhadap dirinya,
baru ku sedar, setiap geraknya, buat aku jatuh chinta,
tiada dalam niat ku untuk permainkan, moga dihindarkan perkara terkeji itu,
akan ku kawal nafsu ku demi chintaku padanya.

Wednesday, April 6, 2011

Sang Perakam Durjana

Sumber dari Google
Sang Perakam Durjana, apa kejadahnya semua ini?,
Sejenis makhluk dengan lensa di tangan, bersendiri mahupun berkumpulan,
kau merakam suatu aksi drama dan pementasan, "skodeng" aksi berdua-dua'an,
ada yang berisi, ada yang kurus,
sungai, hutan dan di tepian pantai,
sebagai bukti kesalahan dan songsang orang lain,
bahan bukti yang membuatkan ia tersebar bagaikan wabak penyakit,
kau tidak sedar, kau sendiri cari dosa,
sehingga kanak-kanak turut menontonnya.
teknologi telah melampaui batas,
kegunaannya telah di salah guna, kononnya berita terhangat, 
Melayu boleh.... 

Wahai kekasih,cinta sejati,
inilah kenangan bersama,
sebagai pelakon baru, tetapi babaknya sama,
 dah lah buat dosa, tinggal kan kenangan pula,
orang yang tengok pun dapat dosa,
Internet tanpa batasan.. senang sahaja muat turun,
koleksi aksi kau sendiri,
malu, haru biru, rasekan kebodohan dirimu.

Spekulasi Tentang Bola Sepak

Sumber dari Google
Sejak kecil lagi, zaman kanak-kanak, sehingga meningkat remaja dan dewasa, pasti tidak akan putus pengetahuan pasal sukan bola sepak. Popularitinya seperti satu gelombang yang melanda dikalangan manusia. Apabila tibanya Piala Dunia, sudah pasti ramai yang akan memberi sambutan dan sokongan kepada pasukan yang diminati, tidak kira tempat dan masa. Adrenalin akan meningkat apabila bola masuk gawang gol. Boleh dikata kan gila bola. makan bola, tidur bola..uisshh!! haha.Si Penulis juga adalah peminat bola sepak. :)

Sumber dari Google
Apabila kita berbicara pasal bola sepak, mesti pelbagai riaksi yang di kemukakan oleh peminat-peminat bola sepak, pengkritik bola sepak juga tidak berkecuali.
ohh!! pengadil berat sebelah, alaa menang penalti je, itulah alasan apabila pasukan yang diminati kalah, macam-macam ragam manusia apabila adanya perlawanan bola sepak.
Yang tak eloknya apabila sukan bola sepak dijadikan judi. Alahai..kan dah songsang dah tu.

Berbalik kepada tajuk, macam-macam spekulasi yang kita dengar pasal bola sepak ni. Sudah tentulah kenyataan yang dikeluarkan oleh pengkritik bola sepak sendiri. Yelah..memandangkan banyak lagi sukan di dunia. Kenapa bola sepak yang diminati?..haha.. bila tak pandai main bola mesti lah akan gelar "Kaki Bangku".. Kalau sukan yang pakai tangan pulak? nak gelar ape?  "Tangan tak bedung"?..haha..

Sumber dari Google
Antara ayat-ayat bagi pengkritik yang tidak suka bola sepak, hayati jelah.. :)
"Ramai-ramai kejar bola yang satu, dah macam takde kerja lain. Buat apa susah-susah berebut bola tu, bertolak ansurlah sikit, cuba bagi sorang satu bola kepada setiap pemain, kan senang, takdelah hendak berebut lagi"...
"Menghabiskan duit, sanggup beli jersi mahal-mahal, kasut yang berjenama, membazir namanya"
"Pemain bola sepak semuanya tak tutup aurat, nampak lutut, peha".
 "Membuang masa, lepak-lepak tengok bola sampai pagi, sedangkan banyak lagi kerja lain yang lebih berfaedah"
"Melalaikan, sehingga lupa waktu-waktu solat"

Apabila kita fikir ia baik, maka baiklah ia, 
jika kita fikir ia jahat, maka jahatlah ia.

Tidak salah kita meminati sukan bola sepak, tetapi takdelah sampai taksub sangat sampai lupa solat.
berfikiran positif, bola sepak adalah sukan, maka ia adalah satu senaman.
Janganlah buat spekulasi yang boleh mengelirukan orang.
Kerana bola sepak umpama tradisi yang tidak boleh di pisahkan, sejak zaman kita hingusan lagi.

Alasan anda bagaimana?. :)

Sunday, April 3, 2011

Penulis Senja Terakhir

Dunia berputar, dan sentiasa berputar mengikut peredaran masa dan ketepatan, jika dunia tiba-tiba berhenti berputar, maka terhentilah semua aliran isi cakerawala. 
Adakah kita semua masih menunggu senja yang terakhir?. :)

"Contest PENULIS SENJA TERAKHIR, aku di tag oleh Cik Nurul Atikah, aku begitu tertarik dengan contest ini yang membuatkan aku menyertainya, antara sebab ialah kerana ia lebih kepada puisi, cerpen dan novel. Perasaan ingin mencuba itu ada di dalam hati."

Dunia Diterbalikkan : Kiasan Si Penulis Blog II

Hebat...
Neraka dimuat turun melalui komputer riba,
memberi satu impak teknologi yang memusnahkan idiologi manusia,
Disebalik akal, terkandung satu muslihat,
muslihat durjana yang mengikis sedikit demi sedikit fikiran manusia,
lalu mereka lemah dan menjadi duri dalam daging,
 Konspirasi kau dah basi, jangan di ungkit lagi.

Cinta...
Kononnya sanggup genggam bara api,
Meredah lautan, onak dan berduri,
Sanggup buat apa sahaja sehingga hilang jati diri,
Kekuatan iman menjadi taruhan, sehingga tergadai maruah diri,
songsang angkara mata keranjang lelaki dan wanita,
Wahai manusia, teguhkan iman mu demi cinta yang sejati.

 Fitnah,Perang dan kuncu-kuncunya...
Sembunyi kesalahan diri, tembak orang lain,
memberontak, merusuh sebagai tanda memprotes,
yang jahat di anggap baik, dan yang baik di anggap jahat,
Maka perang berlarutan, sesama kaum sendiri,
batu api pun datang buat pendamaian, kucing hitam bersuara untuk keamanan,
Tetapi datang sebagai perosak.
Tunjuk kehebatan, tembak dari langit, orang awam jadi mangsa,
Mencipta keganasan, pemberontak dan berani mati,
Sebenarnya, merekalah yang lebih keji daripada yang terkeji,
Sedih dan gundah gulana, kita semua sudah hampir di penghujung,
membawa erti seribu keinsafan pada diri,
Umpama tunggu kebangkitan dari timur,
yang membawa kepada keamanan dan menghapuskan saki baki si perosak.

Nostalgia Klasik tag :

Untuk maklumat lanjut sila klik >> PENULIS SENJA TERAKHIR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk.org/ping

Copyright (c) Guitar Burok Since Januari 2011 by Abu Huzaifah