Thursday, March 31, 2011

April Fools (Hari Untuk Kau Perbodohkan Orang)

1st April, Kau buat orang menangis, gelabah, takut, bingung, oleh kerana kau menipu seseorang semata-mata kerana ingin membuat orang lain ketawa. Gurauan melampau membuat kan orang sekeliling akan benci kau.

 Hahaha.. aku pun boleh tergelak bila tengok gambar atas ni, kita semua akan ketawa bila melihatnya. Tetapi lain pula perasaan bagi orang yang terkena tu mesti kecewa, geram, marah. sehingga berdendam dalam hati. betul tak?

Jangan sampai kau terkena balek. Lawak pulak binatang menipu manusia seperti gambar di atas.haha..^_^

Sejarah 1st April (Kejatuhan Islam Sepanyol)  
Adalah dipercayai sambutan `April Fool’ mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh di serang tentera kristian. Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah. 
Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan. Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya 1st April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam. Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar. Pihak kristian kemudiannya menyerang kaum muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta kanak-kanak. Peristiwa berdarah yang menyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera kristian. Akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai `April Fool’s Day'.

Jangan terlalu ikut sangat budaya barat, dan taksub kepada semua ini. Adalah satu dosa yang besar bagi mereka melakukan penganiayaan untuk sekadar gurauan.



Nabi bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Nabi bersabda, "Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia". [HR Abu Daud]

Wednesday, March 23, 2011

Si Pelaku Songsang

PERINGATAN!!!!
Klik pada gambar untuk besarkan

BOIKOT?? HANYA SEMENTARA


Boikot??.. kita silap dalam memboikot, anda boleh lihat gambar di atas, bila kali terakhir anda melihatnya?. Seperti senyap seketika, macam leka, lalai dan buat seperti biasa. Ini lah yang berlaku di kalangan umat Islam sekarang. Anda berarak, tunjuk perasaan, membakar bendera kononnya ingin tunjuk semangat yang anda memboikot mereka. TETAPI cuba anda tengok keadaan sekarang, semangat boikot tiba-tiba hilang, senyap sahaja, mana semua semangat anda? kita silap untuk memboikot jika tiada penyatuan umat Islam seluruh dunia.
Pertama yang mesti di lakukan sebelum memboikot, adalah menyatu padu kan dahulu umat Islam. Kita boleh lihat di negara kita sendiri, ada je orang Islam, tetapi tidak bersatu sepenuhnya angkara berbeza pendapat, taksub kepada politik. Masing-masing saling menyalah kan satu sama lain, publisiti murahan, fitnah dan sebagainya.
Cara Rasulullah S.A.W. Sebelum berperang. Beliau akan menyatukan dahulu umat Islam seluruhnya. Memberi semangat kepada umatnya untuk berperang. Menyelesaikan masalah berbeza pendapat di kalangan umat nya sebelum ke medan perang. Kita ikut cara Rasulullah, insyaAllah semuanya berjaya.
  
>>-----> Yahudi gentar, risau, takut, apabila jemaah solat subuh umat Islam sama seperti jemaah solat Jumaat. <-----<<  

P/S : jika ada tersalah bahasa serta maklumat, harap di maaf kan, setiap manusia melakukan kesilapan dan tanggungjawab manusia juga untuk memperbetulkan kesilapan itu. ^_^

Saturday, March 19, 2011

Perubahan Zaman

Teknologi, Kemudahan atau Melalaikan


Uiisshh!!! Dasyat, cepat betul rasanya masa berlalu, makin lama makin maju tamadun manusia sekarang. Syarikat2 yang berlumba2 mengeluar kan produk secara berperingkat yang memberi kemudahan dan memberi impak kemajuan kepada umat manusia. Teknologi  makin maju untuk memberi kesenangan kepada manusia. Tetapi kemajuan teknologi juga boleh mengubah tingkah laku manusia, sehingga boleh melalaikan dan taksub kepada teknologi.
Seperti Telefon bimbit sekarang, memang banyak guna nya, sehingga ada yang di salah guna kan. Konon nya untuk kemudahan, tetapi menempah tiket ke neraka. Mengubah kemudahan kepada keburukan. Sedar Atau tidak?...


Berlumba2 Bangunan Pencakar Langit


Setiap negara ingin menunjuk kan kemajuan masing2. Sehingga tidak sedar merosak kan sedikit demi sedikit bumi ini. Berlumba2 membina menara pencakar langit tinggi2 supaya di kenali dunia. Menara petronas dahulu nya sebagai menara tertinggi di dunia. sekarang tidak lagi. Oleh sebab banyak lagi negara sedang membangunkan menara masing2. Menara Petronas sekarang adalah menara berkembar tertinggi di dunia. Bangunan Nakheel Harbour and Tower Dubai menara tertinggi di dunia mencapai ketinggian hampir 1km tinggi.

Perubahan Tanah Suci Mekkah


Kota suci mekkah, bermula awal Ramadhan yang lalu ( 11 Ogos 2010) , Abraj Al Bait-Menara Jam di kota suci Makkah  menjadi  menara jam tertinggi di dunia. Projek yang diilhamkan oleh  Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah bin Abdul Aziz. Perubahan yang ketara bagi kota suci mekkah. Jam raksasa memiliki empat sisi yang bakal di lihat dari setiap penjuru masjidilharam, bersebelahan memiliki komplek yang mengandungi apartment, hotel, pusat persidangan, supermarket dan ada lagi kemudahan lain. Menara ini memberi impak kepada negara barat yang banyak memperlekehkan menara jam tertinggi di dunia. Oleh kerana Arab Saudi ingin menjadikan waktu pada jam itu panduan AST (Arab Standard Time) bagi menggantikan GMT (Greenwich Mean Time) . Masa yang ditetapkan ialah 3 jam mendahului GMT.

 

P/S : jika ada tersalah bahasa serta maklumat, harap di maaf kan, setiap manusia melakukan kesilapan dan tanggungjawab manusia juga untuk memperbetulkan kesilapan itu. ^_^


Thursday, March 17, 2011

Tekanan


Kewangan? aduhai, nak bayar sana bayar sini...
alahai...tambah pulak dengan peperiksaan, kena 'study' pula. Kenapa pula dengan perangai si dia, itu dan ini. ishh!! Tension betul!!! . Dah lah tak cukup tidur ni, kerja siang malam. Melalut hingga ke masalah dunia. Fuhh!! ...  Mesti ada je yang tidak kena. sehingga sampai satu tahap menguji kesabaran, tengking menengking. Ada juga periuk belanga terbang. 
Tekanan mengawal diri, seperti di rasuk.

 
Bila di bebani masalah, tidak perlu bersendirian dan membuat sesuatu di luar jangkaan, sebab ia membuat kan masalah bertambah parah sehingga jadi tak tentu arah.


Hey!! Come on lah. Gembira terukirnya senyuman, heee.
tidak perlu sedih2, tidak perlu bermasam muka, tekanan boleh di kawal.
kita perlu tabah kan hati apabila menghadapi pelbagai dugaan, dan cabaran di dunia.
Layan muzik dan bersukan boleh hilang kan tekanan... ^_^


kita ada keluarga dan kawan2, tidak lupa jugak kepada kekasih, luangkan masa bersama, bermanja lah dengan yang tersayang.
mungkin ia dapat juga menghilang kan rasa tekanan itu.
Gembiralah dengan apa cara sekali pun jika ia masih ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya.
Berdoa ke hadrat ilahi, berzikir mendekat kan diri kepada Allah juga memadai.
InsyaAllah dapat membantu.

Monday, March 14, 2011

Suratan Atau Kebetulan

Akhir Zaman

Rusuhan...
apabila yang berkuasa menjadi tamak haloba,
taksub dunia politik songsang yang memecah belahkan kawan2, jiran, kaum sendiri,
rakyat jadi huru hara, yang membawa kepada perang saudara,
kucing hitam terlalu bangga, takut lepas kan kuasa yang di pegang,
ingatlah, Allah berkuasa memberi kepimpinan kepada mereka yang dikehendaki-Nya.



__________________________________________________

Peperangan...
sebenarnya yang mencipta pengganas,
tunjuk kuat, konon nya berkuasa menguasai dunia,
senjata pengecut hanya tembak dari belakang,
berani serang dari langit, berdepan berlari lintang pukang,
orang awam jadi mangsa, mereka yang sengsara, alasan tidak sengaja,
itu ke keganasan? wahai si pelaku.
dunia adalah syurgamu, nikmati sebaik-baiknya,
tunggu lah hingga hari pembalasan kelak.



__________________________________________________

Bencana Alam...
ohh bumi, marah sungguh engkau,
memberi impak kepada semua pemikiran manusia,
erti kebesaran Nya, sebagai tanda peringatan kepada semua umat manusia,
sedar ke tidak mereka semua?, 
sainstis karut hanya mengeluarkan fakta, teori yang lari dari agama dan sunnah,
adakala manusia sendiri yang mencipta bencana,
tidak tahu hargai keindahan, hanya tahu mencari kekayaan.

Pemanasan global












Gunung Berapi



 

Gempa Bumi







Tsunami 2004
 

 


Gempa Bumi Dan Tsunami Peringatan Ke atas Jepun


__________________________________________________

Tanda2 kecil nya sudah jelas kelihatan, kita renung2 kan lah... 


10 Tanda Hati Mati

Syeikh Ibrahim Adham menyatakan 10 tanda hati mati iaitu :

1. Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tetapi tidak menunaikan hak- haknya.

2. Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan Sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum- hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat- nikmat Allah s.w.t  tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya.

5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya

6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka  tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri  membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantarkan dan menguburkan jenazah/ mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

http://albakriah.wordpress.com

Friday, March 4, 2011

P. Ramlee - Jeritan Batinku

Dengar
Oh! jeritan batinku
memekik-mekik
memanggil-manggil
namamu selalu
sehari ku rasa sebulan
hatiku tiada tertahan
ku pandang kiri
ku pandang kanan
dikau tiada

Risau
batinku menangis risau
makin kau jauh
makin batinku bertambah kacau
mengapa kita berpisah
tak sanggup menahan asmara
oh! dengar lah
jeritan batinku

Dari Filem Ibu Mertuaku



Tuesday, March 1, 2011

Pepatah Melayu

Contoh2 pepatah melayu
Bak kata pepatah

"Di telan mati mak, diluah mati bapa".
Susah buat pilihan kerana kedua2 nya amat penting. 

"Berani kerana benar, takut kerana salah".
Takut kerana kesalahan yang di buat, berani kerana tegak kan kebenaran nya.  

"Harapkan pagar, pagar makan padi".
orang yang kita percayai mengkhianati kita. 

"Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".
buat baik jangan keterlaluan, dan jangan sesekali buat jahat. 

"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga".
kesalahan yang di sembunyi kan akhir nya tertangkap juga. 

"Biar putih tulang, jangan putih mata".
lebih baik mati dari menanggung malu.

"Buang yang keruh, ambil yang jernih".
lebih kan kepada kebaikan, buang semua kejahatan 

"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing."
Tolong menolong, bekerjasama.

"Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya".
orang yang diam tidak semestinya dia pengecut.

"Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula".
Bertanya walaupun sudah tahu.

"Siapa yang makan cili, dia lah yang rasa pedas nya". 
Siapa yang berbuat kesalahan, dia lah yang akan terasa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk.org/ping

Copyright (c) Guitar Burok Since Januari 2011 by Abu Huzaifah