Thursday, February 24, 2011

Ini kah Chinta

Ohh Tidak
Si Penulis Bukan Jiwang


Alahai... 
liriknya penuh bunga, bulan, bintang dan mentari lengkap tetapi kecundang akhirnya, 
kerana terlalu mengharap.
Kasihnya tak di perlu kan walau berjuta rangkap puisi, pantun, syair yang di tulis khas buat kekasih hati nya.

Pertama kali melihat...
secepat itu hadirnya cinta, hati budi tidak peduli janji diri di temani.
mungkin kau hanya tertarik pada rupa paras dan seperti berbangga si comel milik kau yang sebenar nya belum tentu hati nya kau miliki.
Lupakan sahaja...
Mungkin  kau hanya bermimpi mempunyai bidadari yang akan bawa kan kau terus ke alam seakan syurga.

Hakikatnya...
Kenali hati budi sebelum memberi sepenuh isi hati, naluri akan merasa siapa pemilik sebenar hati, jangan buat spekulasi yang membuat kan kau memakan diri, bersabar dan terus kejar cita2 sebelum kenal erti cinta.

"sesungguhnya aku mencintai mu kerana agama yang ada pada mu, dan jika agama itu hilang, maka hilang lah cinta ku terhadap mu."



Tuesday, February 22, 2011

Aduhai, Kenapa Ada Dia

Kenapa lah kau ada dalam hidup aku,
kau jugak muncul dalam hidup kawan2 ku,
setiap pelusuk dunia kau ada,
kau popular di kalangan lelaki, 

mengapa lah aku susah untuk tinggal kan kau,
bila tension aku cari kau,
bila dah puas aku buang kau,
begitu lah selalu nya, tetapi kau tetap di sisi.
habis duit poket ku kerana kau,
kau takdelah cantik mane pun,
tetapi ramai mahu kan kau, perempuan pun ada juga suka kan kau,
sehingga kau jual mahal pun orang tidak putus2 hendak kan kau, 

Tamat sudah zaman sepi aku bila kau mengucup bibir ku,
kau bukan lah mengembira kan aku,
tetapi kau boleh menyakit kan aku,
aku tak sangka, kau memang tak guna lah ROKOK!!!



Wednesday, February 16, 2011

Hujan - Kita Tak Peduli


Muram lengang nyawa dijalan
Henti riang di awangan
Kotor hina kau di syak wasangka
Kata belit bahaya nya ular
Sedar masa yangg berputar
Suntuk kejap harta yang di kejar
Kita bukan lemah begitu
Kau dan aku, kau dan aku

Kau dan aku terus menari
Biarkan semua kita tidak peduli
Dari awal pagi hingga benam nya mentari
Kita tak peduli, kita tak peduli

 Padah mulut api gelombang
Dengki manusia tiruan
Sempit minda terlalu murahan


Thursday, February 10, 2011

Kiasan Si Penulis Blog


Ini bukan mimpi yang aku bikin sendiri

 Terlalu muda memberontak kuasa yang kononnya di pegang sampai ke hari tua nya.
Berlari dan terus berlari mencari kuncu-kuncu nya yang hanya menggilai harta nya.
Menindas yang lemah apabila kemegahan menyelubungi diri.
Bangkit menguasai kekayaan dunia yang hanya untuk kepentingan diri sendiri.
Sains dan agama tidak sehaluan menjadikan ia di kalangan puak-puak yang lemah.
Mati bukan kebaikan lebih kepada keburukan.
Hanya di temani komputer untuk menulis blog, mencampak batu menyorok kan tangan nya.
Muat turun dari syurga ke neraka di dalam komputer riba nya.
Publisiti murahan menfitnah cuma senjata ringannya.


Semua nya adalah digital-digital belaka,
Konspirasi, niat jahat di hujung jari jemari hanya tekan 'ENTER' merebak di seluruh dunia umpama penyakit berjangkit.


Cinta songsang membuat kan dunia di terbalik mata keranjang lelaki wanita.
Kotor hina di syak wasangka, bersih suci di agung kan.
Berbelit lidah bahaya nya ular berbisa mematuk di belakang si pemuda.
Padah mulut gelombang api, dengki manusia tiruan.
Coretan batu api dengki seorang insan.
Sempit minda, nafsu terlalu murahan.
Berdesing telinga, muram tiba2 nyawa di jalan.
Termakan hasut dan tulisan si orang utan.
nama misteri kadang-kadang tiada panggilan.

Merangkak mencari tempat berteduh.
panas, kulit menjadi alas tempat tidur lalu melecur.
perlu simpati orang tua nya telah pergi.
sekeliling tidak peduli kerana bukan darah daging sendiri.

Janji kan kegelapan tetapi senyuman menyuluh menerangi nya,dari awal pagi hingga benam nya mentari, kita bukan lemah begitu,
Cintai Tuhan yang satu, iman menjadi perisai melindungi dari jalan yang berliku.




Coretan Hujan

Tamat sudah zaman sepi mu biar ku temani, 
usah gentar kerana aku akan jadi teman mu sampai mati, 
jadi kan senyuman mu cahaya suci,
yang menerangi hidup ku bagai kan matahari.

TERIMA KASIH

Saturday, February 5, 2011

Imbas Kembali Zaman Kanak - kanak 80an

 
Gasing Kayu

Guli

Lastik (dulu nakal lastik orang)
 
 Layang-layang (sangat kreatif) haha

Buah Getah : geser kan lama2 atas permukaan lantai, sentuh kan nya pada kawan, confirm kawan akan mengeletek kesakitan...haha..

Di Sekolah

 Pensil box ( boleh buka atas dan bawah)

 Pemadam Menjadi taruhan..haha (last2 cikgu rampas)
 
 Jet pejuang kertas (kena marah dengan cikgu sebab banyak buku tulis koyak) haha

Ada banyak lagi permainan yang menjadi rutin ketika di sekolah, seperti : MAIN KEJAR2, GALAH PANJANG, tak pun pergi ke padang tangkap BELALANG. belajar pun jadi kurang lah..haha
Balek rumah kena marah, baju dan sluar kotor. biasa bagi budak2 sekolah yang nakal, haha..
pergi sekolah baju bersih, balek kotor, akibat nya, kena lah tibai...haha

 Era kemajuan kanak-kanak

 
game 99999 in 1 haha..dulu di anggap mahal jugak..


 pistol.. ade peluru siot...haha

Kereta mini. paling popular agak nya, terpangaruh dari cerita animasi jepun Dash Yonkuro.



Digimon : (siap ade kod kuasa lagi, juga dari animasi jepun Digimon)


Animasi

Anak - anak sidek

Usop Sontorian

Kluang man

Doraemon (sampai sekarang ada lagi)

Dash Yonkuro

Dragon Ball

Digimon

Cybercops

Suria Baja Hitam

Maskman

Power Rangers

Ultraman Taro (sekarang dah macam2 ultraman haha..)

Lain lain














 P/S : Bila tengok gambar2 macam ni, teringat balik zaman budak2 yang di kata kan banyak meninggal kan kenangan pahit dan manis. Nostalgia klasik mengimbas kembali zaman hingusan dahulu, supaya ia tidak hilang di bawa arus permodenan.
Budak2 zaman sekarang mungkin lebih moden berbanding kita dulu. Celik2 dah ada handset.. haha.. pergi sekolah bawa PSP kot. Oleh kerana permodenan macam ni, segelintir budak2 sekarang tidak tahu adab bila berhadapan dengan orang tua, malah yang berpangkat abang pun boleh kurang ajar. Mungkin faktor sekarang terlalu manja kan anak..Aduhai Sazali.. tidak boleh menuding jari kepada sesiapa pun, untuk renungan diri sendiri juga. :)
Tidak hilang dalam ingatan pengalaman masa kecil, itu kenangan yang abadi. Andai dapat ku undur masa yang lalu, kembali ke zaman kanak2. ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk.org/ping

Copyright (c) Guitar Burok Since Januari 2011 by Abu Huzaifah